Tiga adik-beradik berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki ditenggelami banjir di Jalan Impian, Taman Impian, di sini, hari ini. Mereka terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat ke atas bumbung kenderaan sebelum diselamatkan pihak bomba.
Ketua Balai Bomba Labis, Hafifie Md Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.51 tengah hari. "Seramai lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan. "Sebaik tiba, didapati tiga lelaki berada di atas bumbung kenderaan yang sudah separuh tenggelam dan terperangkap di tengah kawasan yang dinaiki air. "Mangsa berjaya diselamatkan dalam tempoh 30 minit," katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, ketika kejadian, tiga beradik berkenaan dalam perjalanan dari Labis ke Segamat.
Operasi ditamatkan pada 2.24 petang. Sumber: Harian Metro
|
kotakominami replied at 25-1-2023 10:52 AM
Kalau tgok dh dekat dgn tebing tu..bole berenang...
ADVERTISEMENT