CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 12 Tahun Hamil 3 Lepas Dirogol 8 Lelaki

20-1-2023 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1759| Komen: 6

Jakarta: Kanak-kanak perempuan Jawa Tengah, Indonesia berusia 12 tahun yang hamil tiga bulan rupanya dirogol lapan lelaki.

Bapanya yang berusia 54 tahun berkata, dia mahukan keadilan buat anaknya itu diteruskan walaupun suspek adalah jiran serta rakannya sendiri.


"Saya mahu mencari keadilan buat anak saya. Saya kenal suspek kerana kami berjiran, malah dua daripada mereka kawan saya sendiri," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Banyumas, Rabu lalu.


Gambar Hiasan

Mengulas lanjut, katanya mangsa sihat, namun dia tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang kini hamil.

Katanya, dia bimbangkan masa depan anaknya kerana anaknya dinasihatkan pihak sekolah untuk berhenti sekolah selepas kejadian itu.

"Saya diarahkan untuk membuat kenyataan anak saya berhenti dari sekolah.

"Saya terpaksa akur dengan arahan pihak sekolah.


"Kini, fokus kami memantau perkembangan kandungannya dan penjagaan selepas pantang," katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas, Agus Supriadi berkata, pihaknya akan berbincang dengan Pejabat Pendidikan mengenai pelajaran mangsa.

Sementara itu, Ketua Pendidikan Banyumas, Joko Wiyono berkata, pihaknya akan membantu mangsa melanjutkan pelajaran melalui program Pakej B.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan mangsa dirogol lapan lelaki berusia antara 27 hingga 70 tahun.

Lima suspek ditahan dengan empat daripadanya adalah jiran, manakala tiga lagi suspek melarikan diri.

Kes terbongkar apabila ibu bapa mangsa mengesyaki anak kedua daripada tiga beradik itu hamil.

Sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 20-1-2023 08:19 PM
macam mana sampai 8 lelaki tu. group rape ke, masa yg berlainan.
Quote redz85 20-1-2023 08:26 PM
kalau aku, gugur kan aje kandungan tu..

yang umur 70 tahun.. harap panjang umur.. reput dalam penjara
Quote Decaffeinated 20-1-2023 10:06 PM
Budak ni mungkin ketagih seks

Quote Sazreena 21-1-2023 02:23 AM
Yg 70 tahun tu punnn...tetap nak jugak mencelup..reput la korang semua jantan setan.
Quote JunkMail 21-1-2023 04:41 AM
Yang 70 tahun tu tunggu masuk neraka je lah
Quote diss69 21-1-2023 08:13 AM
Hrp yg umur 70 thun tu, xtermasuk yg lepas lari..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.066273 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top