PETALING JAYA – Tindakan seorang penghuni yang bertindak meletakkan batu nisan untuk ‘cop’ tempat letak kereta di kawasan perumahan flat, menerima kecaman hebat di media sosial. Menerusi gambar yang dikongsi di akaun Facebook Dilla Karmila, kelihatan batu nisan tersebut diletakkan di ruangan parkir kosong seolah-olah tidak membenarkan penghuni lain meletakkan kenderaan mereka disitu.
Perkara tersebut mengundang kecaman daripada warganet berikutan kawasan perumahan flat kebiasaannya tidak boleh ‘cop’ parkir sesuka hati kerana tidak mempunyai parkir khas yang disediakan. “Cara terbaik untuk selesaikan masalah ini, adalah simenkan batu nisan itu dekat situ. Biar semua tak dapat letak kereta, dan bolehlah semua orang tahu siapa punya batu nisan itu,” komen Jenkin Yat. “Kebanyakan flat semua penghuni main ‘cop’ tempat letak kereta. Sedangkan sudah tahu tidak boleh begitu. Mana-mana pihak berwajib harap jalankan tanggungjawab masing-maaing. Kadang-kadang sampai main tolak kereta sebab nak keluar,” komen Dani Dania pula.
Di ruangan komen ada pengguna lain berjenaka dengan mengatakan itu adalah ‘tapak kubur’ pemilik rumah yang ingin ditanam di kawasan lot parkir. “Arwah ni dulu masa hidup dia suka cop tempat letak kereta. Sampailah dia meninggal, kuburnya pun di lot parkir,” komen seorang pengguna. – CARI Sumber: Kosmo
|
Samerosie replied at 27-1-2023 06:12 PM
Bagi mengelupur sekor2 buat mcm hdb flat tu parking pun kena bayar. Masa ti dersng yg jadi batu nes ...
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2023 06:40 PM
Samerosie replied at 27-1-2023 06:12 PM
Bagi mengelupur sekor2 buat mcm hdb flat tu parking pun kena bayar. Masa ti dersng yg jadi batu nes ...
MissVixen replied at 27-1-2023 06:14 PM
Bangsa2 ni akan park tepi jalan besar sampai tinggal 1 lane je nanti. Semua benda nak free dan suk ...
Highflyer19 replied at 28-1-2023 01:11 PM
Kalau kt shopping mall sanggup park kt luar tepi2 jln wpun keta mahal…biasa lah bngsa ni kaum pen ...
Samerosie replied at 27-1-2023 06:12 PM
Bagi mengelupur sekor2 buat mcm hdb flat tu parking pun kena bayar. Masa ti dersng yg jadi batu nes ...
noor2 replied at 28-1-2023 09:14 AM
Kesian tgk muka hantu ni...langsung x tasa takut tengok...
ADVERTISEMENT