Kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof sentiasa mendapat perhatian ramai sehingga ia menjadi perdebatan serta perbualan hangat dalam kalangan netizen. Melihat kerancakan netizen memperkatakan tentang isu itu di media sosial, penyanyi Datuk Nora Ariffin berharap masyarakat menjaga percakapan serta tidak meninggalkan komen jelik berhubung masalah dihadapi pasangan berkenaan.
Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, berkata, dia bimbang sekiranya kegairahan warganet meninggalkan komen yang tidak berpuas hati mengenai poligami, ia bimbang akan memakan diri mereka sendiri. "Hati-hati... Dalam kita seronok mengata, menghina, melabel orang lain sebab takut tanpa kita sedar, kita jugalah adalah produk hasil perkahwinan poligami yang diamalkan zaman dulu-dulu lagi. Nora berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.
Dalam pada itu, Nora berkata, perasaan marah atau tidak puas hati terhadap poligami itu adalah perkara biasa namun perlu berhati-hati agar tidak menghina keluarga sendiri. Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan Nora malah menganggap setiap perkara yang berlaku sudah menjadi ketentuanNya. Pun begitu, ada juga yang seakan tidak sependapat dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Desa Tercinta itu. Sumber: mStar
|
che-cikL replied at 23-1-2023 12:30 PM
Netizen maki hamun anak Kazar & penyondol seangkatan dengannya; bukan atuk nenek diaorang sendiri. S ...
ADVERTISEMENT