Isteri kepada penyanyi, Lan Solo iaitu Sheila Hassim mendedahkan momen-momen ketika awal perkahwinan mereka yang digambar sedikit susah sehingga terpaksa memecahkan tabung simpanan. Berdasarkan sebuah perkongsian di Instagram Story, Sheila menjawab persoalan netizen menerusi pautan Ask Me A Question, serta berkongsi foto-foto ketika bercuti di negara Korea.
Menurut isteri kepada bekas vokalis kumpulan Kristal itu, dia menegaskan mahu membesarkan anak-anak dalam keadaan selesa. “Masa tahun pertama kahwin, kami pernah korek tabung untuk beli susu dan pampers anak.. Malah siap downgrade daripada Mamypoko kepada yang sangat murah sebab tak mampu. “Start dari itu, kami berdua sangat nekad nak kerja kuat untuk besarkan anak-anak dalam keadaan selesa tapi bukan cara kaya! Merasa apa yang kami dulu tak pernah rasa…
|
helicornia replied at 27-1-2023 04:19 PM
org melayu tak berduit nak beli susu pun tiap tahun membiak juga
ADVERTISEMENT