CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kritikan Mummy Pedas Dan Berisi, Juri Yang Tak Fake!" Baby Shima Pertahankan Mas Idayu

26-1-2023 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1866| Komen: 17

Pernah mengalami situasi sama seperti Sissy Imann, penyanyi Baby Shima menganggap komen 'pedas' Mas Idayu semasa menjurikan program Famili Duo baru-baru ini merupakan satu bentuk teguran biasa.

Kata Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 31, teguran yang diberikan oleh Mas Idayu atau lebih mesra disapa mummy itu menjadikan dia lebih bersemangat untuk bangkit memperbaiki mutu nyanyian.

Foto: IG

"Semasa dimarahi mummy (Mas Idayu) dahulu saya diam sahaja dan terima semua komen tersebut sebab tahu saya buat salah.

"Bagi saya ia teguran membina dan kita harus belajar dari kesilapan. Kritikan mummy pedas dan berisi! Setiap orang ada cara berbeza dalam memberi teguran dan takkanlah mummy nak menjadi orang lain.

"Yang salah tetap salah. Selalunya yang kena marah akan memberikan persembahan lebih baik pada minggu hadapan," katanya kepada mStar.



Sebelum ini, komen pedas yang diberikan oleh Mas Idayu kepada salah seorang peserta program Famili Duo iaitu Sissy Imann menjadi bualan hangat netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan teguran yang diberikan oleh Mas Idayu selaku juri tetap dalam pertandingan nyanyian itu.

Dalam itu, Shima menyifatkan Mas Idayu sebagai seorang juri yang jujur dan bersikap berterus-terang dalam menjurikan sesebuah program nyanyian.



"Mummy adalah antara juri program yang paling bagus sebab dia tak fake tentang persembahan. Berbanding artis lain yang lebih kepada memuji sedangkan tahu persembahan peserta itu teruk.

"Kalau tidak ada komen sebegitu sampai bila-bila peserta itu tidak tahu kesalahan yang dilakukan," ujarnya.



Pada tahun 2017, Mas Idayu pernah menegur dan memberikan komen pedas kepada Baby Shima semasa menyertai program D'Academy Asia musim ketiga yang bersiaran di sebuah stesen televisyen Indonesia.

Teguran tersebut tular sehingga kata-kata Mas Idayu berbunyi 'ada nampak mummmy happy' popular digunakan sehingga hari ini.

Mengambil hikmah dari teguran tersebut, Shima mengakui ia menjadi salah satu faktor namanya mula dikenali di negara republik itu sehingga berjaya menjadi salah seorang artis di sana.


"Disebabkan teguran itulah telah membuka jalan untuk saya terus kembangkan kerjaya di Indonesia dan Malaysia.

"Jadi saya anggap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Bukan sahaja boleh baiki diri sendiri, malah juga beri peluang baharu buat saya," jelasnya.


Pada Ahad lalu, Sissy tidak dapat menahan air mata apabila menerima kritikan daripada Mas Idayu selepas dia menyampaikan lagu berjudul Jampi bersama pasangan duetnya, Naim Daniel.

Ramai penonton kurang bersetuju dengan tindakan Mas Idayu memberi komen secara terbuka kerana dianggap menjatuhkan maruah seorang artis. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 26-1-2023 10:03 AM
Nak bagi komen pedas silakan tapi tapayahlah normalisasikan kaedah terjerit-jerit, terpekik-pekik ni. Ni pun nak kena ajar ke? Dah takde code of conduct lagi ke dalam ruang penyiaran dan hiburan ni? Lepas ni apa, mencarut pun dibolehkan?
Quote orkidorkido 26-1-2023 11:06 AM
Tak cerdik.
Orang bukan suruh puji
Orang cakap komen biar membina
Pfff
Quote ketambangkang 26-1-2023 11:28 AM
semua tu dirancang nak naikkan rating..tgk gaya sissy nangis mlm tu pon mcm berlakon je
Quote charlieangless 26-1-2023 02:59 PM
Singgah jap kumpul point
Quote sweetfasha 26-1-2023 03:34 PM
patutlah ko pun sendu je


komen yg jujur tu bagus tapi perlu ke sampai terjerit jeriti. proses pembelajaran tu berterusan ok.

penyanyi no 1 pun masih belajar lg sampai sekarang formal tak formal je
Quote lasagna 26-1-2023 03:40 PM
tp iols purcaya jer mami pasti akan dijemput lagi utk jd juri, wpun ramai tak setuju dgn mami terpekik terlolong..
Quote Insomniacs 26-1-2023 07:23 PM
Mohon BS pesan kat mami idola dia spy guna intonasi yg betul mase bagi komen.. Bkn mcm mak lampir bckp
Quote September14 26-1-2023 07:33 PM
Nk naik kn rating pun x perlu ngamok2… org mnyampah tgk ada lah… mna ada org btepuk tgn tgk org gila tjerit2 mcm beruk makyeh… banned je lah
Quote lazim 26-1-2023 09:22 PM
Rasanya krew penerbitan hiburan tv3 ke suka mi. Kita yg penonton ni duk rasa nk sula ja dok bt perangai keras bijik.
Quote DeLuna85 27-1-2023 12:01 AM
Mak hayam yindon ni nak juga masuk.
Quote LadyCarefree 27-1-2023 12:26 AM
KBW2 replied at 26-1-2023 09:03 AM
Nak bagi komen pedas silakan tapi tapayahlah normalisasikan kaedah terjerit-jerit, terpekik-pekik ni ...

Babyshima ni jenis hadap validation dari nenekebayan tu. Sampai sekarang sibuk dgn hashtag adanampakebayanhappy
Quote datinamanda 27-1-2023 01:01 AM
Bebi dgn sisy dua2 pernah masuk bigstage season yg sama kan. Sisy kuar awal. Bawak lagu mas idayu pulak tu. Kebetulan sgt dua2 pernah kena tengking
Quote sleepandream 27-1-2023 04:28 AM
sudahla kauuuu.... minggu 1st big stage dengan tokti pun dah kena tegur banyak benda... tu pun iols kenot brain ada yg backup mangkuk ni dekat benang big stage dolu.... dasarrrr tone deaf
Quote rosedemon 27-1-2023 08:42 AM
ko dgn mas dayu garik tu sama jelah
Quote KBW2 27-1-2023 09:42 AM
LadyCarefree replied at 27-1-2023 12:26 AM
Babyshima ni jenis hadap validation dari nenekebayan tu. Sampai sekarang sibuk dgn hashtag adanamp ...

Patutlah, memang nampak camtu pon. Mummykebayan pandang ke pon?
Quote aciksenah 27-1-2023 10:39 AM
Kehadiran mommy mampu naikkan rating...sbb tu la dia selalu jadik juri...Tu yg stesen tv suka tu.
Quote Jellobin 27-1-2023 11:27 AM
Ko nk ckp juri lain semua fake lah???

Yg mana komen xpedas xtengking tu fake la??? Oooo bru tauu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036966 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top