CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tepuk Sebelah Tangan Tak Berbunyi," Syukri Yahaya Elak Main Perempuan Lain

26-1-2023 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6062| Komen: 62

"Saya hanya berlakon sahaja," demikian jawapan aktor pelakon Syukri Yahaya apabila mengulas perkembangan kerjaya menerusi temu bual dalam program Melodi, baru-baru ini.

Menganggap lakonan menjadi salah satu cabaran, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu berkata, dia akan memberikan yang terbaik dalam setiap hasil kerjanya.


Foto: IG

"Semua perkara dalam kehidupan dan kerjaya adalah cabaran. Saya akan cuba buat sebaik mungkin.

"Kalau kita sentiasa anggap benda itu sebagai cabaran, kita akan sentiasa buat yang lebih baik," katanya.



Melihat kepada sesetengah anak seni yang mencipta populariti dengan kerap muncul di kaca televisyen (TV), Syukri berpendapat setiap pelakon perlu mempunyai perancangan agar penonton tidak muak.

"Kalau boleh kita kena jarakkan muka dekat TV. Jangan 'back to back', takut orang muak.

"Kita kena rancang. Ada perancangan, bila orang rindu, saya akan keluar," jelas Syukri.



Baginya, dia tidak akan mencipta kontroversi hanya untuk meraih populariti, sebaliknya hanya beri tumpuan pada kerja.

Malah, beranggapan selebriti yang hanya mengejar populariti kerana kontroversi semata tidak akan bertahan lama.



"Risau, saya selalu fikir tetapi saya letak perkara itu di kemudian. Untuk kekal relevan, saya hanya fokus dengan kerja.

"Setiap kali kerja, saya akan beri, tak banyak kelainan dan dapat beri sedikit pun jadi.

"Kita punya cara untuk kekal relevan. Untuk orang mahukan kontroversi, benda yang tak baik untuk diri mereka.

"Kalau popular pun mesti tak lama. Orang akan kenal dengan kontroversi yang dilakukan.

"Saya harap sampai bila-bila orang akan ingat lakonan dan sikap yang bagus. Ada segelintir manusia suka dengan manusia kurang kontroversi," katanya.



Sering menjadi dambaan peminat wanita, pelakon drama Shakira ini turut menegaskan, dia tidak akan terpalit dengan kontroversi yang mengaitkan rumah tangganya.

"Sebenarnya, saya cuba jadi diri sendiri. Insya-Allah jauhkanlah.

"Kita elak, tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Minat saya kerana karakter dalam lakonan, saya sangat suka dan hargai.

"Kalau suka personaliti yang sangat dihargai. Lebih daripada itu, kalau boleh elakkan.

"Saya suami orang, anak dah dua orang," tutupnya.


Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 15 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Menerusi perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote phalanx 26-1-2023 04:40 PM
nasib baik dia berlakon best.
Quote deebiz14 26-1-2023 04:51 PM
Bagusla kalau beringat. Smoga berkekalan.

Kalo tak silap, heols ni penah tangkap cintun ngan Fathia dedulu tapi kene rejek pastu trus kawen ngan si Tya ni.
Quote nur.nilam.sr 26-1-2023 05:01 PM
Baguslah tu. Psl dia, ter subscribe Sooka sebab nak tengok new drama dia. Stella on Stage. Best jugak. And yes, lakonan dia ni mmg bagus.
Quote Myhappyending 26-1-2023 05:06 PM
Alah ko pon pernah kantoi baik diam je tak payah beri komen apa apa karang acik porom ungkit
Quote chikumanis 26-1-2023 05:08 PM
deebiz14 replied at 26-1-2023 04:51 PM
Bagusla kalau beringat. Smoga berkekalan.

Kalo tak silap, heols ni penah tangkap cintun ngan Fathi ...

sampai tya fly obersi nak healing la org kata. kena pula masa tu fathiya 5tiang lawa dari tya..
Quote fliphair8 26-1-2023 05:10 PM
dendiam je le....nanti kena ungkit tak memasal
Quote Nnasda53 26-1-2023 05:10 PM
Myhappyending replied at 26-1-2023 05:06 PM
Alah ko pon pernah kantoi baik diam je tak payah beri komen apa apa karang acik porom ungkit

nasib baik dia cakap berlapik.
Kalau tak mmg mendapatle habis kena londeh.
Quote evlinne 26-1-2023 05:16 PM
chikumanis replied at 26-1-2023 05:08 PM
sampai tya fly obersi nak healing la org kata. kena pula masa tu fathiya 5tiang lawa dari tya..  ...

Dua2 nama thia/tya pulak tuuu
Kesian tya time tu dicurangi
Quote virgo19 26-1-2023 05:23 PM
evlinne replied at 26-1-2023 05:16 PM
Dua2 nama thia/tya pulak tuuu
Kesian tya time tu dicurangi

Kan.. kalau tersasul pun tak perasan.
Quote jihyomelly 26-1-2023 05:29 PM
elok la sedar diri suami dan bapak org.. jgn ulang komen merepek mcm dulu…blakon bagus so jaga la elok2 anak bini
Quote heythere123 26-1-2023 06:00 PM
muka dia macam Jericho dalam gambar yg dekat pantai tu
Quote heythere123 26-1-2023 06:01 PM
Myhappyending replied at 26-1-2023 05:06 PM
Alah ko pon pernah kantoi baik diam je tak payah beri komen apa apa karang acik porom ungkit

aiyo dia pon ada kes ke? selama ni ingatkan heols ni antara lelaki yg tak buat onar
Quote awanearisu 26-1-2023 06:12 PM
Hati-hati. Nanti benang lama timbul kembali.
Quote kuzaime 26-1-2023 06:28 PM
auto teringat kes wechat dia dulu
Quote Manusiabesa 26-1-2023 06:45 PM
chikumanis replied at 26-1-2023 05:08 PM
sampai tya fly obersi nak healing la org kata. kena pula masa tu fathiya 5tiang lawa dari tya..  ...

U. Dia affair ngn fathia masa bujang atau dia curang masa dh kawen dgn tya? Awat iols xtau. Huhu
Quote Abc246 26-1-2023 06:55 PM
Happy anniversary. Yg penting trust and honesty
Quote Myhappyending 26-1-2023 09:41 PM
heythere123 replied at 26-1-2023 06:01 PM
aiyo dia pon ada kes ke? selama ni ingatkan heols ni antara lelaki yg tak buat onar

Tak tahu plak kes dia scandal ng fathia
Cuma tingat dia mintak tengok buahbuahan jah
Quote Wayree 26-1-2023 09:45 PM
Eh mamat nih pn sama masa tuh tgh tng gb tya smpai ccpt kawen gegara heolz trtngkap jatuh cinta tpuk tngan sebelah gn heroin drama heolz masa tuh
Quote Carcosa 26-1-2023 10:25 PM
Edited by Carcosa at 26-1-2023 10:26 PM

Heleh helehhhh. Kalau dah namanya Lam, Lam Alif, Kaf Ya, semua sama yaaaa
Ko pun track record, agak tercalit juga minyak hitam yach. Apa? Apa tu? Nenen Esharr?
So better diam yach.
Satu nak puji. Si tya tu punya kulit licin, aku jeles yach. Licin clearrrrr je muka dia. Geram tgk!

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.071087 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top