Peletakan jawatan secara mengejut Jacinda Ardern mencetus desakan untuk New Zealand memilih perdana menteri Maori pertamanya, ketika sekumpulan kecil calon muncul untuk jawatan tertinggi itu.
Ardern, tokoh global untuk politik progresif, mengejutkan New Zealand semalam dengan mengumumkan keluar mengejut daripada jawatan, kurang tiga tahun selepas memperoleh kemenangan besar untuk penggal kedua dalam pilihan raya. Arden, 42 yang telah mengetuai negara itu melalui bencana alam, wabak COVID-19 dan serangan pengganas yang paling teruk berkata, beliau tidak lagi mempunyai "tenaga yang mencukupi". Ardern meletakkan jawatan tanpa menamakan pengganti yang jelas dan Parti Buruh yang memerintah kini berusaha untuk mencari pengganti. Ahli Parlimen buruh akan cuba memilih perdana menteri seterusnya Ahad ini, dan calon yang dipilih perlu menerima dua pertiga undi.
Jika itu tidak berlaku, ia akan menjadi pertandingan berlarutan membabitkan ahli parti berpangkat dan kesatuan sekerja. Chris Hipkins, 44, adalah calon terbaik selepas timbalan Ardern, Grant Robertson turut menarik diri dari dicalonkan. Nama lain masih disebut termasuk Menteri Kehakiman Kiri Allan, salah seorang Ahli Parlimen Kanan Maori, dan Menteri Imigresen Michael Wood. Setakat ini, tidak ada seorang pun daripada ketiga-tiga mereka mengesahkan akan bertanding dalam pemilihan. Allan, bekas peguam komersial yang menyertai Parlimen pada 2017, telah disebut-sebut sebagai perdana menteri Maori pertama New Zealand. Beliau terpaksa mengambil cuti dari Parlimen pada April 2021 selepas disahkan menghidap kanser serviks tahap 3 tetapi kembali bekerja hanya tiga bulan kemudian. Seramai 15 ahli Kaukus Maori dijangka mempunyai suara signifikan dalam memilih pemimpin seterusnya. Kira-kira 17 peratus daripada lima juta penduduk New Zealand dikenal pasti sebagai Maori dalam banci terbaru negara itu. "Jelas sekali kami ingin satu hari nanti ada perdana menteri Maori," kata menteri Buruh, Kelvin Davis. Sementara itu, Willie Jackson, bekas pengerusi bersama kaukus Maori, berkata adalah amat penting untuk mereka terbabit dalam perbincangan itu. "Kami bercakap mengenai perdana menteri negara kami, jadi kami mahu memainkan peranan," katanya. Te Pati Maori, juga dikenali sebagai Parti Maori, bertanding dengan pengundi Maori yang dikhaskan turut bersetuju sudah tiba masanya seorang perdana menteri berketurunan Maori memimpin New Zealand. "Jika sebaliknya, ia hanya akan membawa Aotearoa (New Zealand) mundur selepas Jacinda Ardern," kata ketua bersama Debbie Ngarewa-Packer dan Rawiri Waititi dalam satu kenyataan. Penganalisis politik, Josie Pagani telah menyifatkan Hipkins sebagai "bijak, disenangi, tegar dan berkebolehan." Selain itu, Wood, 42, adalah calon ketiga yang muncul setakat ini pernah bertanggungjawab untuk menaikkan gaji minimum New Zealand dan mempunyai sokongan besar dalam pergerakan kesatuan. Maklumat hasil bancian yang dikeluarkan sebelum pengumuman Ardern, menunjukkan kerajaannya akan bergelut untuk memegang kuasa. Ardern berkata, keputusannya untuk berundur diwarnai dengan kesedihan tetapi beliau telah "tidur nyenyak" buat kali pertama dalam tempoh masa yang lama. Pengulas politik telah bersama-sama mengutuk penyalahgunaan media sosial yang ditujukan kepada Ardern sebelum peletakan jawatannya. Bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark berkata Ardern telah menghadapi "tahap kebencian" yang belum pernah berlaku di negara itu. Sebelum itu, sebuah pub New Zealand memohon maaf hari ini selepas mereka bentuk poster "Mengucapkan selamat tinggal kepada Jacinda" dengan imej yang ganas. Sumber: BH Online
|
alesandra: Betul ke sbb dadah? puak maori ...
alesandra replied at 20-1-2023 07:22 PM
Betul ke sbb dadah? puak maori mmg nak dia letak jawatan.but why???
CiliPadiSedap replied at 20-1-2023 08:17 PM
Dia isap dadah ke? Nape x check urine masa angkat sumpah? Atau ceremony?
alesandra replied at 20-1-2023 10:13 PM
Tak pasal je urine test masa angkat sumpah.
green~tea replied at 20-1-2023 10:51 PM
Maori new zealand ni laa puak2 terpaling claimant as aborigines
Pemalas kerja... nak elaun je maka ...
matchstick replied at 20-1-2023 11:18 PM
Baru umur 42 dh tak larat..yg kt sini umur 97 pun gigih bertanding lagi
green~tea replied at 20-1-2023 10:51 PM
Maori new zealand ni laa puak2 terpaling claimant as aborigines
Pemalas kerja... nak elaun je maka ...
primarikey replied at 21-1-2023 06:20 AM
Kanser serviks tu kot yg buat dia x larat
ADVERTISEMENT