View: 5993|Reply: 37
|
Perhimpunan Baju Merah Jadi 'Troll' Kerana Menipu Bilangan Peserta..
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Perhimpunan Baju Merah semalam sebenarnya berapa ramai peserta yang telah turut serta dan datang?
Pihak penganjur mengumumkan ianya telah berjaya menarik 250 ribu orang menyertai, namun pihak polis pula mengatakan jumlah peserta hanya kira-kira 50 ribu orang.
Situasi seumpama ini sudah tentu sekali lagi mengundang kritikan dan sindiran warga laman sosial.
sumber foto : Facebook
Mereka mempersoalkan pihak polis kenapa semasa perhimpunan Baju Kuning, pihak polis hanya mengatakan ia dihadiri 25 ribu orang? Sedangkan ketika itu seluruh Kuala Lumpur dibanjiri peserta Baju Kuning melalui paparan gambar dari sudut pandangan atas udara.
Pelik juga kerana ketika perhimpunan Baju Merah tiada gambar yang diambil dari udara. Maka, netizen telah tampil dengan gambar-gambar yang telah diedit dan menjadi 'troll'.
Antaranya, di laman sosial Facebook tersebar sekeping gambar (PS) yang menunjukkan kepada orang ramai dengan berbaju merah. Akibatnya mengundang gelak-ketawa netizen yang menanya "kenapa bangunan turut berwarna merah? Adakah peserta baju merah itu sanggup panjat bangunan tinggi itu? Mereka semua ini monyet ke?"
sumber foto : Facebook
Terdapat netizen menyelar, "Anda boleh buat photoshop gambar, tetapi tidak perlulah mengambil gambar Perhimpunan BERSIH 4.0 untuk melakukan photoshop!"
sumber foto : Facebook
Satu keping gambar lagi yang tersebar luas adalah gambar perhimpunan Baju Merah yang terdiri daripada orang yang sama dalam kelompok perarakan.
Sehubungan itu, netizen ketawa kenapa macam ini? Bagi mereka cara sebegini bukan merupakan 'photoshop', sebaliknya adalah 'photostat'.
Namun, lebih melucukan, ada juga orang yang salah guna gambar perhimpunan.
sumber foto : Akaun Facebook Bung Moktar
Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar, Rabu lalu, memuat naik sekeping gambar dalam akaun Twitter miliknya nya, dan mengatakan perhimpunan tersebut telah berjaya menarik ribuan orang menyertai, perhimpunan dipenuhi warna merah.
Bagaimana pun, rata-rata netizen membongkarkan pembohongan Bung Moktar dan mengecam beliau menggunakan gambar Perhimpunan Anti GST yang berlangsung di Dataran Merdeka sebelum ini.
"Ini gambar perhimpunan anjuran parti pembangkang, awak tahu tak?"
"Ini sebenarnya bukan gambar Perhimpunan Baju Merah, sila periksa dulu sebelum memuat naik gambar, jangan menghinakan diri anda!"
"Kebelakanagan ini rata-rata menteri di Malaysia cuba menunjukkan kejahilan diri mereka ke?
"Nak menipu pun tak pandai, malah turut dibongkar oleh para netizen!"
Walaupun, artikel tersebut dikecam teruk oleh para netizen, tetapi Bung Moktar bukan sahaja tidak memadamnya, malah selepas itu masih memuat naik sekeping gambar Perhimpunan Baju Merah, dan memberi pujian kepada peserta perhimpunan : " Syabas! " - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
otak TS LOO serupa loo jugak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Macai photoshop macai gak meroyan |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah sudah lah tu. Memang perit mcm berak sembelit bila tak sanggup tengok lautan merah menutup jalan. Itu baru sekumit belum lagi semua bangkit. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau menteri pun udah bebal tahap itu, uols bayang jela tahap iq macai |
|
|
|
|
|
|
|
lembu2 merah neh takde ke benda yg lagi berfaedah nak dibuat? |
|
|
|
|
|
|
|
mampu senyum sinis sajork |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak photoshop sekali pun
buatlah dengan sempurna
idok lah jadi bahan orang sepanjang zaman
|
|
|
|
|
|
|
|
Pay peanut....u getmonkey |
|
|
|
|
|
|
|
Saya memang setuju dengan TS LOO, penganjur perhimpunan baju merah memang kuat menipu, bilangan jumlah orang yang menyertai sebenarnya hanya kira-kira 30 ribu sahaja, tapi masih juga nak mengaburi mata orang Melayu... dengan mengatakan hampir 200 ribu tapi menggunakan cara edit gambar secara photoshop, amat ketara nak menipu pun tidak pandai.... berdosa sungguh menipu bangsa sendiri... Tuhan marah tau.... bertaubat lah... ingat kiri kanan kita semua ada Malaikat ................... |
|
|
|
|
|
|
|
kahkahkahkah....akak gelak sinis jerlaaaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
wow ramai OOoo...ini mau-mau 2.6 billion orang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
gambar edit dari udara, cam berlaku pertumpahan darah pula |
|
|
|
|
|
|
|
boringggg |
|
|
|
|
|
|
|
lavabersih5.0 tu tak usah lah perkauman sangat.... jangan lah macam si jamal tu, dia perkauman mungkin dapat jadi menteri, awak apa puntak dapat.... tak untung pun... buat dosa ada lah... setuju tak? Kesian TS LOO ..... saya suka baca artikel TS LOO ..... banyak yang positif.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha, hasil kerja graphic yg sgt memualkan!! Kesiann!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kebodohan bung ttp epic |
|
|
|
|
|
|
|
orang gelakkan je tgk geng red shit ni
tp macai red shit perasan syok sendiri konon org tak leh terima kenyataan |
|
|
|
|
|
|
|
Sesunggujnya photoshop adalah aplikasi yahudi dalam menjatuhkan ummah..kita harus sedar sis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|