CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buah Zakar Terpaksa Dibuang Akibat Dipukul Polis

27-1-2023 08:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 573| Komen: 0

Buah zakar seorang lelaki berusia 26 tahun ini terpaksa dipotong akibat dipukul oleh pihak polis di bahagian kelangkang (pangkal paha).

Hal ini terjadi ketika lelaki tersebut terlibat dalam sebuah demonstrasi yang diadakan di Paris baru-baru ini.


Difahamkan, insiden berlaku sewaktu puluhan ribu orang awam melakukan bantahan terhadap rancangan kerajaan menaikkan had umur bersara.


Gambar Hiasan

Tidak bersetuju dengan hal tersebut, perarakan melibatkan hampir satu juga rakyat dilakukan di bandar-bandar sekitar Perancis.

Menurut sumber, mangsa adalah seorang jurutera yang dipukul anggota polis selepas terjatuh di jalan raya semasa ‘protes’ tunjuk perasaan.

Disebabkan kejadian itu, peguam mangsa iaitu Lucie Simon berkata, dia telah memfailkan aduan kerana kes itu dikelaskan sebagai ‘keganasan sukarela dan mengundang kecacatan yang dibuat oleh penjawat awam’.


“Ianya merupakan pukulan yang kuat sehingga buah zakar mangsa terpaksa dipotong,” kata peguamnya.

Mangsa kini masih lagi menjalani rawatan di hospital dan akan mengemukakan saman berikutan kes berkenaan.

Berikutan kejadian, ia turut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Perancis. - CARI

Sumber: mStar/THE GUARDIAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.320824 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top