CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah 2023, Tak Perlu Komen Yang Boleh Mengguris Hati Peserta,"-Nabila Razali

27-1-2023 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1800| Komen: 19

Description: Sering dikritik akibat vokal yang dikatakan kurang mantap, Nabila Razali berpendapat juri dalam sebarang program, perlu lebih sensitif dalam melaksanakan tugas mereka.
Sering dikritik akibat vokal yang dikatakan kurang mantap, Nabila Razali berpendapat juri dalam sebarang program, perlu lebih sensitif dalam melaksanakan tugas mereka.

Nabila atau mesra disapa Bella menganggap sesuai dengan peredaran zaman, kritikan berbentuk menghentam dan bukan mendidik, perlu dihentikan.


Foto: IG

"Sudah 2023, rasanya tidak perlulah hendak komen yang boleh mengguris hati peserta. Kita tidak boleh hendak samakan zaman dahulu dengan sekarang.

"Tidak dinafikan ada artis generasi Y dan Z yang manja. Tetapi kita kena faham, tidak semua membesar dalam suasana sama.

"Mungkin ada yang tidak pernah kena marah dengan keluarga sebelum ini.

"Jadi, apabila kena marah dan disaksikan jutaan penonton, sudah tentu beri kesan kepada jiwa mereka.



"Saya faham, kontroversi boleh menjadi bahan tarikan. Namun, adalah lebih baik jika ketika beri kritikan dan pada masa sama, mereka beri ilmu.

"Berdasarkan pemerhatian, ada beberapa juri yang sambil nilai, mereka mengajar seperti Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang," katanya di sini, semalam.

Berdasarkan pengalaman dilalui, penyanyi Pematah Hati ini menasihatkan mereka yang ingin menjadi anak seni supaya bersiap dalam aspek ketahanan mental.



"Apabila sertai bidang seni, bukan sahaja orang yang kita tidak kenal kecam, malah, mereka yang kita kenal. Perkara itu, bagi saya, sangat menyakitkan.

"Bukanlah hendak kata sudah lali, tetapi, sejak dahulu lagi, iaitu ketika menyertai program realiti Akademi fantasia (AF), saya sudah berdepan situasi ini.

"Saya juga pernah kecewa dan putus asa apabila nyanyian di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), dipertikai. Kalau berlaku perkara yang sama pada penyanyi lain, nama saya turut terkait.

"Selalunya, saya ambil masa sehari untuk tenangkan perasaan Kalau ada tugasan pada hari itu, saya batalkan.

"Saya akan menjauhkan diri daripada media sosial atau baca komen negatif. Perlahan-lahan saya bina kembali keyakinan diri untuk bangkit dan berjuang," katanya ditemui di lokasi penggambaran drama berjudul Peluang Ketiga, di sini.


Selain Nabila, drama arahan Hashim Rejab itu dibintangi Fadlan Hazim, Afiq Shazwan, Mark Adam dan Najua P Ramlee.

Sejak Ahad lalu, kontroversi tercetus selepas pasangan sepupu, Naim Daniel dan Sissy Imann dikritik juri tetap, Mas Idayu pada konsert minggu keenam Famili Duo yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Persembahan Naim dan Sissy yang menyanyikan lagu Jampi dengan susunan muzik keroncong, gagal memikat hati juri dan menerima komen pedas hingga Sissy mengalirkan air mata, lalu tular. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bawang123 27-1-2023 07:38 PM
Betul, bawang setuju walau betul bella suara tak sedap, tapi takyah la nak marah² depan audience & dlm tv. Jatuh la air muka orang tu. Tegur pakai ayat yg sama tapi guna suara yg menenangkan beza woo dgn pakai suara bingit.
Point tak sampai, pakej bagi org kecik hati.

