CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gambar Sissy Imann Dan Naim Daniel Tak Ada Di Poster Famili Duo, Apa Cerita?

27-1-2023 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9014| Komen: 93

Ketiadaan foto Sissy Imann dan Naim Daniel di poster Famili Duo minggu ketujuh yang bakal berlangsung Ahad ini mengundang pertanyaan penonton.

Terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu, Naim, 26, meminta peminat terus bersabar dan mendoakan agar mereka dapat meneruskan saingan dalam program berkenaan.


Foto: IG

"Saya pun baru tahu tiada nama kami dalam poster tersebut. Entahlah! Rasanya semua okey sahaja. Tunggu sahajalah nanti.

"Saya juga harap peminat dapat doakan urusan kami berjalan lancar," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.



Dalam pada itu, Naim memberitahu dia dan Sissy masih belum membuat keputusan mengenai penyertaan mereka dalam konsert mingguan pada Ahad ini.




Ini kerana mereka masih belum membuat persiapan dan kesuntukan masa untuk melakukan persediaan.

"Sekarang ini masih lagi dalam proses menguruskan beberapa perkara. Tengoklah bagaimana nanti... belum dapat kata putus lagi untuk minggu ini. InsyaAllah kami akan muncul.

"Sepatutnya pada malam Ahad selepas selesai konsert kami sudah berikan lagu untuk minggu seterusnya, namun kali ini lagu pun belum ada," ujarnya.



Berkongsi perkembangan terkini, Naim berkata Sissy masih belum bersedia untuk menjawab persoalan dari mana-mana pihak susulan insiden menangis di atas pentas akibat komen pedas daripada juri Mas Idayu.

"Saya sentiasa berhubung dengan Sissy dan sekarang ini dia masih lagi dalam proses untuk bangkit selepas apa yang berlaku. Dia juga belum bersedia untuk bercakap dengan sesiapa.

"Ramai yang memberikan reaksi berbeza dengan apa yang telah terjadi. Kami terima baik semua komen tersebut dan dijadikan semangat untuk teruskan perjuangan dalam kerjaya ini," ujarnya.



Pada minggu keenam konsert Famili Duo, Mas Idayu memberikan komen pedas terhadap nyanyian Naim dan Sissy menerusi lagu Jampi dalam versi keroncong yang dikatakan tidak sedap dan terlalu keras.

Terkesan dengan kata-kata tersebut, Sissy tidak dapat menahan air mata ketika di atas pentas dan terus meninggalkan dewan selepas tamat persembahan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawarkhayalan99 27-1-2023 03:28 PM
dah tarik diri ke tewwwwww
Quote Kancilkering 27-1-2023 03:39 PM
digugurkan kut….better lah…..nanti mami tu lagi bagi bad vibe dlm program keluarga ni…ngan pengacara bingit mami bingit …..
Quote KamikuP 27-1-2023 04:12 PM
Baguslah berundur dari program yg syok sendiri ni. Penerbit dan juri laki bini terang2 konflik of interest cewahh
Quote cmf_PariS 27-1-2023 04:13 PM
tarik diri je.. jaga maruah.. buat mental diri buat apo
Quote dudaberhias 27-1-2023 04:17 PM
bagus lah tarik diri... rancangan syok sendiri dengan juri2 syok sendiri yang kekwat fefeeling hollywood dan terpaling hebat di muka bumi... mental kau lagi penting dikkk...

lagipun tengok mami tu jadi juri terus rasa nak kalih tengok channel animal planet... lagi bermanfaat dan berilmu dari tengok dia...
Quote helicornia 27-1-2023 04:18 PM
patut juri tu yg tarik diri. nepotism
Quote hyie 27-1-2023 04:21 PM
konsep nak up kan rating rancangan ni sangat namun malangnya kekal surndoooo yihhhh malas nak tengok lah. Kalau takda mas idayu iols boleh tahan lagi yachh tapi tetap kowser nak tengok
Quote brunesss 27-1-2023 04:21 PM
kesian dengan sissy kena bully, depression is real ok gais. i tak faham org yg make fun dengan dia. i pray that youll come back stronger than ever sis
Quote riena3321 27-1-2023 04:28 PM
program berat sebelah. saidah tu nyanyi xckup nafas. blh pula juara mingguan. dua beradik tu mcm nyanyi kat funfair. naim & sissy idea byk, kreatif. tpi mcm main2 yelah depa dah kaya. apalah sgt
kalau tak menang pun.
Quote downiey 27-1-2023 05:08 PM
tp mmg suara sisi biase aje..
Quote Tembikaigoreng 27-1-2023 05:09 PM
Tetiba rasa sissy ni cantik pulak LOL
Quote doubleharmonic 27-1-2023 05:14 PM
brunesss replied at 27-1-2023 04:21 PM
kesian dengan sissy kena bully, depression is real ok gais. i tak faham org yg make fun dengan dia.  ...

tak make fun tapi nampak sissyboy ni yang hover yachh. mohon tengok bideo pekerja zus coffee tu lagi teruk kena tengking pakej maki hamun tapi elok jah remain calm lepas tu respon cakap elok2 je kat customer tu balik takde pon nak hover. sissyboy ni yang terlebih kuat drama nak menunggang isu tengah panas tu yang tiberr melalut pasal album tak laku tak nak jual eh tapi mengada pulak tiber nak jual rm20 sebab nak cover kos printing lah bagai yihhhh. ko nak jual ke tak nak jual sebenarnya album sendu ko tu hah noreeeeen

Quote Rogue98 27-1-2023 05:22 PM
Aku dah tengok sissy ni menyanyi yg achik mas marah2 tu.....mmg buruk giler ok....mmg patut kena tengking pun....patut dia yg should mintak maaf sebab rosakkan lagu tu...kau masuk pertandingan nyanyian yg bermacam genre lagu should be u dah well prepare especially sissy tu takde kerja lain hanya music and singing jer...single takde anak kacau. Ye mmg achik mas tu selalu over but this time aku setuju dia tengking kan si sissy tu.
Mengada betul ...tengok lah tarik diri pun tak bagitau naim ....
Quote SANKURIANG 27-1-2023 05:32 PM
Juri yg sorang tu patut digugurkan…..sejak kawen dgn penerbit ni, makin kiasu lak dia….ye la ada daddy yg backup…..
Quote takayama 27-1-2023 05:52 PM
yg muda sah2 berdarah muda
yg tua tu x reti2 nk tone down
kang tgh memekik tetiba kaku kt kerusi br ada akal
Quote prince_marhaen 27-1-2023 05:53 PM
TAPI......... Sissy Pondey nyanyi haritu memang hauk tak sedap langsung masalahnya...macam off key gila-gila... tempo semua ke laut.. memang serious tak sedap suara sheols (masa itu)... lagu2 lain pun tak semua dia boleh nyanyi (dengan sedap) pun...
Quote KakZianaZain 27-1-2023 06:56 PM
Tarik diri je. Bukan blh menang pon. Buat jiwa kacau je. Buat mcm Kak kepom
Quote Nenolen 27-1-2023 08:07 PM
kaka suka tgk famili duo sebb nampak effort memasing utk beri persembahan terbaik...
Quote rayna_raynes 27-1-2023 08:12 PM
prince_marhaen replied at 27-1-2023 05:53 PM
TAPI......... Sissy Pondey nyanyi haritu memang hauk tak sedap langsung masalahnya...macam off key g ...

Tadi ada satu video sorg cikgu vokal yang komen dia cakap ok je lenggok berdua tu cuma kena kemaskan sikit.

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.357007 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top