Menara Berkembar Petronas pada malam ini 'bertukar' cahaya merah sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Gemerlapan sinaran warna merah pada menara berketinggian 1,483 kaki itu dikongsi beberapa pengguna media sosial, yang dilihat teruja menyaksikan warna berkenaan.
Difahamkan, bangunan menara itu dihiasi cahaya merah sekitar jam 7 petang tadi. Semakan Astro AWANI juga mendapati laman sosial Instagram Petronas Twin Tower turut ulang siar beberapa gambar menunjukkan menara berkenaan berwarna merah, yang dirakam oleh warganet. Ini bukan pertama kali Menara Berkembar Petronas dihiasi cahaya warna. Sebelum ini, menara ikonik itu turut diserikan dengan lampu bertemakan warna Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Selain Menara Berkembar KLCC, pembaca Astro AWANI turut memaklumkan warna sama turut menghiasi Menara Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Suria KLCC dalam kemas kini di Facebook turut memuat naik beberapa keping gambar memaparkan hiasan sempena Tahun Baharu Cina, dengan memaparkan elemen bandar China purba yang mengagumkan. Ia turut diserikan dengan hiasan tanglung dan pohon sakura. Sejak beberapa hari lalu, orang ramai tidak melepaskan peluang merakam replika arnab terbesar di Malaysia yang diperbuat daripada syiling emas, yang menjadi hiasan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di pusat beli-belah Suria KLCC. Replika arnab tersebut boleh disaksikan pengunjung Suria KLCC sehingga 5 Februari ini. Sumber: AWANI
|
green~tea replied at 22-1-2023 12:48 AM
Nampak tadi.. KL tower pun merohhhhh
SalenaGomez replied at 22-1-2023 01:05 AM
Seram la pulak merah darah…ke sebab fon tu kita nampak warna merah darah
FOTHER-MUCKER replied at 22-1-2023 09:09 AM
Cantik
……………
stingerpressor replied at 22-1-2023 09:21 AM
Warna darah piyed sikit lebih kurang....
Skuau replied at 22-1-2023 10:45 AM
awas orng pompuan..ada 'pengintai orng piyed' kat sini....
Decaffeinated replied at 22-1-2023 11:34 AM
Yang warna merah tu Petronas Towers bukan KLCC la pandai. Orang satu dunia lebih tau dari orang Mala ...
she replied at 22-1-2023 11:27 AM
Helokkkkk
Jagung kaler merah
ADVERTISEMENT