CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negara Islam Diseru Kutuk Tindakan Sweden Bakar Al-Quran - Mapim

22-1-2023 08:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2317| Komen: 36

Negara-negara Islam diseru mengecam Sweden yang mencetuskan protes Islamofobia apabila ahli politik parti penyokong kerajaannya, Rasmus Paludan membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm dan menyerang semalam.


Malah, Kerajaan Malaysia juga diseru mengutuk tindakan tersebut dengan memanggil kedutaan Sweden di negara ini.


Negara Islam Diseru Kutuk Tindakan Sweden Bakar Al-Quran - Mapim


Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, beliau mengutuk kebebasan bersuara yang dilakukan negara Eropah itu yang bersifat menghina agama, menyatakan kebencian dan Islamofobia semata-mata.

“Kami turut menyokong Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu yang menyuarakan kemarahan terhadap kegagalan pihak berkuasa Sweden mengharamkan protes itu. Sungguh mengerikan Sweden sedang menyebar kebencian dan ekstremisme.


“Dasar kebenaran terhadap kempen itu mencerminkan toleransi Sweden di bawah alasan kebebasan bersuara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau turut menyeru Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengeluarkan kecaman keras dan memberi amaran kepada negara berkenaan bahawa masyarakat antarabangsa Islam tidak akan berdiam diri.

Semalam, Paludan dilapor menyertai bantahan di Stockholm, di bawah perlindungan ketat polis dengan kehadiran kira-kira 100 orang, termasuk sejumlah besar wartawan apabila membakar al-Quran dengan pemetik api selepas mengecam dan menyerang Islam dan Imigresen di sana.

Lebih mengecewakan, akhbar The Washington Post melaporkan, ahli politik itu didakwa menerima permit daripada kerajaan Sweden untuk membakar kitab suci umat Islam itu.

Dalam pada itu, Mohd. Azmi turut menyokong tindakan Kerajaan Turkiye yang lantas membatalkan lawatan Menteri Pertahanan negara itu untuk mengatasi bantahan negara itu terhadap keahliannya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

“Ini adalah tindakan jenayah kebencian yang dilakukan oleh Paludan, pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line. Nampaknya mereka jelas menggalakkan jenayah kebencian dan Islamofobia.  Ini tidak beradab dan biadab.

“April tahun lalu, pengumuman Paludan tentang ‘pelancongan’ membakar al-Quran semasa Ramadan mencetuskan rusuhan di seluruh Sweden. Negara itu tidak mengambil langkah yang perlu untuk menghentikan kempen itu,” ujarnya.


Loading FB Post...

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberitahu Malaysia menggesa Kerajaan Sweden mengambil tindakan segera terhadap pelaku perbuatan keji itu serta memastikan langkah drastik pada masa depan untuk menangani kebangkitan Islamofobia. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-1-2023 08:11 PM
Ko ingat manusia( org islam) ke yg bg balasan bila ko bakar quran......yang ko lawan tu  tuhan ...
manusia bukan ada kuasa...
Quote Decaffeinated 22-1-2023 09:19 PM
A battle of two egos

bergasaklah sampai ada yang mati

Quote sharlenetexas 22-1-2023 09:44 PM
Honey, Honey ABBA


Quote tikusmontok 22-1-2023 10:06 PM
Moga ko kena palu dgn terompah sampai mampos
Quote FOTHER-MUCKER 22-1-2023 10:13 PM
Bukan lah saya kata perbuatan mereka ni betul tetapi pihak lobai seluruh dunia ni pernah minta maaf ke   Apabila terrorist bomb orang sana sini? Seingat saya tak pernah!

