View: 900|Reply: 7
|
Rakyat Dijemput Jadi Sukarelawan Pertabalan Raja Charles III 6 Mei Nanti
[Copy link]
|
|
Istana Buckingham mendedahkan beberapa butiran mengenai istiadat pertabalan Raja Charles III yang akan menyaksikan sambutan selama tiga hari di seluruh negara.
Lapor CNN, Istana Buckingham dalam satu kenyataan memaklumkan, hari pertabalan Raja Charles III akan diadakan pada 6 Mei depan.
 IG Istana Buckingham
Menurut kenyataan itu, sambutan bagi upacara bersejarah itu akan bermula Sabtu dan berakhir pada Isnin iaitu 8 Mei 2023.
Acara sambutan itu turut merangkumi istiadat makan tengah hari dan konsert pada 7 Mei, diikuti cuti umum di seluruh negara pada 8 Mei 2023.
Orang ramai dijemput untuk menyertai The Big Help Out dengan menjadi sukarelawan bagi menjayakan upacara bersejarah itu.
Menurut kenyataan itu, istiadat pertabalan itu akan dilakukan mengikut upacara keagamaan dan dikendalikan oleh Ketua Biskop Canterbury, Justin Welby.
Tambah kenyataan itu, istiadat pertabalan itu akan menggabungkan tradisi lama dan moden selain mencerminkan peranan Raja Charles di masa hadapan.
Sementara itu, Setiausaha Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan United Kingdom (UK), Michelle Donelan mengalu-alukan kehadiran orang ramai dalam memeriahkan lagi sambutan.
“Semua penduduk dijemput untuk turut serta pada mana-mana hari.
“Sama ada dengan mengadakan sambutan sendiri atau menyaksikan istiadat pertabalan di kaca televisyen atau melibatkan diri dalam inisiatif ‘The Big Help Out’,” katanya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Naklaa jd sukarekawan... amiklaa aku charles oii |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau SG ada kat UK pon x kuasa lah nak jadi volunteer utk coronation nya…sebab cukup2 lah depa ni menjajah dan mengaut kekayaan negara jajahan depa…ni nak suruh jd volunteer, dah kaya nak kaya lagi…ambil laa pekerja utk your big day n bayar la gaji…korang bukan misekin pon |
|
|
|
|
|
|
|
sebut volunteer tu sebab bukan kerahan tenaga tapi bukan makna free 
|
|
|
|
|
|
|
|
Find best Mens Haircut Christchurchbecause Your hair and beauty are the only for show the world that you want to be. We inspire you to discover the awesome look that you want ever and we make it happen. Visit vforhair.co.nz for all your Hairdressers and haircut need.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-1-2023 03:24 PM
sebut volunteer tu sebab bukan kerahan tenaga tapi bukan makna free
Hahahah ye ke?? Xpe lah, apa2 bentuk suruhan kerahan tenaga utk raja depa mmg xmo buat 
Kalau baca sejarah byk kerosakan royalty ni dah buat…palestin, india etc… not fancy about depa |
|
|
|
|
|
|
|
hmm... ai pn terpikir mende yg sama... taulah raja charles skrg cut cost suma bagai, dgn acara cmni lagi laa ada yg side-eyed plak... 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|