View: 752|Reply: 14
|
Nelayan Hilang Lepas Bot Karam Selamat, Lebih 30 Jam Berpaut Pada Tong Minyak Di Tengah Laut
[Copy link]
|
|
Kota Kinabalu: Nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam di perairan Karambunai, di sini, ditemukan selamat, hari ini.
Mangsa Morris Dulin, 69, ditemui jam 1.45 tengah hari dalam keadaan terapung dengan berpaut pada tong bekas minyak lebih 30 jam di kawasan perairan Sepanggar.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa ditemui oleh Kapal KD Sunda, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
 Foto: Harian Metro
"Mangsa ditemui selamat dalam keadaan masih berpaut pada tong bekas minyak di tengah laut di perairan Sepanggar oleh TLDM.
"Mangsa kemudiannya dibawa balik ke pangkalan TLDM untuk pengesahan dan rawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam kejadian jam 6 pagi semalam, dua rakannya yang berusia 41 dan 42 tahun ditemui selamat manakala mangsa hilang selepas bot dinaiki karam di perairan Karambunai.
Ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Mengkabung, Tuaran dilaporkan keluar ke laut untuk memukat ikan.
Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang ke jeti, cuaca bertukar buruk sehingga mengakibatkan bot dinaiki ketiga-tiga mangsa karam.
Dua rakan mangsa yang dikatakan memakai jaket keselamatan berjaya berenang ke pantai untuk mendapatkan bantuan dan melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah pakcik Morris ni kuat jugak.. Tu lah nampak anak Asri Meris Anthony yang famous dgn farmhouse decor2, post kt fb yang ayah dia dah jumpa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak sangat iklan call.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah. Kalau ajal belum sampai tu. Terkejut tgok umur pakcik ni 69 boleh bertahan 30 jam dalam laut dengan sejuk apanya. Semoga pakcik ni takde apa2 cedera berat. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah Syukur selamat |
|
|
|
|
|
|
|
Nelayan Hilang Lepas Bot Karam Selamat
Siapa yang hilang, siapa yang selamat ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 26-1-2023 04:59 PM
yg ni kan
https://www.impiana.my/gambar-ubah-suai-rumah-kayu-pusaka-menjadi-sebuah-kediaman-berko ...
Betul tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 26-1-2023 10:28 PM
Siapa yang hilang, siapa yang selamat ni?
Mula2 dua org jer selamat, dorg tak jumpa pakcik Morris yang hilang ni.. Last2 jumpa jugak pak cik Morris ni berpaut pada tong.. |
|
|
|
|
|
|
|
mujorrrrr panjang umor lagi |
|
|
|
|
|
|
|
ko baca ayat TT tu sekali baca macam nelayan hilang selepas bot selamat, dua kali baca bot yang karam nelayan selamat. Susah kot nak buat ayat jgn berbelit2.
|
|
|
|
|
|
|
|
nape kalau citer omputih laju je ikan jerung mai |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 27-1-2023 03:20 PM
ko baca ayat TT tu sekali baca macam nelayan hilang selepas bot selamat, dua kali baca bot yang ka ...
TT copy bulat2 dari metro. So meh kita salahkan Dua2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|