CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Arshad Sedih Tak Ada Rezeki Bagi Susu Badan- Anak Alami Tongie-Tie, Tak Boleh Hisap

27-1-2023 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2693| Komen: 32

Description: Baru beberapa bulan melahirkan cahaya mata yang pertama, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi pengalamannya berhadapan masalah menyusukan anak pertamanya, Raja Urhan Raja Shahiran menerusi ha ...
Baru beberapa bulan melahirkan cahaya mata yang pertama, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi pengalamannya berhadapan masalah menyusukan anak pertamanya, Raja Urhan Raja Shahiran menerusi hantaran di Instagram miliknya.


Menurut Uyaina, tidak semua ibu diberikan rezeki untuk menyusukan anak masing-masing, kerana anaknya juga berdepan masalah sukar untuk menyusu akibat mengalami masalah ‘tongue-tie’.

Foto: IG

“Breastfeeding is not for everyone. Tak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak mereka.

“Sedih juga bila nak diingatkan. Tapi, rezeki Urhan cuma dapat menyusu badan kurang dari 2 minggu sahaja,” katanya.

Berkongsi mengenai masalah tersebut, Uyaina memaklumkan, dia hanya sedar mengenai perkara itu pada minggu pertama Urhan dilahirkan.

“It started off bila we noticed Urhan ada tongue-tie dalam minggu pertama lepas dia lahir. Dia ada difficulties to latch. Bila menyusu badan je, dia menangis macam kena pukul. Dah jadi macam force-fed pula. Sebab lepas 2-3 kali dia latch, pastu dia akan terpaksa release. Risau sebab dia tak minum susu secukupnya.


“Kami bawa dia pergi doktor. Bawah lidah dia digunting sikit untuk release tongue-tie tu. Lepas tu kita monitor lagi. Tapi dia still tak boleh latch. Masih sama.

“Bawa pergi jumpa doktor lain pula for second opinion. Rupa-rupanya nya tongue-tie tu tak fully released,” kongsinya.



Sementara itu, pengacara program Wanita Hari Ini menjelaskan, Urhan terpaksa menjalani pembedahan untuk memahami apakah masalah yang berlaku pada lidahnya sehingga tidak boleh untuk menyusu, malah perkara itu juga terpaksa dipantau memandangkan dia masih kecil.

“Doktor kata perlu fully anaesthetic dan operate Urhan untuk betul-betul faham what’s going on with his tongue. Tapi doktor kata kena tunggu Urhan besar sikit. Dah lebih 3 bulan baru boleh buat sebab nak monitor berat dia dulu sebab he was too small.

“So sejak dari tu, I started giving him susu formula. Mula-mula tu campur, I pump susu badan, top up dengan susu formula. Siap makan domperidone untuk tambah susu. Tapi lama-lama susu makin kurang sebab takde skin to skin contact kot. Makin kurang sampai dah tak perlu pump dah,” jelasnya.



Bagaimanapun, Uyaina bersyukur kerana anaknya itu semakin sihat dan membesar dengan baik walaupun hanya bergantung kepada susu formula.

“So now Urhan is fully on susu formula. Alhamdullilahhh walupun tak menyusu badan, he’s getting big and healthy. Syukur.

“Actually, isu pasal menyusu atau tak menyusu badan ni adalah benda yang sensitif juga. Ada sesetengah ibu, Alhamdullilah anak boleh latch dengan baik, susu pun banyak. Ada sesetengah ibu lain pula rezekinya.

“Bila tengok orang ada susu banyak, kita akan stress. Bila kita stress, lagi la susu tak keluar,” katanya.



Uyaina juga sempat menitipkan pesan kepada para ibu supaya tidak berasa tertekan dengan situasi tersebut, kerana ia juga merupakan salah satu bentuk rezeki.

Bahkan, dia juga menganggap apa yang paling utama dan harus dititikberatkan adalah anak-anak membesar dengan baik.

“I just wanna say, it’s okay moms.. Setiap rezeki itu datang dari Tuhan. Termasuklah rezeki susu untuk anak kita. Kita dah cuba, kita dah usaha. Kalau masih tak ada tak apa. Yang penting anak kita sihat, membesar dengan baik.



