CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Sardin Dengan Beras Hasil Cucu Longkang Rumah Jiran, Tapi Masih Tak Cukup Beli Susu Anak

25-1-2023 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3416| Komen: 74

Seorang ibu sanggup bergelumang dengan air longkang demi sesuap nasi.

Tidak merungut, sebaliknya wanita berkenaan bersyukur diberi upah bagi membolehkan dia mengisi perut bersama anak-anak.



Add Image Caption Here

"Alhamdulillah, rezeki hari ini cuci longkang depan rumah jiran... jiran bagi upah RM10. Ibu beli sardin dan beras.

"Dapat masak, makan dengan anak sulung. Dari pagi tadi abang (panggilan anak sulung) puasa ye," luahannya menerusi satu hantaran di Facebook.


Wanita ini juga kehabisan susu anak kecilnya.

Menurut wanita itu, upah mencuci longkang itu bagaimanapun masih belum cukup untuk membeli keperluan lain, termasuk makanan buat anaknya seperti yang dijanjikan.


"Ibu janji nak beli biskut yang abang suka tapi tak cukup duit. Nasib abang faham ibu... ibu janji nanti ibu beli, ibu janji!" katanya tanpa memaklumkan usia anak sulungnya.

Bukan sekadar biskut, si ibu juga tidak mampu untuk membelikan susu buat anak kecilnya.



Jelas wanita itu, dia terpaksa menggunakan air rebusan nasi bagi menggantikan susu anaknya buat sementara waktu.

"Kebetulan susu adik baby habis, ibu buat air rebusan nasi ganti susu. Malam ni adik baby minum ni dulu ye. Nanti ibu kerja lagi esok, ibu janji beli susu adik, dengan nasi untuk abang.

"Doa untuk ibu ye anak-anak. Semoga Allah jaga anak-anak ibu selalu. Bersyukur seadanya, selagi mana mampu, berusahalah," katanya.

Luahannya yang dikongsi menerusi Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini baru-baru ini menjadi tular.

Difahamkan, hantaran tersebut dipadamkan setelah menerima kecaman dan kritikan dalam kalangan netizen.

Menerusi nota kaki dalam luahan tersebut, wanita berkenaan menegaskan dia hanya mahu berkongsi pengalamannya.

Tanpa menjelaskan mengenai status dirinya, wanita itu menegaskan bahawa perkongsiannya bukan untuk meraih simpati.

"Janganlah kecam saya, saya tak minta bantuan dengan sesiapa. Saya cuma kongsi cerita apa saya buat hari ini seperti tajuk grup, salah ke saya?

"Facebook lama ada, tapi biarlah rahsia sebab saya ada masalah peribadi. Jadi, saya memang tak boleh bercampur dengan orang luar,

"Sebab itu saya tak boleh kerja dengan orang. Nak berurusan dengan saya boleh, silakan... saya bukan scammer (penipu) dan saya tak takut," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 25-1-2023 07:10 PM
Cuci longkang rupanya puas baca amende la cucu longkang
Quote azurro 25-1-2023 07:15 PM
Cucu longkang la pulak..... ????
Quote Samerosie 25-1-2023 07:20 PM
I assume sementara tunggu husband dapat gaji je camne sebab dia tak meminta bantuan.  Tapi kalau dia pandai pergi supermaket tu ada sample formula milk boleh minta.  
Quote dubuk 25-1-2023 07:21 PM
Edited by dubuk at 25-1-2023 07:22 PM

hey siapa atok kauuu
Quote Azharitubunga 25-1-2023 07:24 PM
Lauk sardin tu dah kayangan sangat skarang

Quote xtinkerbellx 25-1-2023 07:55 PM
Kesiannya. Tapi sardin mahal skrg, baik beli telo
Quote krustykrab 25-1-2023 08:03 PM
Azharitubunga replied at 25-1-2023 07:24 PM
Lauk sardin tu dah kayangan sangat skarang

Kan...aku jalau nkm asak sardin skg ni..aku mesti ckp kt laki aku ari ni kita mkn lauk kayangan

Sambal sardin ni sedap oiii kalau makan bila takde selera...boh cili api siam tu, terangkat koooo
Quote she 25-1-2023 08:18 PM
Sardin RM7 hengget setin brand Ayam

Maap ler macik skeptikal sikit
Dengan manusia yang takde duit nak makan
Tapi ada duit nak topup main medsoc
Quote tobobon 25-1-2023 08:22 PM
she replied at 25-1-2023 08:18 PM
Sardin RM7 hengget setin brand Ayam

Maap ler macik skeptikal sikit

baru nak cakap....

kalau phone dah boleh upload gambar siap dengan post sekali..maksudnya pakai smart phone lah tu  kan...

kalau jual dapat lah maybe 2 -3 ratus...paling koman pun maybe 100 hengget la...

apa pun phone xkan dijual...cam mana nak mengadu nasib nak meluah perasaan kat fb
Quote kakikuDibibirmu 25-1-2023 08:23 PM
Cucu longkang pun boleh
Quote cmf_premierleag 25-1-2023 08:34 PM
So ko nak apa sebenarnya? Sbb stakat nk buat content je kan dlm page Fb tu
Kalo dh tahu sengkek, berenti la membiak
Takkan nk suruh netizen suap ko makan anak beranak lak
Quote Abc246 25-1-2023 08:36 PM
Typo naw ni
Quote Belibis 25-1-2023 08:39 PM
xtinkerbellx replied at 25-1-2023 07:55 PM
Kesiannya. Tapi sardin mahal skrg, baik beli telo

Cap ayam memey mahal..kalau botan atau brand2 cina masih dalam kawalan..
Quote jari10 25-1-2023 08:51 PM
Edited by jari10 at 25-1-2023 08:54 PM

Hamboiiiiiii ayat kat paragraph last tu..

Teringat kisah adik aku..ada sorang pompuan ni merayu2 pada laki adik aku (adik ipau aku) mintak bantuan duit..pastu dpt tau jugak dia minta bantuan drp pelbagai sumber. Laki sendiri ada tapi tak tau la apa fungsinya. Senang kot tak payah kerja kacau je org sana sini kacau laki orang minta duit
Quote kakikuDibibirmu 25-1-2023 09:02 PM
Belibis replied at 25-1-2023 08:39 PM
Cap ayam memey mahal..kalau botan atau brand2 cina masih dalam kawalan..

Sardin Marina sangatnya tak sedap langsung
Quote Belibis 25-1-2023 09:06 PM
kakikuDibibirmu replied at 25-1-2023 09:02 PM
Sardin Marina sangatnya tak sedap langsung

Pertima okey jugak..kilang kat chendering,tganu rasanya.
Quote jijahmomon 25-1-2023 09:13 PM
she replied at 25-1-2023 08:18 PM
Sardin RM7 hengget setin brand Ayam

Maap ler macik skeptikal sikit

aku pun sama fikir mcm tu, ada duit pulak topup pastu up kat socmed. Ni lebih nak raih simpati jer, untung2 ada org mintak no akaun
Quote shernazz 25-1-2023 09:15 PM
dubuk replied at 25-1-2023 07:21 PM
hey siapa atok kauuu

Atoknya loji.
Cucu longkang
Quote sharlenetexas 25-1-2023 09:15 PM
Penat cuci longkang tu.

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.051199 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top