Tular perkongsian seorang lelaki yang meluahkan rasa kurang senang dengan sikap teman wanitanya. Menurut pemuda berkenaan, dia dan kekasihnya merancang untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan namun dakwanya, wanita itu seperti langsung tidak menunjukkan 'effort' menyimpan wang sebagai persediaan menuju hari bahagia mereka.
"Saya lelaki berumur 26 tahun dan berhasrat nak kahwin tahun depan. Saya dah menyimpan wang melebihi RM20,000 dan pasangan saya baru berumur 23 tahun, baru mula kerja dalam empat bulan. "Dia belum mula menyimpan dan duit nak kahwin baru ada bawah RM1,000 saja," kongsinya. Pemuda tersebut malah membuat perbandingan di antara dirinya dengan bakal isteri berhubung pengurusan kewangan, di mana dia lebih mempunyai kesedaran mengenai kepentingan wang simpanan dan berfikiran jauh ke hadapan.
Lelaki itu kini dalam dilema untuk meneruskan rancangan berumah tangga dengan pasangannya. "Saya masa bergelar pelajar dulu pun banyak simpan dan tak banyak buang duit. Saya dulu mula bekerja pun pertengahan 24 tahun dan achieve simpan. "Dekat sini saya tak berapa nampak effort dari pasangan saya. "Saya dah nasihat dia supaya kurangkan perbelanjaan yang kehendak dan beli yang perlu sahaja. Tapi masih dia tak dapat buat savings banyak," luahnya lagi. Tambah pemuda berkenaan, disebabkan memikirkan perkara tersebut, dia dalam dilema sama ada perlu menangguhkan dahulu perkahwinan atau meneruskan rancangan mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan. "Saya tak nak habiskan semua duit sebab nak bahagi untuk kecemasan, simpanan dan persediaan untuk kehidupan selepas kahwin. Saya masih tertanya, patut tangguh dulu atau teruskan," kongsinya. Luahan tersebut dihantar dalam satu kiriman mesej menerusi Direct Message (DM) yang kemudian dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding bagi bertanyakan pendapat warga maya. Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat pemuda tersebut sewajarnya memberi masa kepada bakal isterinya memandangkan wanita tersebut masih muda dan baru melangkah ke alam pekerjaan. Sumber: mStar
|
Mulotkoyak replied at 25-1-2023 12:18 PM
Dik pompuan jenis kepala otak cmni kalo ko nak tau mmg sejenis suke perabis dan pemboros. Ak agak po ...
Mulotkoyak replied at 25-1-2023 12:18 PM
Dik pompuan jenis kepala otak cmni kalo ko nak tau mmg sejenis suke perabis dan pemboros. Ak agak po ...
ADVERTISEMENT