CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menantu Zainal Abidin Nak Tuntut Cerai, Dakwa Suami Halang Jumpa Anak

28-1-2023 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4985| Komen: 38

Belum reda isu beristeri dua bekas jurulatih bola sepak iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan, tiba-tiba muncul pula konflik rumah tangga membabitkan anak sulungnya, Mohd Zaiza dan menantu, Suzur Sofia.


Isteri kepada Mohd Zaiza, 37, iaitu Suzur Sofia Smeth Jaya, 32, mendedahkan hubungan mereka berdepan masalah apabila dia mendakwa dihalang berjumpa dua orang anaknya.


Foto: mStar 

“Hati saya sangat sedih kerana sebelum ini sudah biasa dengan anak-anak. Sekarang pergi kerja pun tak tahu khabar mereka.

“Bila bertanya khabar tentang anak-anak, saya hanya mahukan jawapan tentang hal tersebut. Janganlah jawab perkara yang tidak sepatutnya dan cuba mengelak.

“Saya penat sebab kerja. Janganlah dera mental saya. Tolonglah beri kerjasama. Saya hanya mahu berjumpa anak-anak,” luah Suzur Sofia kepada mStar merujuk kepada suaminya.

Sofia bagaimanapun enggan mendedahkan punca konflik antara mereka memandangkan kes ini akan dibicarakan di mahkamah selepas dia memfailkan perceraian pada 5 Januari lalu.



Foto: mStar 

Sofia yang juga pramugari memberitahu kemelut rumah tangga mereka telah berlarutan sejak sekian lama namun dia tetap bertahan demi anak-anak.

“Saya ini seorang mualaf, keluarga pula jauh di Miri, Sarawak. Jadi memang tiada siapa di sini. Selama ini saya bertahan dalam perkahwinan sebab anak-anak.

“Kalau awak (Zaiza) sayangkan keluarga ini, awak boleh berubah dalam tempoh tujuh tahun kita berkahwin. Tetapi awak masih sama. Hanya kita berdua sahaja yang tahu apa masalah sebenar dan saya akan bawa semuanya ke mahkamah,” jelasnya yang turut mendakwa mempunyai bukti untuk didedahkan kepada mahkamah.

Meskipun terikat dengan jadual kerja yang padat, Sofia berkata sebelum ini dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan sentiasa memastikan keperluan mereka lengkap sebelum bekerja.

Disebabkan tidak dapat berjumpa dengan dua orang cahaya matanya itu, Sofia terpaksa meminta kerjasama pihak sekolah untuk menghantar gambar anaknya bagi melepaskan rindu.

“Saya terpaksa minta sekolah hantar gambar anak sebab terlalu rindu. Itupun anak yang pertama kerana dia kini sudah memulakan pra-sekolah. Anak kedua pula, saya akan minta ibu saya jadi orang tengah untuk video call. Ada masa dijawab namun selalunya diabaikan,” luahnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2016 dan mereka dikurniakan doa orang cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana yang berusia dua tahun.

mStar mengharapkan agar masalah rumah tangga pasangan ini dapat diselesaikan dengan baik untuk kebaikan bersama. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 28-1-2023 03:34 PM
Btul la kata forumers even ke cucu cicit pun still kuat gene nya…lansung xikut mak yg cantik
Quote _blackbird 28-1-2023 04:19 PM
mana 1 anak zah yg memekak aritu? ko pi nasihatkan abg ko pulak nok... awat tak kasi jumpa anak sampai bini meroyan ni??? jrg laki buat perangai pondan mcm ni
Quote kepompong 28-1-2023 04:22 PM
masih suami isteri tapi tak dpt jumpa anak. Lepas tu file kan cerai? Laki bewak kah sampai isteri keje teruk  nak jumpa anak pun terhalang
Quote MissVixen 28-1-2023 04:24 PM
Kalau bapak bermasalah, anak jantan pun akan menurun perangai. Macam kes ini dengan sol-tokselam.
Quote Decaffeinated 28-1-2023 05:32 PM
Dorang ni memang suka huruf 'z' eh? Zzzz... motif aku yang risau

Quote MissYouSayang 28-1-2023 05:38 PM
So kita nak kena menggelabah tetek keww
Quote katnissE 28-1-2023 05:40 PM
Lelaki dalam keluarga tu memang bermasalah kah?
Quote alesandra 28-1-2023 05:44 PM
Anak yg sama ke yg mencerca  mak tiri tu??? ko  pun sama laki hazab taguna
Quote alesandra 28-1-2023 05:47 PM
_blackbird replied at 28-1-2023 04:19 PM
mana 1 anak zah yg memekak aritu? ko pi nasihatkan abg ko pulak nok... awat tak kasi jumpa anak samp ...

Owh anak yg lain ke?dahla akak ipar nya mualaf...
Quote sarahmirza 28-1-2023 06:33 PM
Mungkin usaha terakhir seorang ibu untuk mendapatkan perhatian agar dia berpeluang berjumpa anak2nya....Sementara tengah kecoh pak mertua ko kahwin perempuan baya2 umur ko, mak mertua gaduh dengan madu, ko tumpang je isu tak jumpa anak ni...
Biarlah satu Msia tau, peduli apa...

Takpe sis, I feel you....
Quote dani-rox 28-1-2023 06:49 PM
Kesiannya. Semoga Suzur dpt penjagaan penuh anak ya. Bawaklah anak2 ko balik Sarawak, bg alasan family bekas laki semuanya tingtong. Ada kes gaduh kot. Go mama go
Quote sharlenetexas 28-1-2023 06:52 PM
Cucu lots of mix.


Quote beatgirlX 28-1-2023 07:27 PM
Menantu depa lawa2 btul ..
Quote zamnie 28-1-2023 07:32 PM
Jahat lak ank dia ni.. kejam kalau x bg tgk ank sendiri..
Quote syamzana 28-1-2023 07:41 PM
ni anak sulung, yg merempan aritu anak bongsu ke mana entah.
dah knp tak bg jmp maknya? baru fail ceraikan? dah nape smpai bini merempan penat bekerja?? bewok ghian ke lakinya?
pening iols dgn masalah org
Quote _blackbird 28-1-2023 08:20 PM
alesandra replied at 28-1-2023 09:47 AM
Owh anak yg lain ke?dahla akak ipar nya mualaf...

Rasa anak lain. Yg aritu perli2 tu mcm muda sgt
Quote Punat_button 28-1-2023 10:02 PM
"Once you go black..." eh macam salah ja

Quote kepompong 28-1-2023 10:06 PM
mak mertua sebok tarik rambut , merajuk ke landern, pak mertua sebok berbini baru, adik ipar sebok update status kat socmed hentam pak mertua,

takde siapa perdulikkan dia ye
Quote habisnamadahni 28-1-2023 10:42 PM
Punat_button: "Once you go black..." eh maca ...
hahaha....nak sambung ke tak ek hahahaha

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.381235 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top