Kekurangan bekalan telur ayam membuatkan pengguna kini tiada pilihan selain beralih mendapatkan telur ayam kotor yang juga ditawarkan pada harga lebih murah berbanding telur ayam biasa atau Omega.
Tinjauan di sebuah syarikat pemborong telur di Cabang Tiga, di Kuala Terengganu mendapati pengguna tidak lagi memilih jenis telur kerana kesukaran mendapatkan bekalan. Pengurusnya, Nursyzanil Adha Ramli, berkata telur ayam kotor dijual pada harga RM11.10 sepapan mengandungi pelbagai gred. Menurutnya, berbanding dengan telur ayam biasa dijual dengan harga RM13.50 sepapan bagi gred A, RM12.90 bagi gred B dan gred C pula adalah RM12.30. "Sebelum ini telur ayam kotor hanya dibeli pengusaha kedai makan dan pembuat kuih.
"Namun disebabkan kekurangan bekalan, telur ayam kotor tetap menjadi pilihan pengguna. Malah, sebanyak 700 hingga 800 papan telur kotor habis dalam masa sehari," katanya. Nursyzanil berkata, pihaknya menjual telur ayam kotor dalam pelbagai gred yang dicampur iaitu AA, A, B, C dan D sepapan. "Telur ini sama saja, cuma luaran saja kotor. Pengguna perlu membersihkan dulu telur sebelum menggunakannya," katanya. Sementara itu, seorang pengguna, Mariani Salim, 50, berkata dia tidak kisah membeli telur ayam kotor kerana bekalan sekarang susah untuk diperoleh. "Telur ayam kotor murah sikit berbanding dengan telur biasa dan saya bersihkan telur sebelum digunakan," katanya. Ahmd Jusoh, 62, juga terpaksa membeli telur ayam kotor kerana tidak mempunyai pilihan berikutan sukar mendapatkan bekalan bahan mentah itu. Sumber: BH Online
|
Sebelum ini telur ayam kotor hanya dibeli pengusaha kedai makan dan pembuat kuih.
Adrif replied at 24-1-2023 04:01 PM
suey betul orang berniaga guna bahan kotor camni..
nak bagi orang makan, kena la bagi bahan be ...
Adrif replied at 24-1-2023 04:01 PM
suey betul orang berniaga guna bahan kotor camni..
nak bagi orang makan, kena la bagi bahan be ...
misc replied at 24-1-2023 04:06 PM
Baru tau ada kategori telur ayam kotor yg biasanya dibeli pengusaha kedai makan dan pembuat kuih.
ADVERTISEMENT