Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya, hari ini. Kejadian itu dikongsi anak keempat Anwar dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menerusi ciapan dan rakaman video di Twitter. Beliau berkata, kejadian berlaku selepas melalui satu plaza tol dan ketika itu, beliau menaiki kereta bersama seorang anak berusia dua tahun. "Saya jarang berkongsi hantaran tetapi hari ini saya menjadi mangsa buli jalan raya. Pemandu sebuah kereta beberapa kali menekan brek di lorong laju. "Sangat berbahaya dan ada anak berusia dua tahun bersama saya. Pemandu wanita itu berada di lorong berkenaan selama kira-kira satu minit sebelum dia bertukar ke lorong lain," ciapnya.
Katanya, pemandu itu turut membunyikan hon ke arah kenderaannya. Nurul Ilham berkata, pada mulanya beliau melihat kereta itu berhampiran plaza tol dan pemandu itu secara tiba-tiba membunyikan hon ke arah kenderaannya untuk menuju ke lorong Touch N Go (TnG). Twitter "Saya memberi isyarat untuk ke kiri, tetapi saya tidak nampak sebarang isyarat daripadanya untuk ke kanan (ke arah lorong Smart Tag)," katanya yang beranggapan tindakannya itu menyebabkan wanita itu marah. Sumber: BH Online
|
Tinot7 replied at 21-1-2023 03:50 AM
Bideo tak jelas. Kalau keta depan bermasalah, awat ngekor lagi? Bideo ni rakam pakai tepon ka? Hands ...
redz85 replied at 20-1-2023 08:17 PM
tunggu aje.. mungkin nanti dia minta maaf.. selepas tahu awak anak PM..
ADVERTISEMENT