Penerbit dan pengarah Jinggo bengang apabila sekumpulan pelanggan menikmati hidangan di restoran miliknya tidak membuat pembayaran. Jinggo atau Azman Yahya, 57, berkata, dia cuba bersangka baik bahawa pelanggan berkenaan benar-benar lupa membayar selepas selesai menjamu selera.
“Pada brother dan kawan-kawan yang makan sakan seaneka menu tadi dan belah macam itu jer, Tok sidang harap mereka terlupa bayarlah. “Bersangka baik walaupun nak bersangka tak berapa baik juga. Takkan semuanya terlupa,” katanya. Jinggo berkongsi mengenai insiden itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan suasana restoran berkenaan yang dipenuhi pelanggan. Dalam pada itu, Jinggo berkata, dia sebolehnya mahu mendedahkan wajah-wajah individu tersebut kepada umum namun disebabkan rasa kemanusiaan dia tidak melakukan hal tersebut. Kata Jinggo, isterinya, Sheila Rusly turut menasihatkan agar menghalalkan makanan yang dimakan pelanggan itu selain menyerahkan urusan tersebut kepada Allah SWT. "Kalau lupa pun tetap tidak halal jika tidak dihalalkan. So Sis (Sheila Rusly) suruh Tok Sidang halalkan. Okay kira halallah ya tapi harap-harap bukan satu keluarga ya. “Ya Allah berat nak tanggung di sana nanti dan jangan tanya pada Dia jangan tanya pada diri kenapa hidup kita tak pernah senang tak pernah tenteram dan tak pernah tak ada masalah....kerana mereka yang berbuat baik pun Allah tetap beri masalah tanda ujian inikan berbuat jahat," katanya lagi. Sementara itu, Jinggo tidak akan memotong gaji pekerjanya kerana memahami restoran miliknya itu dipenuhi pelanggan sempena Tahun Baharu Cina. "Untuk juruwang, jangan risau Tok Sidang tak akan potong gaji anda, terima kasih semua pasukan yang berkerja keras hujung minggu Chinese New Year 2023," ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi pendapat agar penerbit berkenaan mengubah cara pembayaran di restorannya itu. Malah mereka turut berharap agar individu berkenaan kembali membuat pembayaran makanan. Sumber: mStar
|
Suchi: Tok sidang tak nak kawen dua k ...
Suchi replied at 23-1-2023 06:11 PM
Tok sidang tak nak kawen dua ke?
Suchi replied at 23-1-2023 06:11 PM
Tok sidang tak nak kawen dua ke?
Sunkiss8999 replied at 23-1-2023 06:52 PM
Hahahahaha! Kenapa kaka tanya mcm tu? Menangis cyst baca ni..
jihyomelly replied at 23-1-2023 07:41 PM
terus ada program ketuk2 tok sidang
Suchi replied at 23-1-2023 06:11 PM
Tok sidang tak nak kawen dua ke?
jihyomelly replied at 23-1-2023 07:41 PM
terus ada program ketuk2 tok sidang
ADVERTISEMENT