Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi hantaran di Instagram dilihat masih melakukan bantahan terhadap kumpulan penyanyi wanita Korea Selatan, Blackpink BORN PINK WORLD Tour daripada melakukan persembahan di Malaysia yang dijadualkan pada 4 Mac 2023.
Menyifatkan penganjuran konsert berkenaan sebagai satu perkara yang mengarut, PU Syed turut menyeru kepada umat Islam agar sama-sama dapat berusaha membantah kumpulan Blackpink dari melakukan persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tinjauan Murai MY di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ramai yang turut bersetuju dengan kenyataan PU Syed yang membantah penganjuran konsert Blakpink di Malaysia tidak lama lagi. Terdahulu, PU Syed pernah menitipkan harapan agar konsert bintang elektropop yang berjaya meraih tujuh trofi Anugerah Grammy, Billie Eilish tidak dapat dianjurkan di Malaysia. Walaubagaimanapun, konsert berkenaan tetap dijalankan dengan kehadiran lebih 25,000 peminat yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun lalu. Sumber: Murai
|
Menyifatkan penganjuran konsert berkenaan sebagai satu perkara yang mengarut, PU Syed turut menyeru kepada umat Islam agar sama-sama dapat berusaha membantah kumpulan Blackpink dari melakukan persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
dudaberhias replied at 25-1-2023 01:16 PM
kesian orang takde job ni... terpaksa je lah buat itu ini... mencapub itu ini... dah itu je keje yan ...
Madel replied at 25-1-2023 02:49 PM
Yang penting ku dah selamat berlagho dgn konsert Kang Daniel
Blackpink ku tak minat, sila la he ...
inspektoremos21 replied at 25-1-2023 07:14 AM
Entah nya pun.. iols pun takde la minat bp ni tapi biar je la orang nak pergi berhuha kat konsert ...
ADVERTISEMENT