CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Dijemput Jadi Sukarelawan Pertabalan Raja Charles III 6 Mei Nanti

24-1-2023 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1108| Komen: 7

Istana Buckingham mendedahkan beberapa butiran mengenai istiadat pertabalan Raja Charles III yang akan menyaksikan sambutan selama tiga hari di seluruh negara. 

Lapor CNN, Istana Buckingham dalam satu kenyataan memaklumkan, hari pertabalan Raja Charles III akan diadakan pada 6 Mei depan.



IG Istana Buckingham

Menurut kenyataan itu, sambutan bagi upacara bersejarah itu akan bermula Sabtu dan berakhir pada Isnin iaitu 8 Mei 2023.   

Acara sambutan itu turut merangkumi istiadat makan tengah hari dan konsert pada 7 Mei, diikuti cuti umum di seluruh negara pada 8 Mei 2023.

Orang ramai dijemput untuk menyertai The Big Help Out dengan menjadi sukarelawan bagi menjayakan upacara bersejarah itu.

Menurut kenyataan itu, istiadat pertabalan itu akan dilakukan mengikut upacara keagamaan dan dikendalikan oleh Ketua Biskop Canterbury, Justin Welby.


Tambah kenyataan itu, istiadat pertabalan itu akan menggabungkan tradisi lama dan moden selain mencerminkan peranan Raja Charles di masa hadapan.

Sementara itu, Setiausaha Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan United Kingdom (UK), Michelle Donelan mengalu-alukan kehadiran orang ramai dalam memeriahkan lagi sambutan.

“Semua penduduk dijemput untuk turut serta pada mana-mana hari.

“Sama ada dengan mengadakan sambutan sendiri atau menyaksikan istiadat pertabalan di kaca televisyen atau melibatkan diri dalam inisiatif ‘The Big Help Out’,” katanya.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 24-1-2023 11:39 AM
Naklaa jd sukarekawan... amiklaa aku charles oii
Quote SalenaGomez 24-1-2023 03:09 PM
Kalau SG ada kat UK pon x kuasa lah nak jadi volunteer utk coronation nya…sebab cukup2 lah depa ni menjajah dan mengaut kekayaan negara jajahan depa…ni nak suruh jd volunteer, dah kaya nak kaya lagi…ambil laa pekerja utk your big day n bayar la gaji…korang bukan misekin pon
Quote Decaffeinated 24-1-2023 03:24 PM
SalenaGomez replied at 24-1-2023 03:09 PM
Kalau SG ada kat UK pon x kuasa lah nak jadi volunteer utk coronation nya…sebab cukup2 lah depa ni  ...

sebut volunteer tu sebab bukan kerahan tenaga tapi bukan makna free
Quote vforhair18 24-1-2023 03:35 PM
Find best Mens Haircut Christchurchbecause Your hair and beauty are the only for show the world that you want to be. We inspire you to discover the awesome look that you want ever and we make it happen. Visit vforhair.co.nz for all your Hairdressers and haircut need.


Quote SalenaGomez 24-1-2023 05:38 PM
Decaffeinated replied at 24-1-2023 03:24 PM
sebut volunteer tu sebab bukan kerahan tenaga tapi bukan makna free

Hahahah ye ke?? Xpe lah, apa2 bentuk suruhan kerahan tenaga utk raja depa mmg xmo buat

Kalau baca sejarah byk kerosakan royalty ni dah buat…palestin, india etc… not fancy about depa
Quote liyamariska 24-1-2023 08:44 PM
SalenaGomez replied at 24-1-2023 03:09 PM
Kalau SG ada kat UK pon x kuasa lah nak jadi volunteer utk coronation nya…sebab cukup2 lah depa ni  ...

hmm... ai pn terpikir mende yg sama... taulah raja charles skrg cut cost suma bagai, dgn acara cmni lagi laa ada yg side-eyed plak...
Quote kakikuDibibirmu 24-1-2023 08:46 PM
Balak Tuanku! tersenyum sinis

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.074246 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top