CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Pegawai Polis Thai Beri Khidmat Khas Iring Pelancong China Didenda

23-1-2023 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1018| Komen: 4

Dua daripada tiga pegawai polis yang didakwa memberikan ‘perkhidmatan khas’ kepada seorang pelancong wanita dari China telah dipindahkan unit sebagai denda, kata Polis Diraja Thai seperti dilaporkan akhbar The Nation hari ini.


Jurucakap Polis, Mejar Jeneral Atchayon Kraithong berkata, Ketua Polis Negara mengarahkan siasatan terhadap dakwaan seorang pelancong bahawa dia menerima perkhidmatan khas daripada polis negara itu.


The Nation

Klip video TikTok pelancong itu mengenai pengiring polis khas ke Pattaya telah menjadi tular di media sosial.

Pelancong itu mendakwa, sejurus tiba, dia melalui pemeriksaan pantas imigresen di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok dan kemudian pergi ke hotelnya.


The Nation


Perjalanan itu hanya mengambil masa selama satu jam dan pada kebiasaannya, jika tidak diiringi dengan pasukan pengiring polis, ia boleh melibatkan masa sehingga tiga jam. 


The Nation

Siren polis telah digunakan semasa perjalanan tersebut dan dia mendakwa ia menelan belanja tidak lebih 7,000 baht (RM919) untuk tujuan itu.


The Nation

Atchayon berkata, seorang pegawai polis pelancong dan dua pegawai polis trafik yang terlibat dalam kejadian itu telah ditukarkan ke pusat operasi polis trafik. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 23-1-2023 03:01 PM
Loh? Bende illegal kah? Dahtu kau pegi canang ke TikKetok, mendapat la. Tak kabo sesiap ke dkt si hamba abdi TikKetok tu, jgn di upload?
Quote plywood 23-1-2023 03:11 PM
bayar polis escort dia lepas tu masuk dalam tiktok..

takkan dia innocent atau bodoh tak tahu polis tu akan kena tindakan kalau dia jadikan itu bahan konten... atau perempuan ni memang sengaja .. .. polis tu pun kena smarlah skit, apa-apa yang dirakam patut dah tahu akan berakhir di internet
Quote Decaffeinated 23-1-2023 05:36 PM
Patutnya polis ni buat counter report kat gomen PRC biar minah TikTok ni kena lagi teruk stail komunis tiada ampun.

Quote Supersirap 23-1-2023 06:45 PM
Kantoi bodo je ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.028908 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top