MELAKA: Penduduk yang berhasrat ingin membeli rumah kos rendah di Pulau Gadong dekat sini kecewa apabila projek milik Lembaga Perumahan Melaka (LPM) itu masih belum dibina sejak 15 tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Klebang Besar, Datuk Mohd. Yusof Abu Hasan berkata, penduduk menyuarakan rasa kecewa melihat tanah seluas 1.09 hektar berkenaan dipenuhi semak samun, tanpa sebarang tanda pembinaan akan dimulakan. Lebih mengecewakan katanya, projek yang didakwa akan dihidupkan semula itu sudah bertukar status daripada rumah kos rendah berharga kurang RM50,000 kepada rumah mampu milik (RMM) bernilai lebih RM200,000. “Selepas 15 tahun baru dapat tahu projek ini akan dimulakan tetapi 150 unit rumah yang akan dibina bukan kos rendah, sebaliknya ditukar kepada RMM. “Ini benar-benar mengecewakan penduduk yang rata-rata memohon untuk membeli rumah tersebut kerana harga di bawah RM50,000, tetapi kita difahamkan LPM telah melantik sebuah syarikat pemaju untuk membina RMM.
“Sudah tentu dalam kalangan penduduk yang tergolong sebagai B40 tersentak apabila mendapat tahu projek yang terletak bersebelahan Taman Gadong Perdana tidak mampu untuk dibeli mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam. Mohd. Yusof turut meminta LPM mengkaji semula pertukaran status rumah berkenaan untuk membolehkan pembeli daripada golongan B40 dapat memilikinya. Katanya, LPM sepatutnya berperanan membantu golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman dengan terus membina projek rumah kos rendah. Sementara itu, seorang penduduk, Abdul Rahman Osman, 74, turut melahirkan rasa kecewa kerana sudah menunggu hampir 15 tahun untuk membeli rumah kos rendah berkenaan. “Saya harap kerajaan negeri dapat menunaikan hajat penduduk di Klebang agar rumah kos rendah yang dijanjikan akan dibina untuk membangunkan semula projek ini,” ujarnya. “Saya terkejut apabila dimaklumkan status rumah tersebut sudah ditukar kepada RMM dan keadaan itu menyebabkan penduduk berpendapatan rendah tidak mampu untuk membelinya,” jelasnya. -CARI Sumber: Utusan Online
|
gigahertz replied at 27-1-2023 10:53 PM
Nasib baik la rumah mak i kat Bukit beruntung siap di bina dan selamat di duduki.
padahal developer ...
R2D2 replied at 27-1-2023 04:07 PM
Bukit Beruntung projek TALAM
gigahertz replied at 28-1-2023 12:50 AM
tu nama lama dia. nama baru dia apa ntah.
kepompong: Encik Abd Rahman Osman yg beru ...
helicornia replied at 28-1-2023 03:01 PM
Rumah di melaka boleh dikatakan masih murah.ramai yg keje di putrajaya kl beli rumah di melaka utk p ...
kepompong replied at 28-1-2023 12:45 AM
Encik Abd Rahman Osman yg berumur 74 tahun dah menunggu 15 tahun nak beli rumah sendiri… kalau kena ...
wirazam replied at 28-1-2023 09:59 AM
Skrg nih dia dok kat mana? Rumah sendiri or sewa ye.
ADVERTISEMENT