CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Janganlah Politikkan Usaha Murni Aeril Dan Wawa Bina Masjid

23-1-2023 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1503| Komen: 8

Pelakon dan selebriti media sosial, Aeril Zafrel, menganggap usahanya bersama isteri, Wawa Zainal, untuk membina masjid tidak perlu dipolitikkan memandangkan dia tidak menggunapakai dana atau sumbangan daripada mana-mana pihak.


Kata Aeril, dia sedar, sebelum ini ada yang cuba memainkan isu itu di media sosial selain menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya nak jawab pasal bina masjid ini pun segan sebab perancangannya terlalu lama. Kami takut orang anggap kami hanya nak ‘gebang’, tapi bukan kuasa kami sebenarnya. Semuanya harus mengikut prosedur.


IG Wawa

“Sebenarnya, kami dah lama nak bina masjid. Tapi prosedur nak bina masjid di Johor berbeza dan agak rumit. Kami memang dah sedia dengan kos kewangan untuk pembinaan masjid itu.

“Boleh sahaja kalau nak teruskan tanpa ikut prosedur tetapi, nanti ia tidak akan mendapat taraf masjid. Mungkin ia akan menjadi surau,”katanya.


Selain itu, Aeril tidak menafikan usaha untuk membina masjid yang terletak di kampungnya di Rengit, Johor itu sudah banyak kali tertangguh berikutan berdepan dengan prosedur yang rumit sejak tiga tahun lalu.

“Saya ada berjumpa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit dari Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kerana dia merupakan wakil untuk kawasan terbabit. Tak kisahlah parti mana yang menang pun di kawasan sana, memang kena berjumpa juga sebagai tanda hormat.

“Tetapi, tak sangka pula hal itu kemudiannya dipolitikkan. Tak perlulah, saya pun bukan meminta bantuan duit mana-mana parti. Lainlah kalau kami jumpa mana-mana wakil rakyat dan meminta dana atau sumbangan, itu lain pula ceritanya.

“Proses pembinaan masjid semuanya belum bermula. Saya berharap selepas saya berjumpa dengan wakil rakyat itu, proses perjalanan membina masjid dipermudahkan,”katanya.


IG Wawa

Tidak menolak bahawa timbul rasa kesal mengenai situasi itu, Aeril bagaimanapun enggan terlalu memikirkannya.

“Apa yang saya boleh buat adalah jalan terus sahaja. Sekarang menanti proses kelulusan, jika ia dipermudahkan, Insya-Allah projek itu akan terus berjalan,”katanya.

Aeril dan Wawa ditemui usai majlis pelancaran koleksi terbaharu Wawa Cosmetics, Wawa X Rozyana, Asmaradana – Lagenda Kembali di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 23-1-2023 10:13 PM
Semoga perancangan yg baik ini Allah prmudahkan. Amin..
Quote slyfynx 23-1-2023 11:04 PM
Haish, wartawan cari dengan kisah tertinggal ketapi.
Thread dah ade beberapa hari dah
Quote amyfaha 24-1-2023 02:16 AM
Rasanya dah 10tahun aku dengar benda yg sama. Mana tiangnya?
Quote sweetyroses 24-1-2023 03:14 AM
Dy nak buat masjid tu pakai duit sendiri ke pakai duit sumbangan orang ramai?? Kalau duit sendiri diam² sudah la yer. Macam dah lama dengar dy nak bina masjid ni kann. Kalau duit orang ramai, dorang patut tahu la jugak progress projek tu.

Tapi banyak betul duit dorang ni yer. Banyak terjual ke produk dorang ni? Yang aku tahu kosmetik tu je. Iklan² dorang pun duk tunjuk kesawitan laki bini kan. Itu yang couple terpaling petaling cuba potray jugak
Quote LadyCarefree 24-1-2023 06:34 AM
Nak senang ko bina masjid cawangan je macam Sol tu Eril oooiii sekali package hadiah payung mas kat wawak
Quote sambaldurian 24-1-2023 05:55 PM
Wawa ni muka mcm avenys tu pulak aku nengok. Make up style sama
Quote Lagubestbest 26-1-2023 02:05 AM
masjid dah ada la tu kat situ. g jela naiktaraf masjid sedia ada kan setel nak tepek nama jugak ke ape.
Quote Perawankota 26-1-2023 07:08 AM
amyfaha replied at 24-1-2023 02:16 AM
Rasanya dah 10tahun aku dengar benda yg sama. Mana tiangnya?

Betul tu.. mcm dah lama kan dia ckp nk buat masjid

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.064906 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top