View: 5619|Reply: 60
|
"Tepuk Sebelah Tangan Tak Berbunyi," Syukri Yahaya Elak Main Perempuan Lain
[Copy link]
|
|
"Saya hanya berlakon sahaja," demikian jawapan aktor pelakon Syukri Yahaya apabila mengulas perkembangan kerjaya menerusi temu bual dalam program Melodi, baru-baru ini.
Menganggap lakonan menjadi salah satu cabaran, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu berkata, dia akan memberikan yang terbaik dalam setiap hasil kerjanya.
Foto: IG
"Semua perkara dalam kehidupan dan kerjaya adalah cabaran. Saya akan cuba buat sebaik mungkin.
"Kalau kita sentiasa anggap benda itu sebagai cabaran, kita akan sentiasa buat yang lebih baik," katanya.
Melihat kepada sesetengah anak seni yang mencipta populariti dengan kerap muncul di kaca televisyen (TV), Syukri berpendapat setiap pelakon perlu mempunyai perancangan agar penonton tidak muak.
"Kalau boleh kita kena jarakkan muka dekat TV. Jangan 'back to back', takut orang muak.
"Kita kena rancang. Ada perancangan, bila orang rindu, saya akan keluar," jelas Syukri.
Baginya, dia tidak akan mencipta kontroversi hanya untuk meraih populariti, sebaliknya hanya beri tumpuan pada kerja.
Malah, beranggapan selebriti yang hanya mengejar populariti kerana kontroversi semata tidak akan bertahan lama.
"Risau, saya selalu fikir tetapi saya letak perkara itu di kemudian. Untuk kekal relevan, saya hanya fokus dengan kerja.
"Setiap kali kerja, saya akan beri, tak banyak kelainan dan dapat beri sedikit pun jadi.
"Kita punya cara untuk kekal relevan. Untuk orang mahukan kontroversi, benda yang tak baik untuk diri mereka.
"Kalau popular pun mesti tak lama. Orang akan kenal dengan kontroversi yang dilakukan.
"Saya harap sampai bila-bila orang akan ingat lakonan dan sikap yang bagus. Ada segelintir manusia suka dengan manusia kurang kontroversi," katanya.
Sering menjadi dambaan peminat wanita, pelakon drama Shakira ini turut menegaskan, dia tidak akan terpalit dengan kontroversi yang mengaitkan rumah tangganya.
"Sebenarnya, saya cuba jadi diri sendiri. Insya-Allah jauhkanlah.
"Kita elak, tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Minat saya kerana karakter dalam lakonan, saya sangat suka dan hargai.
"Kalau suka personaliti yang sangat dihargai. Lebih daripada itu, kalau boleh elakkan.
"Saya suami orang, anak dah dua orang," tutupnya.
Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 15 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Menerusi perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik dia berlakon best. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla kalau beringat. Smoga berkekalan.
Kalo tak silap, heols ni penah tangkap cintun ngan Fathia dedulu tapi kene rejek pastu trus kawen ngan si Tya ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah tu. Psl dia, ter subscribe Sooka sebab nak tengok new drama dia. Stella on Stage. Best jugak. And yes, lakonan dia ni mmg bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah ko pon pernah kantoi baik diam je tak payah beri komen apa apa karang acik porom ungkit |
|
|
|
|
|
|
|
sampai tya fly obersi nak healing la org kata. kena pula masa tu fathiya 5tiang lawa dari tya..
|
|
|
|
|
|
|
|
dendiam je le....nanti kena ungkit tak memasal |
|
|
|
|
|
|
|
chikumanis replied at 26-1-2023 05:08 PM
sampai tya fly obersi nak healing la org kata. kena pula masa tu fathiya 5tiang lawa dari tya.. ...
Dua2 nama thia/tya pulak tuuu
Kesian tya time tu dicurangi |
|
|
|
|
|
|
|
evlinne replied at 26-1-2023 05:16 PM
Dua2 nama thia/tya pulak tuuu
Kesian tya time tu dicurangi
Kan.. kalau tersasul pun tak perasan. |
|
|
|
|
|
|
|
elok la sedar diri suami dan bapak org.. jgn ulang komen merepek mcm dulu…blakon bagus so jaga la elok2 anak bini |
|
|
|
|
|
|
|
muka dia macam Jericho dalam gambar yg dekat pantai tu |
|
|
|
|
|
|
|
Myhappyending replied at 26-1-2023 05:06 PM
Alah ko pon pernah kantoi baik diam je tak payah beri komen apa apa karang acik porom ungkit
aiyo dia pon ada kes ke? selama ni ingatkan heols ni antara lelaki yg tak buat onar |
|
|
|
|
|
|
|
Hati-hati. Nanti benang lama timbul kembali. |
|
|
|
|
|
|
|
auto teringat kes wechat dia dulu |
|
|
|
|
|
|
|
chikumanis replied at 26-1-2023 05:08 PM
sampai tya fly obersi nak healing la org kata. kena pula masa tu fathiya 5tiang lawa dari tya.. ...
U. Dia affair ngn fathia masa bujang atau dia curang masa dh kawen dgn tya? Awat iols xtau. Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Happy anniversary. Yg penting trust and honesty |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 26-1-2023 06:01 PM
aiyo dia pon ada kes ke? selama ni ingatkan heols ni antara lelaki yg tak buat onar
Tak tahu plak kes dia scandal ng fathia
Cuma tingat dia mintak tengok buahbuahan jah |
|
|
|
|
|
|
|
Eh mamat nih pn sama masa tuh tgh tng gb tya smpai ccpt kawen gegara heolz trtngkap jatuh cinta tpuk tngan sebelah gn heroin drama heolz masa tuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|