Adam Shahz dan bekas isteri iaitu Fatin Afeefa gagal mencapai kata sepakat berhubung isu hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.
Proses sulh bagi membincangkan pertikaian tersebut bagaimanapun disambung pada 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim. Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, ketika ditemui berkata, dia tetap dengan pendirian untuk mendapatkan haknya sebagai seorang bapa agar silaturahim mereka tidak terputus. Kata Adam, meskipun tidak mendapat hak penjagaan bersama, sekurang-kurangnya dia mahukan hak lawatan untuk bertemu anak kesayangannya itu. "Saya cuma mahu berjumpa anak... kalau saya tak dapat hak penjagaan pun, saya mahu hak lawatan. "Sepatutnya perkara ini tidak menjadi isu walaupun kami sudah bercerai tetapi kalau tengok situasi sekarang, saya perlu dapatkan hak saya," katanya.
Dalam pada itu, Adam berkata, dia sudah tiga bulan tidak bersua muka dengan Ivy yang kini sudah berusia lapan tahun.
|
margo20 replied at 26-1-2023 07:24 AM
Takkan la 8 tahun dh hantar g asrama? Ade ke?
jihah_kudat replied at 26-1-2023 03:29 PM
namapun orang sampaikan .. so heols main sembur je cakap ntah betul ke tidak tapi curious la ju ...
Madel replied at 26-1-2023 04:07 PM
loh..mamat ni umur 42, dah tua rupanya
Nengok gaya si Fatin ni. Ku rasa pekawenan dia dgn budak trad ...
ADVERTISEMENT