“Jangan kita terlalu fikir nak bagi susu badan, tapi tak memenuhi keperluan anak kita lepastu berat badan dia drop, anak tak membesar dengan tumbesaran yang sepatutnya.

“Breastfeed or no breastfeed, we are mothers. And that’s amazing enough,” ujarnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 27-1-2023 10:35 AM
ohh terigt ada cousin iols dlu kena tounge-tie ni, tp mcm xde issue minum susu rsenya. bila cousin tu dah besar masuk skool, baru buat small operation. nasib laa anak sheolnya dpt detect awal masa baby.
Quote Chah21 27-1-2023 10:51 AM
Susu kurang tu sbb pump x cukup tu uyainaa.. cuba g breastfeed centre .. ramai jgk baby tounge tie dpt directfeed after release
Quote Chah21 27-1-2023 10:52 AM
lasagna replied at 27-1-2023 10:35 AM
ohh terigt ada cousin iols dlu kena tounge-tie ni, tp mcm xde issue minum susu rsenya. bila cousin t ...

Kwn i smpai ke besar ni ada tp dia mmg susu botol la masa kcik.. ok xde effect pelat ke apa.. satu lg tounge tie ni effect speech
Quote lasagna 27-1-2023 11:40 AM
Chah21 replied at 27-1-2023 10:52 AM
Kwn i smpai ke besar ni ada tp dia mmg susu botol la masa kcik.. ok xde effect pelat ke apa.. satu ...

cousin i dlu dia pya effect pelat, tp lps operation clear dah semua..
igt dlu org subit 'kuih' dia sebut 'tuih' kawen dah cousin i skrg, so mmg jd kenangan cite toungue-tie dia.
Quote fish 27-1-2023 12:55 PM
ni soalan serius ni, sbb baru tau ada kes mcmni
jd, baby tu menyusu susu formula mcmana? guna sudu atau ada alat khas ke
Quote Chah21 27-1-2023 01:14 PM
lasagna replied at 27-1-2023 11:40 AM
cousin i dlu dia pya effect pelat, tp lps operation clear dah semua..
igt dlu org subit 'kuih' dia ...

Asalkn ok x ganggu speech.. klu ganggu tu yg kesian

Bsar2 kena terapy
Quote Chah21 27-1-2023 01:15 PM
fish replied at 27-1-2023 12:55 PM
ni soalan serius ni, sbb baru tau ada kes mcmni
jd, baby tu menyusu susu formula mcmana? guna sudu a ...

Guna botol
Quote teen_angelJB 27-1-2023 01:16 PM
Hmmm...masuk thread jugak cte xbole mengkopekkn anak..hmmmmm
Quote Dodod 27-1-2023 01:20 PM
anak ke3 kena benda ni. tp dia xmeragam. alhamdulillah doctor yg perasan masa check up sebulan. terus proceed potong. ada 1 baby tu dari ganu.. asyik meragam. penjaga dia yg suggest utk cari tmpt potong. family tu dr jauh pegi ke klinik tmpt yg aku bwk anak aku tu. sbb kalau kt ganu procedure jadi mahal. tmpt aku buat tu depends pd level tongue tie tu. masa anak aku kena rm80 je. alhamdulillah. apa pun utk new mother, kalau anak meragam ke apa cepat2 refer pd yg pakar. kalau byk duit skrg ramai je lactation counselor. kalau betul niat nk breastfeed la. kalau dh mmg nk bg botol ikut lah kan. dulu masa ada fb aku join group Happy Breastfeeding Malaysia. kt situ mcm2 info boleh dpt. boleh tanya dan baca. dan utk betulkan jgk mitos2 meleissss psl breastfeed..
Quote margo20 27-1-2023 01:23 PM
Debab betul tangan dia
Quote Suchi 27-1-2023 01:43 PM
Iols penah tgk doctor gunting benda tu tak masuk dewan bedah pun. Terus je buat ala2 sunat baby pompuan tu.
Anak kawan iols ada masalah tu, pastu ok dia leh menyusu ngn baik.
Tp anak dia nih katanya lain skit masalah sbb still tak boleh gak nak hisap susu kan.
Quote Suchi 27-1-2023 01:49 PM
Dodod replied at 27-1-2023 01:20 PM
anak ke3 kena benda ni. tp dia xmeragam. alhamdulillah doctor yg perasan masa check up sebulan. teru ...

