Seiring dengan penurunan berat badan yang kini mencapai tahap ideal, penyanyi Danny X-Factor menyuarakan hasrat untuk menambah cahaya mata pada tahun ini. Danny atau Mohd Khardanie Anwa, 42, berpendapat penting untuk mengekalkan kesihatan memandangkan anak sulungnya juga masih kecil.
"Dulu mungkin saya memandangkan rendah mengenai perihal ini, namun saya fikir anak saya masih kecil dan saya perlu menitik beratkan soal kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. "Malah, apabila sudah berjaya menurunkan berat badan, saya terfikir mungkin sudah tiba masanya untuk menambah zuriat. Apatah lagi, kita sudah semakin berumur jadi ini adalah masa yang sesuai. "Semoga perancangan ini dipermudahkan oleh Allah SWT. Malah, saya dan isteri menunggu masa yang lama sebelum dikurniakan zuriat," kata Danny. Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Danny mengakui sering diajukan mengenai berat badannya sebelum ditawarkan sebarang watak.
Ini sekali gus memberikan semangat kepadanya untuk menurunkan berat badannya sebanyak 15 kilogram. "Apabila saya muat naik gambar di Tik Tok, tak sangka ramai yang tegur dan masih ingat saya sebagai Danny X-Factor. Namun komen yang tak best bila orang cakap bentuk badan dah tak sama macam dulu. "Dulu berat badan saya 92 kilogram dan kini berat saya 75 kilogram. Itulah yang membuatkan motivasi untuk turunkan berat badan. Selain melakukan senaman, saya juga tidak mengambil gula dalam minuman dan jaga pemakanan. "Malah, sebelum saya menerima sebarang tawaran pun, ramai yang bertanya mengenai berat badan. Alhamdulillah, selain berjaya mendapatkan berat badan ideal, saya juga kini lebih bertenaga," kata Danny. Mengakui penampilan penting bagi seorang pelakon, langkah untuk menurunkan berat badan juga dianggap sebagai permulaan untuk kembali aktif secara serius dalam dunia seni. -CARI Sumber: Harian Metro
|
prince_marhaen: sblm ni kawen dah lama ancut l ...
lazim replied at 27-1-2023 10:15 PM
Danny ni macam azhar sulaiman. Cepat sgt hilang hensem tu. Nk kata faktor kewangan azhar tu kaya je ...
af_mania replied at 27-1-2023 10:17 PM
Dia dulu masa muda hensem & jambu sgt. Ala2 izue islam. Now izue pulak makin menggemok
nena9042 replied at 27-1-2023 10:09 PM
Dengan keadaan ekonomi zaman sekarang ni, fikir la sejuta kali before tambah anak. Bukan la kata tak ...
miu84 replied at 28-1-2023 11:40 AM
Semalam meols berpeleseran di fb, nampak la ade org share post makayah mengeluh beli brg nak sekol ...
AWEKSAMURAI replied at 28-1-2023 12:37 PM
Off topic jap aku nk buat luahan sket haha pasal ank2 .. ank2 aku 3 org dh besar2 tp dari kecik ex ...
miu84 replied at 28-1-2023 01:22 PM
Eish ni pun membencikan bila dgr. Adeke ayah harap bebudak baru nak idup utk support kehidupan. Ta ...
ADVERTISEMENT