CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantoi Dah 8 Tahun Bercerai Tapi Masih Tinggal Sebumbung

28-1-2023 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3528| Komen: 42

Description: Sudah bercerai lapan tahun lalu, seorang lelaki masih tinggal sebumbung dengan bekas isteri bersama dua anak.
Sudah bercerai lapan tahun lalu, seorang lelaki masih tinggal sebumbung dengan bekas isteri bersama dua anak.

Tindakannya bagaimanapun terbongkar selepas bekas suami isteri itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di Limbongan, awal pagi Jumaat.


Memetik laporan malaysiagazette, kedua-dua mereka berusia 48 dan 52 tahun.


Foto: mStar

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pemeriksaan pukul 1 pagi itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam daripada Ahli Rakan Setiaku JAIM (Raseim).

"Hasil maklumat diterima, kita memeriksa lokasi terbabit sebelum mendapati lelaki berusia 48 tahun dan bekas isterinya 52 tahun tinggal di rumah itu bersama dua lagi anaknya masing-masing lelaki dan perempuan berusia 14 dan 17 tahun.

"Semakan mendapati, mereka telah bercerai pada 2015 dan mengaku masih terus tinggal bersama walaupun tidak pernah merujuk semula selepas berpisah,” katanya dipetik sebagai berkata.


Pasangan itu, yang merupakan kontraktor dan peniaga makanan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman.

Kedua-duanya boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 28-1-2023 03:28 PM
Kawan aku dulu ade gak mak ayah dia gini tp dorg pun malas amik port sbb dh besar
Quote becir 28-1-2023 03:35 PM
halah sibuknya..
Quote sambaldurian 28-1-2023 10:08 PM
Tp klu x tido sama mcm ' xpe je' aku rs. Sbb ada anak2 peneman. Mcm teman serumah konsepnya sewa bilik ke.
Quote Cekgushilla 28-1-2023 10:22 PM
Ada kes yg mak ayah dah tua dh cerai dduk serumah dgn anak2 sb senang anak nk jaga jd kira mcm mana ye
Quote sharlenetexas 28-1-2023 10:29 PM
Tido sebantal ke?
Ke housemate?



Quote faraway1 28-1-2023 10:29 PM
Baik rujuk aje kalau kes camni.

Dah serumah
Quote sharlenetexas 28-1-2023 10:30 PM
Cekgushilla replied at 28-1-2023 10:22 PM
Ada kes yg mak ayah dah tua dh cerai dduk serumah dgn anak2 sb senang anak nk jaga jd kira mcm mana  ...

Asalkan tak terlajak ke jurang mariana kot?

Quote totokreturn. 28-1-2023 10:43 PM
Sama mcm kj kena la ni
Quote ninja boy 29-1-2023 12:07 AM
Ada ja kawan2 cam ni
Quote syamzana 29-1-2023 12:32 AM
yg laki tu ok je la, yg pompuan satu kerja plak nak jaga aurat itu ini. kan menyusahkan hidup. takkan dlm rumah nak berkelubung sepanjang hari
gitewww mood setazah iols.
Quote green~tea 29-1-2023 12:41 AM
Takdak duit kot nak start over new life
Quote bunnyj3lly 29-1-2023 12:46 AM
green~tea replied at 29-1-2023 12:41 AM
Takdak duit kot nak start over new life

Mungkin jugak. Tapi kalau rujuk dan loveless, sexless life pun just as good as jadi housemate. Cumanya, takde la JAIM nak serbu
Quote noor2 29-1-2023 06:58 AM
Janganla ajar anak2 benda2 x elok.....dan malu la kat anak2...
Quote Suchi 29-1-2023 07:05 AM
sambaldurian replied at 28-1-2023 10:08 PM
Tp klu x tido sama mcm ' xpe je' aku rs. Sbb ada anak2 peneman. Mcm teman serumah konsepnya sewa bil ...

So mungkin ini menjawab persoalan iols kenapa selalu org tua dah tak tido sama
Rupanya dh bercerai laaa eh ke mmg habit org melayu bila memasing masuk usia 40an dah takmo tidur sama?

Kenapa eh tiba nak tidur asing, bini tidur ngn anak2 or cucu.
Laki plak kadang tidur ats sofa or tidur sorang2 dlm bilik. Padahal anak2 ada 8 orang maksudnya penah la juga bersama dgn sekerap2nya tp knp dh tua tanak berkepit lagi.
Aritu kt kelantan tu nenek tu dah kawen 68 tahun katanya sepanjang 68 thn kawen tak penah pisah tidur. Camtula sepatutnyaa..
Quote Suchi 29-1-2023 07:10 AM
Cekgushilla replied at 28-1-2023 10:22 PM
Ada kes yg mak ayah dah tua dh cerai dduk serumah dgn anak2 sb senang anak nk jaga jd kira mcm mana  ...

Mmg ada pun kang kalau laki mati mak tu jgnlaa memandai nk reta plak
Sbb mmg dah tak layak sesen pun lagi satu napa lepas cerai aritu tak tuntut terus harta sepencarian.
Emm yelaa cerai pun tah2 tak daftar pun, lafaz kt mulut pastu takda sapa tau.
Tak patut laa kalau ada yg wat gini oii, iols ada baca komen org katanya ramai je org tua yg dh lama bercerai masih duk satu rumah pastu blk kg pun sama2 sbb takmo pemeli tau. Yg pelik tu kadang si ex laki tu dh kawen baru pun.
So mcm tak adil plak bg bini baru tu sbb time raya laki masih kena balik kg sama2 ngn ex bini tu demi nk kaburi mata keluarga..
Aneh2 je bila tak amik berat bab isu kawen cerai nih..
Quote Tunan 29-1-2023 08:04 AM
Dulu ada baca porumer cerita pasangan muda anak kecik2 gak.. balik raya sama2 sbb taknak family tau diog da berpisah
Laa ramai rupanya gini
Quote Decaffeinated 29-1-2023 08:48 AM
Aku sangka perkara ni super pelik lebih pelik bila ada yang kata ia tak pelik.

Kagum juga lah dah bercerai masih boleh berkawan.
Quote Zack8hunter 29-1-2023 09:02 AM
diorg tak tahu lps cerai boleh rujuk balik kot..ker talak tiga dah
Quote Cokoro 29-1-2023 09:08 AM
Suchi replied at 29-1-2023 07:05 AM
So mungkin ini menjawab persoalan iols kenapa selalu org tua dah tak tido sama
Rupanya dh bercerai ...

Kalau kt korea dorg tidur katil asing2 wlpn sebilik. Ada term dia, graduation from marriage. Jalani hidup separatedly tp tak divorce

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.139825 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top