Status keahlian Khairy Jamaluddin dalam UMNO akan diketahui petang ini. Perkara itu disahkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dalam sidang akhbar semasa lawatan ke galeri jualan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), di sini hari ini.
“Petang ini,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita berhubung perkara tersebut. Khairy sebelum ini secara terbuka mengakui tidak menggemari segelintir pemimpin UMNO dan mahu ‘membersihkan’ parti itu, jika berjaya menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau dalam masa yang sama turut menegaskan, semua pihak perlu mengakui UMNO perlu berubah untuk kembali menjadi parti yang boleh dibanggakan dan menjadi wadah politik terbesar seperti suatu ketika dahulu. Mesyuarat UMNO dijadual diadakan petang di Menara Dato’ Onn di sini.
Sumber: UTUSAN |
Suchi replied at 25-1-2023 03:04 PM
Kalau dia memang aritu kat SB
Agak2 dia kena buang tak?
Sbb dia takde kusi senang skit nak buang kan ...
zamzam replied at 25-1-2023 03:57 PM
KJ masuk DAP.
Tinot7 replied at 25-1-2023 04:02 PM
Yg ada kerusi pun deme nak buang.. ni mmg plan dari tahun lepaih.. tunggu masa jahh.. umno jaman n ...
pu3_rania replied at 25-1-2023 04:11 PM
Setuju sangat dengan hang
Lepas PRU15, dah nampak true colour Tok Mat
UMNO ni tunggu masa nak di ...
Tinot7: Iols dari dolu2 mmg tak suka tokmat.. rupa cam musang.. hahahahaTapi la ni baru iols nak bersuara..
Tinot7 replied at 25-1-2023 04:23 PM
Iols dari dolu2 mmg tak suka tokmat.. rupa cam musang.. hahahaha
Tapi la ni baru iols nak bersuara ...
margo20 replied at 25-1-2023 07:12 PM
So apa statusnya? Dh maghrib ni
ADVERTISEMENT