Kalau niat mmg nak nyusu ank sepenuhnya mmg kena kuat mental fizikal.
Lelagi zaman skrg ni byk cabarannya tp byk juga kemudahannya.
Cthnya pam susu byk skrg ni dan harga murah2,kesedaran nk berikan susu badan pun tinggi malah artis2 pun rata2 berikan susu badan kat anak2.
Zaman iols dulu cari ilmu google jumpa forum susuibu.com.
Pastu buat support group meeting tiap bulan utk bincang masalah.
Masa tu pam susu kena order kat oversea harga pun mahal2.
Baju menyusu pun tak byk jual kalau ada tak lawa sgt laa.
Pastu Dynaz mokhtar antara artis terawal yg rajin promot pasal ni malah dia siap bukak butik jual baju menyusu.
Quote Rogue98 27-1-2023 02:00 PM
Ye lah ..jangan stress ...dah dapat jadi ibu secepat ini pun dah syukur dapat rezeki tak ternilai ni. And jangan risau kalau baby kurang nutrition susu ibu tu sbb skrg pun baby formula banyak yg bagus.
Quote Dodod 28-1-2023 11:43 AM
Suchi replied at 27-1-2023 01:49 PM
Kalau niat mmg nak nyusu ank sepenuhnya mmg kena kuat mental fizikal.
Lelagi zaman skrg ni byk cab ...

haah. masa zmn dynaz sy bujang lagi. tp xambik tahu sgt. peknen je yg 1st terus cari2 bahan utk gain knowledge. suami mmg mintak susukan anak. alhamdulillah cuma yg 1st xcukup 2tahun sbb dia kena infection sampai dh xpandai nk breastfeed. adik2 dia alhamdulillah. tp tu la pump murah ni kdg xberapa jgk. mmg kena invest jgk sikit..
Quote zeetot 28-1-2023 11:47 AM
Entah lah. For me bf or fm not a big deal.

Iols cuba for 2 weeks. Cannot go.
Some more anak jaundice, iols overthinking risau susu bf tak cukup ke apa utk dia berak kencing.

Takde pulak rasa rendah diri ke or down ke bila tak bf anak.

So far anak sihat, aktif n bijak.

Demam2 biasa sebab masuk nursery tu ye.
Covid kena 1x.

Quote zeetot 28-1-2023 11:48 AM
Pump hae nim tu pun iols kasi ke biras, baru bersalin. Kot la nanti lagi 5 tahun mengandung, biras pulang balik ke iols.
Quote Nenolen 28-1-2023 12:04 PM
kaka tak pernah terkesan pun bila org perlekeh tak fully BF…ehhh depa ingat kasih sayang dan bonding ibu anak tu hanya BF jer ker…it goes beyond that…komunikasi…jagaan yg baik dan keperhatinan…byk faktor lain okayyy…alhamdulillah anak2 kaka sihat membesar IQ dan EQ….
Quote syamzana 28-1-2023 12:38 PM
zeetot replied at 28-1-2023 11:47 AM
Entah lah. For me bf or fm not a big deal.

Iols cuba for 2 weeks. Cannot go.

kannn...anak 2nd iols bf sekejap je pastu ada mcm2 probs la plak, nak tulis malas. masuk hari ke5 kot beli fm so iols bf campur fm tp byknya fm la.
nak rasa down apa kan, asal anak sihat sejahtera, cerdas, development ok sudah.
kat fb ke web mana entah siap ada tauliah...umur sekian2 anak bf dpt degree, then master pastu phd. ape ke ngok obsess giler.
pastu mak2 yg takdpt bf anak mula la merengek2 kesedihan serba tak kene. suke nau memikir smpai stress depa2 ni la.
Quote 800214 28-1-2023 12:46 PM
fish replied at 27-1-2023 12:55 PM
ni soalan serius ni, sbb baru tau ada kes mcmni
jd, baby tu menyusu susu formula mcmana? guna sudu a ...

Rasanya problem nak nyusu badan je. Dulu pnh vaca dkt group kumpulan susu ibu. Mungkin faktor puting ibu ngan puting tiruan tu berbeza

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.055848 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top