"Mereka berdualah hidup dan mati saya," kata Maaroof Noordin, 58, mengenai isteri pertamanya, Noraini Ishak, 42, dan isteri kedua, Effa Rizam Abd Ghafar, 42. Noraini dan Effa Rizam bukan sahaja mampu berkongsi kasih, malah setia menjaga suami yang sakit dalam keadaan kehidupan keluarga dihimpit kesusahan selepas Maaroof kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis, kira-kira tiga bulan lalu.
"Hidup kami berubah selepas kaki kiri saya terpaksa dipotong Oktober lalu, sekali gus tak mampu lagi teruskan kerja sebagai tukang rumah. Kini isteri kedua terpaksa bekerja sebagai tukang kebun di sebuah kilang di Gebeng, dengan pendapatan RM1,500 sebulan. "Isteri pertama pula menguruskan rumah, termasuk menjaga keperluan saya," kata Maaroof ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherating Lama, di sini, hari ini.
Dia berkahwin dengan Noraini pada 2007 dan sudah hampir lima tahun berpoligami selepas mengahwini Effa Rizam pada 2018, namun tidak dikurniakan anak bersama kedua-dua isterinya itu. Sementara itu, Effa Rizam berkata, dia dan madunya sudah membahagikan tanggungjawab masing-masing selepas suami mereka kehilangan kaki kiri yang terpaksa dipotong. "Namun dengan pendapatan sekarang memang tak cukup, sewa rumah dan bil api air juga sudah dua bulan tertunggak. Untuk kos rawatan suami termasuk barang keperluan dan belanja ulang alik ke hospital sahaja sudah cecah RM600 sebulan," katanya. Terdahulu, nasib keluarga terbabit mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO), Amal Team yang memberikan sumbangan berupa katil, kerusi roda serta barangan keperluan harian termasuk makanan. Mengenai penyakitnya, Maaroof berkata, dia disahkan menghidap kencing manis pada 2021 dengan petanda awal apabila bahagian kaki sebelah kiri membengkak digigit semut, tetapi pulih tidak lama kemudian. "Selepas itu, bahagian sama digigit nyamuk dan pemeriksaan lanjut mendapati saya menghidap penyakit kencing manis peringkat empat. Kemuncaknya pada Oktober lalu apabila doktor menasihatkan saya memotong kaki bagi mengelak masalah ke bahagian lain," katanya. Bagi membantu meringankan beban keluarga itu, Pemudah Cara Amal Team yang turut berperanan dalam Briged Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jamilah Salleh, berkata pihaknya sudah memanjangkan kes berkenaan kepada MUIP untuk bantuan selanjutnya. "Daripada siasatan yang kami lakukan, keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf dan layak menerima bantuan berkaitan. Sekarang kami sedang mengusahakan bantuan 'one-off' untuk keluarga ini bagi menyelesaikan tunggakan sewa dan bil. Bantuan bulanan daripada MUIP masih dalam proses," katanya. Sumber: BH Online
|
sayawifenikmie replied at 25-1-2023 12:38 PM
orang lain berkerusi roda juga .. bolehjer bekerja ...
ioni nak kena jaga dia memanjang segala
kesi ...
sayawifenikmie replied at 25-1-2023 12:38 PM
orang lain berkerusi roda juga .. bolehjer bekerja ...
ioni nak kena jaga dia memanjang segala
kesi ...
sayawifenikmie replied at 25-1-2023 12:38 PM
orang lain berkerusi roda juga .. bolehjer bekerja ...
ioni nak kena jaga dia memanjang segala
kesi ...
Suchi replied at 24-1-2023 06:41 PM
Dedua isteri takda anak bila kahwin ngan dia dan mungkin takkan ada anak dah memandangkan dia pun ke ...
sayawifenikmie replied at 25-1-2023 12:38 PM
orang lain berkerusi roda juga .. bolehjer bekerja ...
ioni nak kena jaga dia memanjang segala
kesi ...
sayawifenikmie replied at 25-1-2023 12:38 PM
orang lain berkerusi roda juga .. bolehjer bekerja ...
ioni nak kena jaga dia memanjang segala
kesi ...
ChildrenOfBodom replied at 25-1-2023 02:51 PM
umur sama yg mana satu bini tua mana satu bini muda?
sayawifenikmie replied at 25-1-2023 06:40 PM
my bad
betullah
maybe dia belum semboh dari luka potong kaki tu
ADVERTISEMENT