CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suri Rumah Teruja Jadi Penerima 'Bantuan Prihatin' Sampai Putih Mata Rugi Hampir RM100,000

20-1-2023 06:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2241| Komen: 34

Seorang suri rumah kerugian RM98,670 selepas terperdaya kononnya terpilih sebagai penerima 'Bantuan Prihatin', bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa yang berusia 42 tahun dihubungi satu sindiket pada 25 Disember lalu yang mengarahkan pengadu mengisi maklumat peribadi menerusi satu pautan yang diberikan.



Gambar hiasan

“Pengadu telah tekan link yang diberikan dan disambungkan ke satu laman web, yang mana pengadu juga mengisi maklumat username dan kata laluan perbankan dalam taliannya, serta tarikh luput kad bank serta ‘CVC’ kod belakang kad itu.

“Setelah selesai perbualan, pengadu kemudian membuat semakan dan dapati wang dalam akaun bank miliknya telah dipindahkan ke beberapa jenis akaun bank yang tidak dikenali sejumlah RM98,670 menerusi lapan transaksi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut katanya, pengadu kemudian menyedari telah ditipu sebelum bergegas ke balai polis untuk membuat laporan pada 18 Januari lalu.


“Pihak PDRM ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menekan sebarang pautan mencurigakan yang diberikan oleh individu yang tidak dikenali.

“Orang ramai juga diingatkan untuk tidak memberikan maklumat butir peribadi perbankan bagi mengelakkan sindiket tidak bertanggungjawab ini memancing data daripada maklumat akaun perbankan yang diberikan,”ujarnya.

Tambahnya, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 20-1-2023 06:51 PM
Entahla labu..punya la banyak didedahkan kes2 camni..masih ada juga yang terkena..
Quote Bawang123 20-1-2023 07:07 PM
Serius la dalam akaun dah ada rm98 000, masih teruja nak dapat bantuan sampai kene scam.. Pelik la, scammer ni bau duit mcmana ye? Pilih surirumah pun bukan kaleng² simpanan.
Quote gigahertz 20-1-2023 07:17 PM
akies replied at 20-1-2023 10:51 AM
Entahla labu..punya la banyak didedahkan kes2 camni..masih ada juga yang terkena..

Kadang2 ada sebab kenapa seorang tu
Di lahirkan menjadi suri rumah sepanjang hayat
Quote akies 20-1-2023 07:38 PM
gigahertz replied at 20-1-2023 07:17 PM
Kadang2 ada sebab kenapa seorang tu
Di lahirkan menjadi suri rumah sepanjang hayat

kijamm punya ayat.
Umur baru 40 an, takde la tua mana pun sampai takleh nak pikir tindakan tu betul ke tak.
Kalau baya nenek2..warga emas ..iols paham la
Quote Firenzza 20-1-2023 07:45 PM
Berapa la sgt bantuan perihatin tu hilang 100k
Quote Imkhai 20-1-2023 08:33 PM
Ni aku nk tnya acc bank kita yg sekali dgn asb tu agak2 scammer blh keluarkn x duit dlm asb tu gaes
Quote green~tea 20-1-2023 08:39 PM
Imkhai replied at 20-1-2023 08:33 PM
Ni aku nk tnya acc bank kita yg sekali dgn asb tu agak2 scammer blh keluarkn x duit dlm asb tu gaes

Buleh la kot tp asb kan ada safety feature rm2000 je online.. lebih kena physical dekat kaunter



Kenapa laa surirumah ni sbb sepuk 100k dalam savings acc.. sangat lah tak selamat
Quote mojarean_X 20-1-2023 08:42 PM
Itu sbb nape iols x link Tabung Haji iols ngan bank. Mereka bole je hidu kalo duit kita byk
Quote amyza 20-1-2023 08:46 PM
I pun pernah dapat sms konon nya nak pulangkan duit shopee terlebih bayar. Nasib tak tamak, abaikan je lah msg tu
Quote hareeeesah 20-1-2023 08:48 PM
Suri rumah baru berhenti kerja kot.. byk tu duit nya pun nk bantuan
Quote dua_chzy 21-1-2023 12:33 AM
Wah. Ini memang buduh dan tamak haloba total iya.
Quote kepompong 21-1-2023 08:30 AM
astaga… bgtahu nombor kad & cvc

kalau terima bantuan sekalipun.. sekadar isi no acc je macam seller2 letak kat profile pict tu. takat no acc selamat je. yg letak nombor kad & 3-digit belakang tu dah kenapa pulak
Quote jazaa100 21-1-2023 08:36 AM
Imkhai replied at 20-1-2023 08:33 PM
Ni aku nk tnya acc bank kita yg sekali dgn asb tu agak2 scammer blh keluarkn x duit dlm asb tu gaes

Boleh klu kau bg username & password
Atau kau download apps yg dorang suruh....

Nak selamat, jgn layan je call yg x kenal
Atau gatal tgn pi godek godek konon nk cari servis cuci rmh online ke.....

Lg selamat kita buat mcm mak² kita, tak yah online² ni.....amount besar masuk dlm t.hajibatau asb, reserve rm1k - rm5k untuk berbelanja kt online banking....
Quote koko2 21-1-2023 09:55 AM
ni bukan kaleng2 hsewife...100k saving acc...adakah hsewife kumpulan ada2 yg tamak kiasu?
Quote Travelo 21-1-2023 10:34 AM
scammers never endings
Quote felinecat 21-1-2023 11:04 AM
Scammers pulak mcm tau2 je dlm acc ade duit. Data leak ke mcmne ni
Quote Kitty_catz 21-1-2023 11:18 AM
meols smlm dpt call kunun2 from affin bank.. tengok no landline mcm affin bank

tibehh ckp nak update details tp dia silap cikit la sbb mmg meols ada 2 hire purchase under AF ni but satu tu lama dah abes bayo.. dia gi sebut yg tu, due date betul amount betul , then dia mcm tersedar dia silap cakap then meols probe lagi dia kecut perut kut , terus dia mcm nak letak and suh call sendiri AF

bila meols call AF HP dept , mmg officer tu tak mintak update apa2 pun

so heads up la utk warge2 porom.. skang taktik lain dah, suh update details gitu. meols pun idok nak update through phone gitu and wld prefer to call no hotline bank dekat website

Quote Nurul8001 21-1-2023 11:32 AM
Masa dapat call tu, kita tak perasan la. Saya dapat call kena update akaun. Dia sebut nama, saya sahkan betul. Sebut ic, saya sahkan betul. Sebut no kad baru, kad ATM baru tukar, 8 number depan, betul, dah tu dia minta saya sambung sebut lagi 8. Ya ampun, nasib baik kawan saya tegur Nurul, ko cakap dgn sape? Saya kata bank minta update. Kawan terus rampas telefon. Dia hang up call. Saya kena sekolah. Nasib baik. Lepas tu saya call CS, tanya ada tak mana2 officer call minta update apa2. Jawapannya, takde. Nyaris2. Bank rimau ye
Quote makita 21-1-2023 02:03 PM
Dah ada 98k tapi msih harap bantuan kewangan?

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.163337 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top