Kenapa terjadinya islamofobia, sebab salah pihak lobi juga kerana nak shortcut masuk syurga.
Quote Zazama 22-1-2023 11:25 PM
AlQuran jadi mangsa. Senang hati bakar atas dunia. Kelak, merasalah kamu semua bakaran amat dahsyat dari yg ini. Otw ya..
Quote diazzaid 22-1-2023 11:29 PM
Boikot ikea
Quote brego 22-1-2023 11:33 PM
FOTHER-MUCKER replied at 22-1-2023 10:13 PM
Bukan lah saya kata perbuatan mereka ni betul tetapi pihak lobai seluruh dunia ni pernah minta maaf  ...

ko pun satu bodoh.
nak minta maaf apa nya?

nama pun terrorist. bukan saja kapir, yang muslim pun kena suicide bom.

yang kapir ni saja provoke orang2 muslim non terrorist ni pasal apa pulak.
ada tempat di sweden dan denmark yang kena serang dengan terrorist ka?

tentera dan mercenary si kapir datang negara orang, bom dan bunuh orang awam.
beratus ribu jumlah nya yang kena bunuh,
compare dengan si kapir yang kena serang dengan terrorist.

serang iraq sebab WMD, tapi sekarang tak jumpa WMD,
penipu jer lebih, rosakkan negara orang,
berjuta orang mati, hilang dan jadi pelarian,
yang itu bila pulak nak mintak maaf?

Quote brego 22-1-2023 11:38 PM
Zazama replied at 22-1-2023 11:25 PM
AlQuran jadi mangsa. Senang hati bakar atas dunia. Kelak, merasalah kamu semua bakaran amat dahsyat  ...

yer. chill ajer, Tuhan kan ada.

macam mana Abdul Mutalib tawakkal,
bila datang si kapir nak runtuh kan Kaabah.

yang penting doa, moga si kapir terima balasan.
kalau tak balasan di dunia, kat sana pasti sengsara, for eternity.

[youtube]ym36PVhlhG4[/youtube]

Quote pooh~key 22-1-2023 11:43 PM
Kalau ikut buku mastika, yang bakar tu bakalan kena panahan petir atau ditelan bumi kan sister? Sebab katanya buku quran tu penuh mukjizat kan sister?

Ke propa sis? Mukjizat my ass katanya lagi sis?
Quote pooh~key 22-1-2023 11:46 PM
Lah emonya sis @brego dek?

Relax lah, allah kan ada sis?

Keep calm and du’a to allah sis.
Quote Lagubestbest 22-1-2023 11:51 PM
eropah dah masuk zaman2 kejatuhan dah. keliling london siap polis drive trak bawak skrin LED besar kat belakang beri nasihat pada orang awam jangan pakai jam tangan mahal. gitu ler..
Quote Orenn1 23-1-2023 12:30 AM
Tajuk sgttt misleading. To be fair, Rasmus Paladan tidak mewakili negara Sweden, kerajaan Sweden mahupun rakyat Sweden.
Quote mojarean_X 23-1-2023 03:23 AM
Edited by mojarean_X at 23-1-2023 03:25 AM

Mohon PMX ketuai tunjuk perasaan depan kedutaan Sweden sblm pemuda PAS wat
Quote FOTHER-MUCKER 23-1-2023 06:18 AM
brego replied at 22-1-2023 07:33 AM
ko pun satu bodoh.
nak minta maaf apa nya?

Kau lah yang bodoh, yang bakar quran disebabkan islamofobia ni bukan Muslim dan mereka Jadi islamofobia disebabkan oleh terrorist. Dan yang selalu complaints pasal islamofobia ni jenis lobai bodoh seperti ko lah.
Quote stingerpressor 23-1-2023 07:36 AM
mojarean_X replied at 23-1-2023 03:23 AM
Mohon PMX ketuai tunjuk perasaan depan kedutaan Sweden sblm pemuda PAS wat

Duta sweden di malaysia bakal dipanggil ke putrajaya pagi esok....hari ini masih cuti umum cny....
Quote pooh~key 23-1-2023 07:39 AM
Apa allah tak ada kuasa ke sis, sampai kena mohon PMX yang panggil kedutaan sweden masuk mengadap sis??? Soalan serius, tak ada niat nak perli sis.
Quote otai_g 23-1-2023 07:43 AM
Kutuk2 lps tu Mari kita pg Ikea. Support Ikea. Mkn meatball ikea. Hehe..
Quote pooh~key 23-1-2023 07:49 AM
otai_g replied at 23-1-2023 07:43 AM
Kutuk2 lps tu Mari kita pg Ikea. Support Ikea. Mkn meatball ikea. Hehe..

Jom sis, akak belanja lamb shank sister.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.041021 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top