CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tok Ti Minta Sissy Tak Putus Asa, Itulah Sepak Terajang Perlu Dihadapi Dalam Industri Seni

25-1-2023 09:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3486| Komen: 30

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berharap Sissy Imann untuk tidak berputus asa meski menerima kritikan keras daripada salah seorang juri Famili Duo, Mas Idayu.

Menurut Siti, sebaiknya Sissy berlapang dada seterusnya lebih terbuka sepanjang berkarya dalam dunia seni.



IG

“Sissy jangan putus asa kerana dalam industri seni ini, itulah sepak terajang yang perlu dihadapi. Apalagi bila terbabit dalam satu pertandingan yang membenarkan diri kita dikritik dan ditegur walau ada ketika apa yang dikomenkan itu itu pedih di hati.

“Kita sepatutnya sedia maklum yang juri kaedah penjurian dan cara masing-masing dalam menegur. Malah saya percaya waktu itu dia macam terkejut dan tak sangka.

“Insya-Allah, rasa jauh hati dan sakit hati itu akan berlalu dengan sendiri,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media Konsert Malam Bulan Bintang di Boathouse Ampang, pada Rabu.




Konsert Malam Bulan Bintang yang bakal berlangsung pada 4 Mac 2023 di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, itu turut menampilkan beberapa artis bernama besar antaranya Datuk M Nasir, Sabyan dan Faizal Tahir.

Dalam pada itu, Siti turut menasihatkan adik-beradiknya, Siti Saida dan Siti Sairah yang turut bertanding dalam program berkenaan supaya sentiasa bersedia dengan kritikan juri.

“Saya pun awal-awal lagi sudah mengingatkan mereka supaya bersedia dan bertabah hati apabila menerima komen para juri.

“Juri akan menegur dan pada masa sama netizen juga akan bercakap. Jadi relaks sahaja. Janji kita usaha untuk perbaiki kelemahan dalam persembahan kita. Itu yang saya pesan,” katanya lagi.



Terdahulu, kritikan Mas Idayu pada minggu keenam program realiti berkenaan telah menjadi bualan apabila Sissy Imann sebak dan menangis selepas menerima kritikan pedas juri tersebut.

Sissy turut tidak muncul pada segmen terakhir program sekaligus mencetuskan spekulasi peminat.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 25-1-2023 10:01 PM
takyah sembang la mek iti ... terpikir gak ...sanggup ke mommy monster jerit kat saida ,janet?aku doubt laa....
Quote Imkhai 25-1-2023 10:50 PM
Tokti muncul kt konsert ar rahman 28jan ni bln 3 konsert mlm bulan bintang 4mac sama tarikh dgn konsert blackpink dua2 konsert kt bkt jalil kita tgk konsert 4mac mn bnyk penonton
Quote Mademoisellee 25-1-2023 11:03 PM
Edited by Mademoisellee at 25-1-2023 11:06 PM

Sungguh tersusun kata2 Tokti, iols kalau dapst nasihat mcm tu terus lembut hati. Si sissy ni pulak over la meroyan pun, mula2 tak jadi launch album, pastu meratib pulak takde buat apa2 preparation lagi, attention seeker much. Mmg dahagakan attention netizen ke? Punyalah ramai kawan artis, family yg dok pujuk belakang tabir, nakkk jugak netizen yang pujuk, konon terpaling teraniaya lah tu? Lagi haters gelak bertepuk tangan lagi ada tgk betapa lemahnya diri ko and betapa kelamnya future ko dalam industry kalau benda mcm ni pun takleh nak handle. Get your shit together!
Quote umbut 25-1-2023 11:17 PM
Apa je lagu si sisy ni.. nab suara sengau pun byk lagu
Quote AcikBuncit 25-1-2023 11:17 PM
Set aside psl mas idayu, for me sissy mmg bkn pnyanyi yg versatil. Dia xleh go kalau nk bg cuba genre2 lain. Suara dia sesuai dgn lagu2 jnis dia nyanyi je. Kalau bg jnis lain, mmg kelaut dlm jd nya..
Quote sleepandream 26-1-2023 12:46 AM
iols dah cakap dah... mami tu mmg karektor dia jd singa masa juri...
org bayar dia jd juri utk tu jah... kalau nak ikut dia sendiri nyanyi pon haukkkk...
opening ajl aritu pun haussssss jahhh...

