CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pendaki Dikhuatiri Lemas Ketika Lintas Sungai Tanum

22-1-2023 08:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1160| Komen: 7

Seorang pendaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika melintasi Sungai Tanum, Lipis pada Ahad.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama sembilan yang lain melintas sungai itu dalam perjalanan turun dari Gunung Tahan.



Gambar hiasan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.45 petang.

Menurutnya, empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis bersama 10 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (Moscar) serta lima anggota polis melakukan pendakian Gunung Tahan untuk ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

"Berdasarkan maklumat, mangsa bersama rakan pendaki lain melakukan pendakian melalui pintu masuk di Merapoh, Lipis pada Jumaat lalu dan dijangka turun pada Selasa ini.


"Ekoran keadaan cuaca hujan lebat, kumpulan pendaki itu mengambil keputusan berpatah balik dan turun melalui laluan Kuala Juram," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-1-2023 08:05 PM
Innalillah...

Mmg aku x minat hiking2 kat hutan gunung ke...

Dah minat masing2 ye dak
Quote supernaturalee 22-1-2023 09:05 PM
X taw nk kata apa dah


Quote msdummy.2018 22-1-2023 09:24 PM
Dr pagi sabtu smpi skrg ni hujan xberhenti
Quote Levespa 22-1-2023 10:02 PM
Dulu pernah daki gunung Tahan..  Memang kena lintas sungai.. Arus pun boleh tahan deras.. Tapi kitorang dulu siap rentang tali dan pegang tangan sepanjang sungai.. Tapi kalau dah nak terlucut memang tak boleh nak kata apa la..
Quote kepompong 22-1-2023 10:26 PM
buat water tubing kat gopeng sungai tersgt kecik & cetek pun boleh di bawa arus. apetah lagi sungai besar
Quote Belibis 22-1-2023 10:46 PM
supernaturalee replied at 22-1-2023 09:05 PM
X taw nk kata apa dah

Kata ' innaalillahi.....hingga akhir.
Quote PanadolExtend 23-1-2023 08:31 AM
Musim hujan ni elokla jgn dok pegi hiking

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.052035 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top