Nasihat utk kebaikan kena sampaikan dgn baik, bukan marah². Takda manusia normal suka kena marah, tambah² lagi yg kena marah tu perempuan. Women always right, gituh.
Quote AcikBuncit 27-1-2023 07:43 PM
Well, she got point mmg certain org xpernah dinarah apalagi ditengking oleh ahli keluarga sendiri.. Tiber ko nk tengking dia live... Mmgla hancur bdk tu punya emo.. Xsmua manusia ni kental.. Bkn xleh kritik tp cara kritik tu bwk2 la ubah.. Xpyh nk tpekik2.. Kalo gian sgt nk tengking org, tengking la laki baru ko tu kt umah..
Quote missyL 27-1-2023 09:35 PM
Tinggi btol hael
Pakai kasut giraffe ke
Quote Perawankota 27-1-2023 11:31 PM
Muka kak Nab dah bulat sikit… tapi comel jugak
Quote ladybugz 28-1-2023 04:24 AM
still xleh terima ada manusia yg nak namakan diri sendiri sissy . apapun harapnya cc dpt belajar kekentalan nabila ni. rasanya mcm2 dia kena. tp still boleh jd professional ja handle mcm2 kririkan n kecaman.
Quote dudaberhias 28-1-2023 06:31 AM
memang la dah 2023 dikkk tapi yang mengomen tu dah kertu che pit dah menopos... lahir 1972... sah2 la tak up to date dengan zaman 2023 ni masih stuck in 1990an era baru terlepas jajahan british... entah2 kalau curi fon dia... pencuri hantar balik sebab brightness max... buat sakit mata jah...
Quote Hoola 28-1-2023 07:30 AM
xyah la bt pertadingn ni semua
xkemana punnnnnn pasca ptndingan kcuali klina pompom,sitinana
br tau lngit tinggirendah
sekian.

Quote bulalof 28-1-2023 07:33 AM
jury pun bukan semenggah mana.

Quote red_velvet 28-1-2023 07:40 AM
dudaberhias replied at 28-1-2023 06:31 AM
memang la dah 2023 dikkk tapi yang mengomen tu dah kertu che pit dah menopos... lahir 1972... sah2 l ...

Hahahahahahahahha
Quote ReginaGeorge 28-1-2023 09:15 AM
Kata mak cik suara ayam dicekik monyet.
Quote cikperiukkera 28-1-2023 09:22 AM
Setuju…nabila ni set2 amy mastura menyanyi suara so2 tp berlakon ok x kayu…attitude pun ok sebab tu masih laku
Quote MarryPottet 28-1-2023 03:15 PM
Yelah kak nab kucil
Dah taun 2023
Ko tu bila lagi nak hit high note tanpa kucil masa nyanyi live?
Quote rayna_raynes 28-1-2023 07:17 PM
MarryPottet replied at 28-1-2023 03:15 PM
Yelah kak nab kucil
Dah taun 2023
Ko tu bila lagi nak hit high note tanpa kucil masa nyanyi live?

Fahamilah apa benda tu tessitura

Quote jalfa 28-1-2023 10:43 PM
Betul tu dek nab...dek nab nyanyi pon nak cari duit je.bukan nak menang anugerah pon.coi jgn layan juri baby boomer
Quote habisnamadahni 28-1-2023 10:47 PM
kak nab ni seeloknya berlakon la..tp rezeki dia dpt lagu sdp²
Quote woven11 28-1-2023 10:59 PM
Betul juga cakap nab.. dah taun 2023 bila suara nak improve?
Quote selipar_hijau 28-1-2023 11:24 PM
Kalau kak nab yang dijuri mami tak tahu la apa jenis tempikan yg bakal mami keluarkan.. meletup tv kt umah penonton gamaknya
Quote makadek 29-1-2023 12:04 AM
Drama dia yg tayang tb3 loya gilaaa
Quote sleepandream 29-1-2023 02:25 AM
sheols ni belakon takdela kayu sgt... boleh katakan above average jugakla... ni berdasarkan pemerhatian iols dekat citer apa tah disney+ tu sheols jd pekeje hotel...
iols terlayan few episod je la tapi

pertandingan nyanyian sekarang ni tak payahla nak ada juri komen... terus bagi markah jah mcm bintang rtm dolu2.... ni kau gigih tengking maki bagai ujung2 juara sendu jahhh... balik2 tokti jgk yg buat album buat konsert.... tibehhhhh

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.103274 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top