View: 4655|Reply: 49
|
Gagal Capai Kata Sepakat, Adam Shahz Dah 3 Bulan Tak Jumpa Anak "Saya Tak Tahu Ivy Di Mana, Dengar Kata Dihantar Ke Asrama"
[Copy link]
|
|
Adam Shahz dan bekas isteri iaitu Fatin Afeefa gagal mencapai kata sepakat berhubung isu hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.
Proses sulh bagi membincangkan pertikaian tersebut bagaimanapun disambung pada 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim.
Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, ketika ditemui berkata, dia tetap dengan pendirian untuk mendapatkan haknya sebagai seorang bapa agar silaturahim mereka tidak terputus.
Foto: IG
Kata Adam, meskipun tidak mendapat hak penjagaan bersama, sekurang-kurangnya dia mahukan hak lawatan untuk bertemu anak kesayangannya itu.
"Saya cuma mahu berjumpa anak... kalau saya tak dapat hak penjagaan pun, saya mahu hak lawatan.
"Sepatutnya perkara ini tidak menjadi isu walaupun kami sudah bercerai tetapi kalau tengok situasi sekarang, saya perlu dapatkan hak saya," katanya.
Dalam pada itu, Adam berkata, dia sudah tiga bulan tidak bersua muka dengan Ivy yang kini sudah berusia lapan tahun.
Kata Adam, dia sendiri tidak tahu keberadaan anaknya itu kerana nombor telefonnya telah disekat oleh keluarga bekas mentua.
"Saya sendiri tak tahu anak saya dekat mana sekarang. Sebab Fatin, mak mentua dan pihak sebelah sana sudah block, jadi saya tak boleh nak berhubung.
"Apa yang saya dapat tahu, ada orang sampaikan yang anak saya sekarang dihantar ke sekolah asrama," ujarnya.
Terdahulu, Adam hadir seorang diri ke mahkamah mengenakan baju berwarna biru gelap lengkap bersongkok sekitar 11 pagi manakala Fatin yang berjubah hitam hadir ditemani dua peguam dan suaminya, Aliff Awang.
Sementara itu, cubaan pihak media mendapatkan kenyataan Fatin berhubung kes berkenaan tidak berjaya apabila aktres tersebut enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.
Terdahulu pelakon filem Juvana itu memberitahu dia terpaksa membawa kes berkenaan ke muka pengadilan bagi menuntut haknya sebagai seorang bapa ekoran dia tidak dapat bertemu dengan anaknya.
Menurut Adam, selepas bercerai dengan Fatin pada Mei 2017, dia lebih selesa mengambil langkah berdiam tanpa membuka sebarang kisah atau masalah yang pernah berlaku antara mereka.
Bagaimanapun tuduhan segelintir pihak terhadapnya membuatkan dia lebih berani bersuara dan mempertahankan haknya.
Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian.
Selain Ivy, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinan sebelum itu. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Takkan la 8 tahun dh hantar g asrama? Ade ke? |
|
|
|
|
|
|
|
anak depa umuq berapa dah hantar asrama? rasa mcm kecik lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan la umur 8thn dah masuk asrama.
Jantan ni suka cakap merapu2 eh.
Punyala hapraknya jantan ni sampai tak ada satu ahli keluarga ex yg sanggup nak berpihak pada dia. |
|
|
|
|
|
|
|
margo20 replied at 26-1-2023 07:24 AM
Takkan la 8 tahun dh hantar g asrama? Ade ke?
namapun orang sampaikan .. so heols main sembur je cakap ntah betul ke tidak tapi curious la jugak nak tahu ada ke asrama umur 8 tahun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Xlogik betullah..no wondee ko kena sekat.gila rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
ade je asrama umur 7-12 tahun. sekolah kat Maran pahang ada. asrama tu selalunya budak pedalaman atau orang asli yang duduk.
|
|
|
|
|
|
|
|
selalunya dalam kes macam ni kan, kalau si bapak tak dibagi jumpa anak, mesti ada sebab hal lain.
contohnya, nafkah anak tak pernah cukup (bagi ala kadar), si bapak kaki gaduh (sibuk nak burukkan si ibu), si bapak kaki putar bila si ibu borak2 pasal anak (ada je alasan tak kena yang tak puas hati mengenai cara si ibu besarkan anak). macam2 lagilah. itu tak kena, ini tak kena.
lama2 bila jadi macam ni, si ibu pun tawar hati dah. malas nak panjangkan isu, so si ibu pun buatlah hal sendiri uruskan hal anak sorang2 tanpa si bapa taguna tu. walaupun sebenarnya si ibu tak ada hak nak buat macam tu, tapi disebabkan malas dan tak kuasa nak layan perangai si bapak, maka ignore pada si bapak adalah jalan yang terbaik.
kau kalau perangai elok, nafkah cukup, rajin call anak, rajin jumpa anak, rajin buat baik pada exbini, tak adanya kena macam tu.
kes ni terpakai pada rakyat marhaen. dan i cakap berdasarkan pengalaman, bukan main cakap tak tentu pasal nak backing si ibu apa lah bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk nak perjuangkan hak atas anak
Nafkah ko bagi tak Adam?
Kalau bagi, brp? Konsisten tak tiap bulan tak pernah culas?
Kalau ada salah satu pun soalan kat atas ni yg ko tak buat, jgn nak sibuk fight utk ank tu..settlekan dulu apa yg ko patut settle |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah tahfiz je setau aku ade asrama kecik2. Tapi untuk budak lelaki lah selalunya . |
|
|
|
|
|
|
|
ada ke asrama untuk budak2 besar tu? maahad tahfiz je selalunya ada...
tapi kesian betul la kalau betul di hantar ke asrama... walaupun iols tahu jejan ni terpercaya cite hassanah bolkiah... muka pun tak cerdik sebabtu kena tinggal walaupun penganti heols tu pun rempit n rupa tak cerdik jugak... cuma herlok sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
loh..mamat ni umur 42, dah tua rupanya
Nengok gaya si Fatin ni. Ku rasa pekawenan dia dgn budak trader tu pun tak akan lamar |
|
|
|
|
|
|
|
nafkah bagi x..kecik2 xdulik susu pampers, anak dh besar sibuk nak ambik hak konon dia ada hak..hak hak tuih...
pastu klu jumpa anak asik la korek cite ex wife dr anak...pastu p bgtau netizen
kalau pon fatin tu salah... ko adam lagi salah sbb haprak |
|
|
|
|
|
|
|
i bagi depa 2 thn je uols.... ke lama sgt tu
|
|
|
|
|
|
|
|
kan ada pelakon yg kerdil tu yg isterinya meninggal sebab covid, kan ada anak2 tirinya kecik lagi dah dihantar ke asrama. |
|
|
|
|
|
|
|
Adik ipar aku darjah 3 dh masuk asrama.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|