CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terhibur Tengok Anak Betty Rahmad Minta Maaf Kepada Habib Ali Sebab Gigit Jari Masa Tahnik

22-1-2023 08:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4111| Komen: 29

Description: Gelagat anak kepada pelakon Betty Rahmad iaitu Ardy Wira yang memohon maaf kepada pendakwah Habib Ali mencuit hati netizen.Betty atau Nursha Rahmad, 41, berkata, Wira meminta maaf kepada Habib kerana ...
Gelagat anak kepada pelakon Betty Rahmad iaitu Ardy Wira yang memohon maaf kepada pendakwah Habib Ali mencuit hati netizen.

Betty atau Nursha Rahmad, 41, berkata, Wira meminta maaf kepada Habib kerana kanak-kanak itu pernah secara tidak sengaja mengigit jari pendakwah berkenaan ketika melakukan proses tahnik.


Kesempatan bertemu Habib di sebuah majlis agama Khamis lalu memberi peluang kepada anaknya meminta maaf.


IG Betty

"Sebelum ini kami pernah tunjuk video lama dia tahnik dengan Habib Ali, dia gigit jari Habib.

"Kebetulan masa kita pergi Tawfiq Khamis lepas, Habib ada dan Wira cakap nak jumpa Habib minta maaf," katanya.

Betty berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Betty memberitahu Wira bersungguh-sungguh mahu bertemu Habib sehingga sanggup menunggu untuk berjumpa dengan pendakwah itu.


"Sampai habis majlis dia tetap tunggu tak nak balik selagi tak jumpa Habib. Dia ingat senang kot nak jumpa.

"Kami pun layankan dan Daddy bawa dia tunggu. Alhamdulillah rezeki Wira Allah izinkan dia jumpa Habib. Bila jumpa terus 'jem' nak cakap Melayu," ujarnya.

Sementara itu, menerusi video berkenaan, Wira dilihat begitu teruja berjumpa dengan Habib sehinggakan dia kelu untuk berkata-kata.

Anak kecil itu menyapa dengan memberi salam dan seterusnya meminta maaf serta menerangkan bahawa dia pernah menggigit jari pendakwah itu ketika masih bayi.

"Excuse me ustaz, maaf ustaz. Sekarang saya lupa apa yang perlu saya cakap. Kalau saya cakap bahasa Inggeris ustaz boleh faham tak?

"Maaf ustaz, masa saya bayi saya tak sengaja menggigit jari ustaz," katanya.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap yang dimiliki anak berusia empat tahun itu dan mendoakan agar Wira terus menjadi anak yang soleh.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 22-1-2023 08:43 PM
cute la bdk ni
acik sukeee
Quote Kancilkering 22-1-2023 08:57 PM
cantek anak nye…moga jdi org yg baik baik…
Quote kalchi 22-1-2023 09:46 PM
I suka habib ali ni soft spoken je
Quote PuanAbby 22-1-2023 10:11 PM
Parent didik anak dgn baik maka anak pun baik la kejadiannya. Alhamdulillah
Quote tikusmontok 22-1-2023 10:18 PM
Budak cerdik
Quote missbigrockstar 22-1-2023 10:19 PM
So cute the incident. And now the moment
Quote fiezameysekali 22-1-2023 10:23 PM
Cerdiknya wira ni...pandai mak ayah die didik
Quote melinda_kerr 22-1-2023 10:48 PM
Suka tgk wira. Mmg cerdik sgt budaknya
Quote Tembikaigoreng 22-1-2023 10:53 PM
Cute wiraa
Quote SANKURIANG 22-1-2023 11:27 PM
Ardy Wira n8 so cute, cakap pun terang no pelat pelat cam anak mamu tu. Lepas tu Wira sangat polite…cara dia bercakap buat orang suka nak dengar…..
Quote beatgirlX 22-1-2023 11:53 PM
Cutenya kamu Wira...
Semoga membesar menjadi anak yg soleh ya
Quote de_ikea 22-1-2023 11:54 PM
Wira ni bijak sgt. Semoga membesar jd anak soleh ya
Quote PanadolExtend 23-1-2023 01:21 AM
Cutenya Wira
Quote matjerk 23-1-2023 01:27 AM
Bijaknyaaaa.. dia tnya dulu... understand english or not.. pandai budaknya.... ikut baka pak ke mak?
Pak dia sape?
Or apa amalan mak dia masa mengandung kan dia... bijak sungguh.. mengaji pun pandai
Quote matjerk 23-1-2023 01:30 AM
Replay byk2 kali.. dia tnya pak dia...

"I say excuse me first right?"
"I forgot already what i want to say"

SUPERRRRRRR CUTEEEEEEEEEEE
Quote Realpeople17 23-1-2023 01:41 AM
Dari umur setahun lebih lg da perati wira ni cerdik btul. Slalu tgk betty buat live time wira mkn, teratur je mkn dia. Tak memilih plak tu. Dr kecik nmpk dia petah brcakap. Happy baby je. Ni mkin sopan, soft spoken tp ada cheeky dia. Mmg mnjadi la cara didikan mak pak dia. Versi lelaki suka tgk wira ni, versi pompuan plak fatima aisya.
Quote chandrahusin 23-1-2023 06:38 AM
Betty ni ada belakon dlm drama Ratu Jamu dulu2
Jadi adik Tam anak Jalil Hamid & Azean
Quote evlinne 23-1-2023 07:37 AM
Haha shomellll
Moga jdi anak yg baik ya dekkiuttt
Quote Cleocatra 23-1-2023 07:41 AM
kalchi replied at 22-1-2023 09:46 PM
I suka habib ali ni soft spoken je

Kan, aku pun suka. Tutur kata, penggunaan ayat, sopan, tertib je. Pendek kata sedap telinga mendengar
Berbeza dengan uai.... jijik.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.129682 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top