Filem Pulau yang dikatakan tidak sesuai ditayangkan di Malaysia menjadi perdebatan di media sosial hingga kini. Filem itu menampilkan pelbagai pelakon terdiri daripada masyarakat majmuk dan datang dari pelbagai latar belakang.
Antara barisan artis terlibat termasuklah Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Ms Puiyi, Mark O’Dea dan Vikar. Trailer filem tersebut dilihat mendapat kecaman dan tentangan daripada rakyat Malaysia dan juga pelbagai pihak yang menyatakan terdapat beberapa aksi tidak menyenangkan. Selain pemakaian yang agak seksi, terdapat juga beberapa babak lelaki tidak berbaju serta perempuan berbikini dan beberapa adegan yang dilihat agak panas untuk ditayangkan. Di Twitter, terdapat satu akaun meluahkan rasa kecewa apabila melihat Alif Satar turut terlibat dalam menjayakan filem tersebut.
Tulisnya, Alif Satar merupakan seorang artis dengan imej yang baik dan seringkali dilihat membuat ‘cover’ lagu berunsurkan islamik. Memetik Utusan, Alif menyatakan dia akur dengan kritikan, susulan pembabitannya dalam filem tersebut dan menyifatkan teguran itu sebagai tanda kasih sayang serta keprihatinan peminat terhadap diri serta kerjayanya. Sumber: Murai
|
akuHavocczz replied at 23-1-2023 03:26 AM
Iols pernah tgk satu movie last year si alip ni berlakon jadi ustaz. Last last ustaz tu bunuh diri. ...
dudaberhias replied at 23-1-2023 02:54 PM
dia sarcasm je tu hahahah... mana ada aliff tu shirtless ke atau cium2 dalam filem tu...
tapi kesia ...
Suchi replied at 23-1-2023 11:08 AM
Kelakar kadang netizen nih
Nama juga pelakon dek..kalau dia lobai imam sejid boleh laa nak kecewa
ADVERTISEMENT