CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laki Bini Suntik Dadah Dalam Botol Minuman Berkultur

25-1-2023 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 930| Komen: 7

Description: Taktik pasangan suami isteri menjadi dalang pengedaran dadah dengan menggunakan minuman berkultur dan jus bagi mengaburi mata pihak berkuasa tumpas, selepas ditahan dalam dua serbuan berasingan di Ban ...
Taktik pasangan suami isteri menjadi dalang pengedaran dadah dengan menggunakan minuman berkultur dan jus bagi mengaburi mata pihak berkuasa tumpas, selepas ditahan dalam dua serbuan berasingan di Bandar Hilir, di sini, Sabtu lalu.


Dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam di sebuah pangsapuri itu, polis menemui pelbagai jenis dadah bernilai RM206,511 yang dibotolkan dan disimpan di kediaman yang dijadikan stor simpanan.


Siasatan awal mendapati, kesemua bekalan dadah berkenaan diperoleh daripada Kuala Lumpur dan Johor, menurut Christopher. - Foto Astro AWANI

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pasangan itu dipercayai bergerak aktif di pusat hiburan sekitar Melaka.

Beliau berkata, pasangan suami isteri berusia 34 dan 28 tahun itu dipercayai menjalankan aktiviti tersebut dengan mencampurkan dadah jenis cecair ke dalam botol minuman.


"Modus operandinya adalah dia akan menyuntik dadah ini ke dalam bekas dan dicampur dengan minuman, selepas disuntik dadah selepas itu akan dibungkus semula, di bawah ini kalau kita tengok bawah, akan mendapati keladak masih ada lagi ini, kesan suntikan ke botol akan dicampur dengan dadah sekali dan akan dijual di kelab-kelab malam ataupun permintaan daripada individu lain.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Bandar Hilir pada Rabu.

Dalam serbuan pertama, kata beliau, polis menahan suspe lelaki terbabit di sekitar kawasan di Bandar Hilir bersama jus disyaki cecair dan serbuk ketamin bernilai RM6,480 di dalam sebuah beg yang digalas di bahunya.

Penahanan suspek ujarnya, membawa kepada tangkapan isterinya di sebuah pangsapuri sebelum polis menemui pelbagai jenis dadah jenis ketamin, pil ekstasi, ganja mampat dan Erimin 5.

Ujarnya, pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Saga, barang kemas dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai RM25,680.

Siasatan awal mendapati, kesemua bekalan dadah berkenaan diperoleh daripada Kuala Lumpur dan Johor.

Bagaimanapun jelas beliau, ujian saringan air kencing terhadap pasangan terbabit adalah negatif dan tiada rekod jenayah lampau.

Pasangan itu kini direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 25-1-2023 08:26 PM
I berdoa sempena bulan rejab ini. Sesiapa edar dadah, si pengedar tu kena penyakit or kena apa apa bala sehingga tak tenang hidup. Perbuatan dorang betul2 rosakkan anak anak muda kita. Once kena dadah selamanya you bangkai hidup. Mmg SYAITAN pengedar pengedar dadah semua ni.
Quote mbhcsf 25-1-2023 08:44 PM
ini tiru modus operandi a killer dlm K- drama JIRISAN.
Quote kakikuDibibirmu 25-1-2023 08:52 PM
Akak paling suka dengan dadah Afghanistan tuh sebab dia plant based ephedra kapanama, takkanlah elohim nak ciptakan tumbuhan yang tidak berguna untuk kegunaan ummah

[youtube]J0DgZWs5k7k[/youtube]
Quote kechikchomel 25-1-2023 09:02 PM
mbhcsf replied at 25-1-2023 08:44 PM
ini tiru modus operandi a killer dlm K- drama JIRISAN.

Iolss tengok Missing The Other Side S2 pun dia guna MO macam ni
Quote sharlenetexas 25-1-2023 09:03 PM
Kesian vitagen, yakult.

Quote sharlenetexas 25-1-2023 09:03 PM
kakikuDibibirmu replied at 25-1-2023 08:52 PM
Akak paling suka dengan dadah Afghanistan tuh sebab dia plant based ephedra kapanama, takkanlah eloh ...

Bunga popi cantik.

Quote Abc246 25-1-2023 09:14 PM
Haih macam macam cara sekarang ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.104360 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top