CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda diikat, dirogol dan dikurung dlm tandas

27-6-2013 02:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12930| Komen: 55

27 Jun 2013                    

SEGAMAT - Malang berganda menimpa seorang janda yang bukan saja rumahnya dekat sini, dipecah masuk, malah dia turut dirogol dalam kejadian awal pagi kelmarin.
       
 Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, ketika kejadian, mangsa yang tinggal di rumah berkenaan bersama rakannya, tidak menyedari suspek memasuki biliknya kerana sedang tidur.
       
“Mangsa yang tidur sendirian di biliknya hanya tersedar apabila suspek bertindak menutup mulutnya menggunakan selimut dan mengikat tangannya menggunakan tali.
       
 “Selepas merogol mangsa, suspek bertindak mengurungnya di dalam tandas sebelum berjaya melepaskan diri dengan bantuan teman serumahnya dan ketika itu suspek sudah meninggalkan rumah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
       
Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.
       
Menurut Kamil, sejam selepas mangsa membuat laporan polis, anggotanya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan.
       
“Hasil pemeriksaan, suspek yang berumur 29 tahun itu didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau  iaitu rogol dan pecah rumah dan baru saja selesai menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan dibebaskan pada 2010 kerana kesalahan yang sama.
       
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
       
"Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat kes, diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 27-6-2013 10:20 AM
tak serik2. penjara seumur hidup je
Quote rikays 27-6-2013 10:25 AM
siannye..agaknay nak merompak, sekali tengok mangsa pakai seksi..mendapat la..
Quote jonlabu 27-6-2013 10:25 AM
minta sesiapa tolong cari @lavacall   
Quote misshero 27-6-2013 10:25 AM
huh.....tak bermoral langsung punya orang....
Quote AHMADVW 27-6-2013 10:26 AM
sad heard about that
Quote perang_candu 27-6-2013 10:28 AM
Mungkin rakan sekerja tu dah lama menaruh hati a.k.a stim kat mangsa..
Quote gede-bab 27-6-2013 10:29 AM
dah lama dia perati janda tu agaknya....tu yang merembes tak sudah...harap2 mahkamah hukum kasi sampai tuntas supaya tak ada upaya nak merugul lagi...
Quote haryatie 27-6-2013 10:29 AM
eeeeee....takut nyer..
sial btul penyangak tu...
kecik2 x mampus..
da besar menyusahkan org
Quote kenarikelabu 27-6-2013 10:39 AM
sana sini dok asik nk merogol....hadoiii..
Quote ad_hoc79 27-6-2013 10:51 AM
suspek teman sekerja???
sakit ati ke.... mmg syok kat mangsa
Quote biksu 27-6-2013 10:55 AM
dia suka dok penjara kot. tu yg bt onar supaya ditangkap lg. tak yah susah2 kerja dahhh
Quote mjla 27-6-2013 10:57 AM
Baru kluar penjara musti simpan dendam berahi pd mangsa....
Quote tongkatwaran75 27-6-2013 11:43 AM
Ketakutan para janda ( berdsrkan kejadian baru-baru ni)

berkawan...boyafren pukul dia n anak !
berkawin...bapa tiri siksa dia n anak !
tak kawin-kawin - kena umpat !
duduk sesorang... kena rogol !

p/s sian...
Quote lavacall 27-6-2013 01:26 PM
jonlabu posted on 27-6-2013 10:25 AM
minta sesiapa tolong cari @lavacall

ada apa cari wa..
Quote jonlabu 27-6-2013 01:38 PM
lavacall posted on 27-6-2013 01:26 PM
ada apa cari wa..

oooo adaaa..ingat dah masuk dalam.
Quote lavacall 27-6-2013 01:45 PM
jonlabu posted on 27-6-2013 01:38 PM
oooo adaaa..ingat dah masuk dalam.

@STONER la kat dalam....

lepas 3 hari baru lu boleh ziarah dia...
Quote ~boolean 27-6-2013 01:46 PM
“Hasil pemeriksaan, suspek yang berumur 29 tahun itu didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau  iaitu rogol dan pecah rumah dan baru saja selesai menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan dibebaskan pada 2010 kerana kesalahan yang sama.
        

Celaka kan dah rogol dah pecah rumah tapi kena penjara tujuh tahun ja..

Keluar penjara rogol balik...babi punya hukuman takat 7 tahun, mangsa rogol tanggung seksa seumur hidup...

setan2 tak guna ni kasi mati pun tak pa...
Quote rokiah_sisip 27-6-2013 01:48 PM
...nilah dasar manusia bertopengkan setan.. moga dia dpt balasan yg setimpal..di dunia dan di akhirat..
Quote jonlabu 27-6-2013 01:53 PM
lavacall posted on 27-6-2013 01:45 PM
@STONER la kat dalam....

lepas 3 hari baru lu boleh ziarah dia...

nanti wa datang bwk nasik impit kuah kacang.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.113507 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top