Lima lelaki warga Britain yang baru selesai menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah berjalan kaki untuk menziarahi Madinah al-Munawarrah. Perjalanan sejauh 547 kilometer (km) itu mengambil masa kira-kira 185 jam atau tujuh hari untuk kelima-lima pengembara tersebut tiba di destinasi.
Kumpulan tersebut menyatakan tujuan utama kembara itu adalah untuk merasai sendiri jerih perih yang dilalui Rasulullah SAW ketika melakukan hijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada 1400 tahun yang lalu. "Mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dalam pengembaraan ini membuatkan kami berasa sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan seolah-olah kami sedang berjalan bersamanya. "Kami belajar banyak perkara tentang Rasulullah SAW dan rasa sayang kami kepada baginda bertambah berlipat ganda," kata Rashid Ali yang merupakan salah seorang peserta dalam kumpulan itu.
Terdahulu pada tahun 622 Masihi, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW untuk berjirah ke Kota Madinah kerana tentangan masyarakat Arab Quraisy yang semakin hebat di Makkah. Hijrah itu mustahak demi keselamatan Rasulullah SAW dan para sahabat serta penyebaran Islam yang perlu diteruskan. Setibanya kumpulan warga Britain itu di Madinah, mereka disambut dengan meriah, diiringi paluan kompang, dihidangi jamuan makanan dan dikerumuni penduduk tempatan yang teruja dengan pencapaian mereka. Dua orang dari ahli kumpulan itu sebelum ini pernah mengayuh basikal dari London, Britain ke Makkah, Arab Saudi dan merupakan individu pertama dalam sejarah yang berjaya berbuat demikian. Rata-rata warga maya yang melihat kisah mereka berasa teruja dan mengambilnya sebagai inspirasi untuk tidak mudah berputus asa dalam hidup. -CARI Sumber: mStar/ ilmfeed
|
Buritan: Aku mengharapkan omputih... bi ...
Buritan replied at 27-1-2023 08:03 PM
Aku mengharapkan omputih... bilaa zoommmmmmmmm aku rasa sgt sedih..
Itzy replied at 28-1-2023 07:55 PM
Ko ingat semua yg tinggal kat britain tu omputih ke?????????
Samerosie replied at 28-1-2023 08:46 PM
Kaka Bur set sikit. Tapi yg rambut dgn janggut putih tu macam ongputih.
ADVERTISEMENT