pendek kata, mata pencarian sheols hanyalah jd juri program nyanyi2 jah.... orang tak panggil dah sheols menyanyi ka jadi duta produk farm fresh ka... ehhh tiberrr
Quote Abc246 26-1-2023 01:13 AM
One of the sweetest singer, tokti
Quote doubleA 26-1-2023 01:49 AM
Sekrah sekda pun kena komen pedas, lagi2 lawannya yg lain muda2 comey lote deme je makcik2. Sekda mungkin nampak lebih nervous, tapi sekrah punya karakter ceria2, dia boleh tenangkan sekda. Iols rasa siti sisters ni boleh hadam je komen pedas. Sebelum sissy dah berlambak penyanyi realiti kena laser, kalau betul perjuangkan karya memang kena muka tebal and prove them they are wrong. Adat pertandingan, lejen pun kena kutok masa gv dah memang pertandingan, lagi2 retis bbnu. Bukan sissy ni pernah masuk big stage dan out awal gak ke dulu
Quote Perawankota 26-1-2023 05:02 AM
Boleh tau, kat mana boleh tengok ulangan famili duo ni selain dari youtube
Quote LadyCarefree 26-1-2023 06:21 AM
Siti Nurhaliza jadi enabler juri biadap lah? Takyah nak normalkan benda2 gini. Juri2 lain tak pun macam ni. Even Simon Cowell tu xgini.
Quote SANKURIANG 26-1-2023 07:09 AM
LadyCarefree replied at 26-1-2023 06:21 AM
Siti Nurhaliza jadi enabler juri biadap lah? Takyah nak normalkan benda2 gini. Juri2 lain tak pun ma ...

Simon Cowell cakap 9mputih...Mas Idayu  ngomong jowo jo.....dia sebab laki dia producer aja...tu yg tetiba prasan dia dah jd ceo tv3.....
Quote Suchi 26-1-2023 07:18 AM
Kalau kita rasa ok or biasa2 je tak semestinya orang lain rasa benda tu ok.
Penerimaan setiap individu tu berlainan, so takleh nak perlekehkan org yg kita rasa over sensitive ke apa.
Tokti tak penah kena maki tgh2 pentas tu, dia penyanyi terbaik sepanjang zaman.
Kalau nak samakan dgn artis2 lain yg bertanding tu ada ker yg kena tengking teruk camni? Takde kan… kena marah tp tak viral sampai camni.
So maknanya tengkingan yg sissy ni kena teruklaaa.
Iols tak tgk program ni cuma tgk klip yg kena tengking tu jelaa. Tak tgk gak sissy nyanyi cemana.
Tp kalau betul dia nyanyi teruk pun tak perlulaa tengking2 dan malukan dia.
Better dia cakap je sebaris “ tak sedap..”
Org tu dah dewasa tp cara dia tengking mcm org tu budak kecik degil keras kepala batu tak dengor kata.
Budak 16 tahun yg kurang ajor kat rancangan astro tu pun tak kena maki ngn acik2 juri.
Belakang pentas baru Cat tu pi nasihat dia pasal sikap kurang adab dia tu.

Mujurlaa iols tak tengok rancangan nyanyi2 gini dah tak elok utk seisi keluarga tonton bila ada adegan maki2 gini.
Lelagi kalau budak kecik nengok mulaa la dia pun ikut maki sekali.
Quote jalfa 26-1-2023 07:56 AM
Zaman tok ti masuk pertandingan juri bagi markah je acik...bukan bagi komen pun...kalo nek lampir ni yg komen pon haus kena dulu..notmalisasikan bully secara lansung ni x ok nek ti oiiii.....kalo budak tu bunuh diri cam retis korea camne.....siaran lansung tu ke herdikk..
Quote lee_sakura 26-1-2023 07:58 AM
Imkhai replied at 25-1-2023 10:50 PM
Tokti muncul kt konsert ar rahman 28jan ni bln 3 konsert mlm bulan bintang 4mac sama tarikh dgn kons ...

opkos konsert tokti 4mac yg dtg umo dh mak2 org & sitizoner...budak2 muda tak kira bangsa akan pegi konsert blckpink...ikut peredaran zaman
Quote Burong_Hantuk 26-1-2023 08:24 AM
sembang jerrr lebih si mek iti nih
Quote prince_marhaen 26-1-2023 10:55 AM
alesandra: takyah sembang la mek iti ... terpikir gak ...sanggup ke mommy monster jerit kat saida ,janet?aku doubt laa....


AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA dah lama tak dengar orang panggil Sekrah Rempit tu Janet... ahahahahahahahahahahahaha aku rinduhhhhhh gelaran-gelaran lama..

Quote shernazz 26-1-2023 11:02 AM
Sissy imann nak menghilang mcm.sissysembah daalam cari ni ke?
Quote esbok 26-1-2023 11:06 AM
aku tengok sikit je clipnya. mungkin la pekik2 mas idayu tu nyaring nya melebihi standard adab. tapi rasa perkataan dia pakai takde le keras sgt. siap i love you two lagi
Quote LadyCarefree 26-1-2023 11:16 PM
SANKURIANG replied at 26-1-2023 06:09 AM
Simon Cowell cakap 9mputih...Mas Idayu  ngomong jowo jo.....dia sebab laki dia producer aja...tu y ...

lain lah. simon tu kalau kutuk benda memang patut pun.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.093416 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top