CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Cedera Dihempap Pintu Jatuh Dari Langit

22-1-2023 08:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 995| Komen: 9

Description: Seorang lelaki di Thailand cedera selepas dihempap pintu kabin roda Ferris seberat 20 kilogram yang jatuh dari ketinggian 10 meter ketika menghadiri satu festival di wilayah Buriram minggu lalu, lapor ...
Seorang lelaki di Thailand cedera selepas dihempap pintu kabin roda Ferris seberat 20 kilogram yang jatuh dari ketinggian 10 meter ketika menghadiri satu festival di wilayah Buriram minggu lalu, lapor laman berita Thaiger kelmarin.


Pasukan penyelamat bergegas ke acara itu di daerah Lam Prai Mart untuk memberi pertolongan cemas kepada mangsa, Sutthiwat Kruephimai, 21.


Sutthiwat mengalami luka di kepala dan lebam di seluruh badan selepas kejadian itu. - Thaiger

Sutthiwat mengalami luka di kepala dan lebam di seluruh badan, namun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan yang mengancam nyawa.

Selepas sembuh, Sutthiwat memberitahu media bahawa dia pergi ke festival itu bersama datuk, nenek dan seorang saudara berusia tujuh tahun.

Sutthiwat menunggu di kawasan berhampiran ketika neneknya dan kanak-kanak tersebut menaiki roda Ferris.


Sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari kabin roda Ferris, Sutthiwat berkata, dia mendengar bunyi ‘sesuatu’ di atas kepalanya.

Beberapa saat kemudian, sebuah pintu jatuh dari langit dan menimpanya. 

Pengendali permainan tersebut, Natthapon Kloy-on, 38, berkata, dia memberi pampasan 2,000 baht (RM262) kepada mangsa dan bersedia bertanggungjawab sepenuhnya.

Natthapon tidak pasti bagaimana kejadian itu berlaku tetapi berpendapat bahawa beberapa pelanggan mungkin telah membuka kunci pintu kabin semasa roda Ferris masih bergerak, sebelum ia melanggar struktur utama dan terjatuh.

Dia bagaimanapun tidak menghadapi sebarang pertuduhan selepas kemalangan itu.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 22-1-2023 08:18 PM
Semoga mendapat pampasan yang adil
Quote Zack8hunter 22-1-2023 09:25 PM
pjg nyawa ko dik.. dah mcm citer final destination lak
Quote MarryPottet 22-1-2023 10:34 PM
Mujur pintu je yg jatuh
Kalau the whole wagon yg jatuh hempap ko, roh ko yg melayang ke langit dekkk
Quote pooh~key 22-1-2023 11:10 PM
Semoga kau berjodohan dengan natthapon kloy-on, si penjaga ferris wheel itteww, dekkk…
Quote intan244 23-1-2023 02:54 AM
org yg kat dalam ferris wheel tu pon seram. kalau terjatuh camna, pintu dah xdak.
Quote PanadolExtend 23-1-2023 08:24 AM
Pampasan 2k baht je?
Quote green~tea 23-1-2023 09:53 AM
Lebam seluruh badannn??? And pampasan sekadar medical fees RM260????? Are you sure takde kecederaan dalaman?
Quote CiliPadiSedap 23-1-2023 09:54 AM
PanadolExtend: Pampasan 2k baht je?


bayar pampasan on the spot biasanya xde insurans. dari di heret mahkamah dia orang akan dahulukan duit.

Quote Travelo 23-1-2023 11:51 AM
berani ehk korang naik ferris wheel yg jenis funfair pindah2 ni..bagi free tiket pun aku taknak..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.044388 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top