Kota Kinabalu: Nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam di perairan Karambunai, di sini, ditemukan selamat, hari ini. Mangsa Morris Dulin, 69, ditemui jam 1.45 tengah hari dalam keadaan terapung dengan berpaut pada tong bekas minyak lebih 30 jam di kawasan perairan Sepanggar.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa ditemui oleh Kapal KD Sunda, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). "Mangsa ditemui selamat dalam keadaan masih berpaut pada tong bekas minyak di tengah laut di perairan Sepanggar oleh TLDM. "Mangsa kemudiannya dibawa balik ke pangkalan TLDM untuk pengesahan dan rawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini. Dalam kejadian jam 6 pagi semalam, dua rakannya yang berusia 41 dan 42 tahun ditemui selamat manakala mangsa hilang selepas bot dinaiki karam di perairan Karambunai.
Ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Mengkabung, Tuaran dilaporkan keluar ke laut untuk memukat ikan. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang ke jeti, cuaca bertukar buruk sehingga mengakibatkan bot dinaiki ketiga-tiga mangsa karam. Dua rakan mangsa yang dikatakan memakai jaket keselamatan berjaya berenang ke pantai untuk mendapatkan bantuan dan melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Perawankota replied at 26-1-2023 04:54 PM
Alhamdulillah pakcik Morris ni kuat jugak.. Tu lah nampak anak Asri Meris Anthony yang famous dgn fa ...
Nelayan Hilang Lepas Bot Karam Selamat
supernaturalee replied at 26-1-2023 04:59 PM
yg ni kan
https://www.impiana.my/gambar-ubah-suai-rumah-kayu-pusaka-menjadi-sebuah-kediaman-berko ...
Decaffeinated replied at 26-1-2023 10:28 PM
Siapa yang hilang, siapa yang selamat ni?
Perawankota replied at 27-1-2023 12:04 AM
Mula2 dua org jer selamat, dorg tak jumpa pakcik Morris yang hilang ni.. Last2 jumpa jugak pak cik ...
Decaffeinated replied at 27-1-2023 03:20 PM
ko baca ayat TT tu sekali baca macam nelayan hilang selepas bot selamat, dua kali baca bot yang ka ...
ADVERTISEMENT