CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Kedua Tengah Hamil, Suami Nikah Lagi

27-1-2023 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1552| Komen: 14

Description: Hari bahagia lelaki ini lebih bermakna apabila dua suri hatinya hadir pada majlis pernikahannya dengan isteri ketiga baru-baru ini.
Hari bahagia lelaki ini lebih bermakna apabila dua suri hatinya hadir pada majlis pernikahannya dengan isteri ketiga baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik sorang pengguna TikTok, kelihatan lelaki ini sedang bergambar dengan ketiga-tiga isterinya dalam majlis tersebut dengan wajah ceria.


Menurut laporan Wolipop, wanita dikenali sebagai Alqia Zahra, 20, yang merupakan isteri ketiga dalam rumah tangga tersebut memaklumkan dia mengenali suaminya secara tidak sengaja.

Foto: Wolipop


“Pada 6 Disember 2022, kami bertemu secara tidak sengaja dan kebetulan suami mengenali bapa saya.

“Pada awalnya, dia bergurau mengenai hasrat menjadikan saya isteri ketiga, namun ternyata memang kami berjodoh,” katanya.

Bukan itu sahaja, Alqia turut mendedahkan dia mendapat restu daripada dua orang lagi madunya.

Difahamkan juga, isteri kedua suaminya itu sedang hamil namun Alqia menzahirkan rasa kagum dengan kesabaran serta personaliti wanita terbabit.


“Madu-madu saya ternyata orang yang amat penyabar, apatah lagi isteri pertama. Entah bagaimana yang boleh membuatkan dia mempunyai rasa sesabar itu.

“Isteri kedua pula kini sedang hamil, namun dia tetap sabar dan baik hati. Mereka semua orang yang hebat,” ujarnya lagi.

Bahkan, isteri kedua lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lutvi Seftia Rahmat, 21, itu memberitahu dia sudah memberi keizinan kepada suaminya untuk bernikah lagi. -CARI

Sumber: mStar/Wolipop

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 27-1-2023 01:50 PM
Duit berkepuk laki ni….
Quote sufi^_^ 27-1-2023 02:18 PM
Tak paham kenapa nak berbini ramai2 ni, orang lelaki kalau akal panjang, dia menten sorang je bini.
Quote orkidorkido 27-1-2023 02:35 PM
Bulan 12 hari tu kenal? Hmm oklah kalau dah happy
Quote imanjannah 27-1-2023 02:55 PM
kau pun kena sabar dik utk yg keempat nanti
Quote AbukRokok 27-1-2023 02:59 PM
Alhamdulillah
This is sunni
Quote supernaturalee 27-1-2023 03:01 PM
nantikan sequel seterusnya.... fantastic 4


cari-mro jgn lupa tepek update yachhh
Quote jasmeen 27-1-2023 03:35 PM
eeee rambut dia ke yg warna kuning kuning tu?.
Quote Punat_button 27-1-2023 04:03 PM
Kan betul yang jadi penerus budaya berkongsi kote ini perempuan juga. Mungkin berharap dapat kongsi peks juga letew. Moga suami tak kedekut yach.

Quote sangbara2020 27-1-2023 04:27 PM
sole2 kena bergru dgn dia nih
Quote zuuu 27-1-2023 07:35 PM
Kaya ke laki ni???wife kedua umur 21,wife ketiga umur 20...mmg ko aim bbudak muda awal 20an ke nak wat bini???jgan yg no 4 nanti ko budak belasan tahun sudah...
Quote Decaffeinated 27-1-2023 09:32 PM
Inilah keindahan Islam

K Bye

Quote Suchi 27-1-2023 09:43 PM
Sesuatu sangat laki dia nih
Tp takpelaa komen pasal tu dlm hati je
Kang ramai plak jejantan lebai alim ahli syurga marah2..

Quote FlexyFox 28-1-2023 07:17 AM
Kalau londeh baju depa ni buh playboy bunnysuits, macam aksi Hige Hefner playboy dgn bunny girlsnya.Ish! ke situ puak aku... Tak yah la posing beramai cam tu, nampak geli.. Yg kawin ramai2 ni nak tunjuk power over women jer, bukan ada alasan murni macam nabi pun..
Quote nononcrux 28-1-2023 11:13 AM
siapa ni? indo ke malaysia

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.071670 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top