Seorang lelaki panjang umur apabila dia 'ditelan' eskalator di sebuah stesen kereta api bawah tanah. Menerusi video tular, beberapa penumpang pada mulanya dilihat berpusu-pusu menuruni eskalator terbabit.
Namun, ketika giliran mangsa, Mehmed Ali Erik melangkah ke eskalator berkenaan, beberapa anak tangga kemudahan itu secara tiba-tiba terbuka luas sebelum ia tidak berfungsi. Mehmet yang cemas pada mulanya cuba bertahan pada pemegang eskalator itu, namun terjatuh ke dalam lubang kemudahan berkenaan. Difahamkan, dia terperangkap selama satu jam di dalam eskalator itu, sementara penumpang lain cuba mengeluarkannya. Tidak lama kemudian, dia diselamatkan anggota bomba sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan akibat kecederaan dialami.
FB Majoriti Menurut laporan media antarabangsa, insiden tersebut berlaku di stesen Metro Ayazaga di Istanbul, Turki pada Februari 2018. Namun, video tersebut tular semula baru-baru ini hingga menimbulkan rasa ngeri dalam kalangan pengguna media sosial. Sumber: Majoriti
|
Buritan replied at 24-1-2023 11:44 AM
Dulu takde pun kes.. la ni mcm mcm..
intan244 replied at 24-1-2023 04:47 PM
seramm.. iols penah skirt kena telan. kat pavi plak tu. nasib kawan iols ada tolong tarikkan, hbs ke ...
ADVERTISEMENT