Wak Doyok menceritakan pengalaman memberi sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Menerusi hantaran Wak di laman Instagram, dia bersedekah kepada orang kurang siuman namun apa yang lebih terkejut apabila individu terbabit mengenalinya.
“Berlaku satu peristiwa time aku ngopi di kedai arab. “Tiba-tiba datang orang kurang siuman mintak rokok pada aku. Aku cakap rokok tak ada curut ada lah. “Lepas itu, aku bagi dia duit suruh beli makanan je. Sorry campak dari atas. Yang aku hairan dia boleh kenal aku walaupon dia kurang siuman,” tulis Wak.
|
ADVERTISEMENT