CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Perhimpunan Baju Merah Jadi 'Troll' Kerana Menipu Bilangan Peserta..

18-9-2015 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11185| Komen: 37



Oleh : TS LOO


Perhimpunan Baju Merah Rabu lalu sebenarnya berapa ramai peserta yang telah turut serta dan datang?


Pihak penganjur mengumumkan ianya telah berjaya menarik 250 ribu orang menyertai, namun pihak polis pula mengatakan jumlah peserta hanya kira-kira 50 ribu orang.

Situasi seumpama ini sudah tentu sekali lagi mengundang kritikan dan sindiran warga laman sosial. 


sumber foto : Facebook


Mereka mempersoalkan pihak polis kenapa semasa perhimpunan Baju Kuning, pihak polis hanya mengatakan ia dihadiri 25 ribu orang? Sedangkan ketika itu seluruh Kuala Lumpur dibanjiri peserta Baju Kuning melalui paparan gambar dari sudut pandangan atas udara. 


Pelik juga kerana ketika perhimpunan Baju Merah tiada gambar yang diambil dari udara. Maka, netizen telah tampil dengan gambar-gambar yang telah diedit dan menjadi 'troll'.


Antaranya, di laman sosial Facebook tersebar sekeping gambar (PS) yang menunjukkan kepada orang ramai dengan berbaju merah. Akibatnya mengundang gelak-ketawa netizen yang menanya "kenapa bangunan turut berwarna merah? Adakah peserta baju merah itu sanggup panjat bangunan tinggi itu? Mereka semua ini monyet ke?"


sumber foto : Facebook


Terdapat netizen menyelar, "Anda boleh buat photoshop gambar, tetapi tidak perlulah mengambil gambar Perhimpunan BERSIH 4.0 untuk melakukan photoshop!"


sumber foto : Facebook


Satu keping gambar lagi yang tersebar luas adalah gambar perhimpunan Baju Merah yang terdiri daripada orang yang sama dalam kelompok perarakan. 

Sehubungan itu, netizen ketawa kenapa macam ini? Bagi mereka cara sebegini bukan merupakan 'photoshop', sebaliknya adalah 'photostat'.


Namun, lebih melucukan, ada juga orang yang salah guna gambar perhimpunan.

sumber foto : Akaun Facebook Bung Moktar


Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar, Rabu lalu, memuat naik sekeping gambar dalam akaun Twitter miliknya nya, dan mengatakan perhimpunan tersebut telah berjaya menarik ribuan orang menyertai, perhimpunan dipenuhi warna merah. 

Bagaimana pun, rata-rata netizen membongkarkan pembohongan Bung Moktar dan mengecam beliau menggunakan gambar Perhimpunan Anti GST yang berlangsung di Dataran Merdeka sebelum ini. 

"Ini gambar perhimpunan anjuran parti pembangkang, awak tahu tak?"

"Ini sebenarnya bukan gambar Perhimpunan Baju Merah, sila periksa dulu sebelum memuat naik gambar, jangan menghinakan diri anda!"

"Kebelakangan ini rata-rata menteri di Malaysia cuba menunjukkan kejahilan diri mereka ke?

"Nak menipu pun tak pandai, malah turut dibongkar oleh para netizen!"

Walaupun, artikel tersebut dikecam teruk oleh para netizen, tetapi Bung Moktar bukan sahaja tidak memadamnya, malah selepas itu masih memuat naik sekeping gambar Perhimpunan Baju Merah, dan memberi pujian kepada peserta perhimpunan : " Syabas! " - CARI Infonet


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavabersih5.0 18-9-2015 03:36 PM
otak TS LOO serupa loo jugak...

Quote wwwvvvwww 18-9-2015 03:37 PM
Macai photoshop macai gak meroyan
Quote akusukaq 18-9-2015 03:52 PM
Sudah sudah lah tu. Memang perit mcm berak sembelit bila tak sanggup tengok lautan merah menutup jalan. Itu baru sekumit belum lagi semua bangkit.
Quote cemolot 18-9-2015 04:00 PM
kalau menteri pun udah bebal tahap itu, uols bayang jela tahap iq macai
Quote qronaldo7 18-9-2015 04:06 PM
Terbaek lah photoshop
Quote alesandra 18-9-2015 04:08 PM
lembu2 merah neh takde ke benda yg  lagi  berfaedah nak dibuat?
Quote xAthenax 18-9-2015 04:10 PM
mampu senyum sinis sajork
Quote xAthenax 18-9-2015 04:13 PM
kalau nak photoshop sekali pun
buatlah dengan sempurna
idok lah jadi bahan orang sepanjang zaman
Quote mikasa 18-9-2015 04:15 PM
Pay peanut....u getmonkey
Quote cendolsantan 18-9-2015 04:20 PM
Saya memang setuju dengan TS LOO, penganjur perhimpunan baju merah memang kuat menipu, bilangan jumlah orang yang menyertai sebenarnya hanya kira-kira 30 ribu sahaja, tapi masih juga nak mengaburi mata orang Melayu... dengan mengatakan hampir 200 ribu tapi menggunakan cara edit gambar secara photoshop, amat ketara nak menipu pun tidak pandai.... berdosa sungguh menipu bangsa sendiri... Tuhan marah tau.... bertaubat lah... ingat kiri kanan kita semua ada Malaikat ...................
Quote melia_star 18-9-2015 04:21 PM
kahkahkahkah....akak gelak sinis jerlaaaa.....
Quote OmJualGas 18-9-2015 04:22 PM
wow ramai OOoo...ini mau-mau 2.6 billion orang ni...
Quote cpixie 18-9-2015 04:26 PM
gambar edit dari udara, cam berlaku pertumpahan darah pula
Quote Mawlay 18-9-2015 04:32 PM
boringggg
Quote ultramantujuh 18-9-2015 04:51 PM
lavabersih5.0 tu tak usah lah perkauman sangat.... jangan lah macam si jamal tu, dia perkauman mungkin dapat jadi menteri, awak apa puntak dapat.... tak untung pun... buat dosa ada lah... setuju tak? Kesian TS LOO ..... saya suka baca artikel TS LOO ..... banyak yang positif....
Quote mixieleo 18-9-2015 05:21 PM
Hahaha, hasil kerja graphic yg sgt memualkan!! Kesiann!!
Quote CrowneGlory 18-9-2015 05:25 PM
Kebodohan bung ttp epic
Quote kecimpret 18-9-2015 05:29 PM
orang gelakkan je tgk geng red shit ni




tp macai red shit perasan syok sendiri konon org tak leh terima kenyataan
Quote famri7 18-9-2015 05:35 PM
Sesunggujnya photoshop adalah aplikasi yahudi dalam menjatuhkan ummah..kita harus sedar sis.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.181853 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top