![]() Zaharah menunjukkan pintu rumahnya yang dipangkah sebagai tanda akan dirobohkan. ![]() Zaharuddin di hadapan rumahnya yang diarahkan PBT agar dirobohkan dalam tempoh seminggu. KUANTAN – Seramai 20 penduduk dan penyewa di Kampung Galing Besar, di sini, terkejut apabila menerima notis daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengarahkan mereka merobohkan rumah masing-masing kerana didakwa ia sudah tidak selamat untuk didiami. Penduduk mendakwa, notis berkenaan dikeluarkan tanpa sebarang perbincangan dengan mereka dan tindakan itu dianggap sebagai tidak berhemah. Salah seorang penduduk, Zaharuddin Abd Rauf, 52, berkata, dia menerima notis berkenaan semalam (kelmarin) dan berasa kecewa dengan arahan itu. Menurutnya, apa yang menimbulkan kesangsian ialah tanah berkenaan milik persendirian dan bukannya rizab kerajaan bagi membolehkan mereka bertindak sesuka hati. “Saya dilahirkan di sini dan tinggal sehingga sekarang, tanah ini di atas nama arwah ibu bapa saya. “Notis berkenaan mengarahkan kami meruntuhkan rumah masing-masing dalam tempoh seminggu daripada tarikh notis diberikan dan jika gagal tindakan merobohkan kediaman ini akan diambil," katanya. Kata Zaharuddin, pihak PBT mendakwa keadaan rumah mereka sudah uzur dan berbahaya sedangkan mereka masih selesa tinggal di situ. “Jika kami diarahkan berpindah ke kawasan lain, mereka perlu membayar pampasan kerana di sini kami tinggal percuma dan status pemilikan tanah adalah bergeran. “Sebelum mengambil sesuatu tindakan, mereka sepatutnya berbincang dengan kami terlebih dahulu," katanya. Memang sebelum ini katanya, ada rumah setinggan di kawasan berkenaan dan mereka sudah dipindahkan ke Kampung Pak Mahat tetapi berlainan dengan kes mereka yang merupakan pemilik sah tanah di situ. “Timbul kesangsian apabila mereka bertindak sesuka hati, sedangkan kami tidak diberi hak,” katanya kepada Sinar Harian. Seorang lagi penduduk, Zaharah Mohamad, 48 berkata, dia telah menyewa rumah berkenaan sejak 20 tahun lalu dan tiada tempat tinggal lain. “Saya menyewa rumah di sini dengan bayaran RM250 sebulan tetapi terkejut apabila tiba-tiba sahaja pintu rumah kami ditampal notis dan dipangkah. “Rumah ini adalah di atas tanah bergeran tetapi tanpa sebarang perbincangan, notis dikeluarkan,” katanya. Sementara itu, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) Pahang, Kamarul Hatta Mohammed berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan berkenaan dan berasakan ia tidak adil kepada penduduk. “Sepatutnya pihak berwajib datang sendiri bertemu penduduk dan berbincang serta bukannya terus mengeluarkan notis. “Samm akan membawa perkara ini kepada pihak atasan,”
|
“Saya dilahirkan di sini dan tinggal sehingga sekarang, tanah ini di atas nama arwah ibu bapa saya.
ad_hoc79 posted on 27-6-2013 10:31 AM
aku xpaham tajuk dgn isi kandungan.....
pagi2 ni aku blurr ke hape
nora_balqis posted on 27-6-2013 10:50 AM
sama la tak faham tajuk dengan isi kandungan.
macam berbeza sangat jer
ADVERTISEMENT